Monday 30 June 2014

HAMPIR MAUT DITIMPA POKOK TUMBANG KETIKA MENUNGGANG MOTOSIKAL. @sinaronline


Pantang maut sebelum ajal sumber dari ( Crew Baling Today ) seorang penunggang motosikal ditimpa sebatang pokok yang tumbang. Ketika dalam pejalanan melalui jalan Kg Tebing Tinggi, Kupang.


Kejadian dipercayai berlaku kira jam 3:00 petang, keadaan ketika itu dalam hujan lebat dan angin kuat.  Mangsa kejadiaan dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Jentera Bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa dan membersihkan kawasan kejadian.

Sunday 29 June 2014

Video !! Proton Saga BLM digunakan sebagai bom kereta di Syria. @sinaronline



Paparan video selama 3 minit 3saat itu dimuat turun di laman You Tube  dengan menyaksikan seorang lelaki sedang menyiapkan empat bahan peranti letupan (IED) di bahagian belakang dalam Proton Saga BLM tersebut.




Isu Jihad semakin diperkatakan dan dipandang serius apabila dikalangan rakyat Malaysia yang di katakan terlibat berjuang di bumi syiria klik link ini Memilih Jihad Memburu Syahid Di Syiria ?

IED itu dipasang bagi kawalan letupan dan kereta itu juga di ubahsuai untuk bergerak secara kawalan. 


Lelaki di dalam video tersebut memandu ke arah jalan sebelum membiarkan kereta itu bergerak secara kawalan dan sejurus itu letupan besar berlaku.

Lokasi sebenar kejadian ini di salah satu tempat di Syria yang berlaku konflik sejak 2011. 

Proton Saga BLM telah dilancarkan pada tahun 2008 dan Proton turut dijual ke Syria sejak tahun 2001.

"Ia tidak menunjuk Proton digunakan secara sengaja. Anggota militan dengan mudah boleh menggunakan mana-mana kereta. Mereka tidak perlu menggunakan Proton," jelas satu sumber.

Bagaimanapun, sumber tersebut berkata, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan militan cuba mencemarkan nama Malaysia dengan menggunakan Proton Saga. sumber

Saturday 28 June 2014

RAFELINNA GROUP : LAGI USAHAWAN MELAYU JADI MANGSA KHIANAT ? @infosihatkkm @FaridaMohdAli @UMonline


LUAHAN HATI PENGARAH URUSAN RAFELINNA GROUP ? 

Bolehkah saya saman KKM atau sesiapa yang terlibat menyebarkan gambar produk2 TIDAK BERDAFTAR KKM ni? Produk hot selling Felinna PMCVc jugak menjadi mangsa. 

Seperti saya tekan kan dalam isu cadbury tempoh hari. Sabotaj dari pihak luar menggunakan kementerian berkaitan adalah tidak mustahil. Corruptions is everywhere. 

Oh Malaysiaku. 

Perkara ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kredibiliti syarikat Raffelinna Sdn Bhd dan rangkaian anak syarikat Raffelinna Group yang lain. 

Alhamdulillah, perkara begini berlaku atas KehendakNya. Allah ingin menguji bagaimana kita menghadapinya sahaja Dan jangan risau. Produk-produk di bawah rangkaian Raffelinna Group mendapat kelulusan KKM, Halal dan berkesan. 

Gambar screenshot dibawah ialah Nombor Pendaftaran KKM yang lengkap. 
(boleh search di portal KKM untuk maklumat lanjut).
Mohon jasa baik sahabat-sahabat sekalian untuk sebarkan perkara ini demi menjaga reputasi syarikat saya. 

Jazakallah,

Rafie Ramli
Pengarah Urusan
RAFFELINNA GROUP

KK : ORANG ISLAM tetap akan sokong perniagaan muslim sampai akhir hayat. Majulah muslim dalam perniagaan, maju perniagaan, terpeliharalah Agama, Bangsa dan Negara.
Teruskan jihad ekonomi..ABC..BCL..

Friday 27 June 2014

Memilih Jihad Memburu Syahid Di Syiria ?




Semua orang boleh menyebut berjihad dengan jiwa raga demi kerana Allah. Tapi tidak semua orang boleh meninggalkan tilam empuk, makanan enak, isteri yang cantik serta anak-anak yang comel demi kerana Allah..


Jihad Di Kalangan Rakyat Malaysia Di Luar Negara Perlu Dipantau – Muhyiddin

Aktiviti jihad membabitkan rakyat Malaysia di luar negara tidak boleh dipandang ringan dan perlu terus dipantau pihak berkuasa bagi memastikan aktiviti keganasan tidak menular di dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata aktiviti seumpama itu agak membimbangkan kerana mereka yang terlibat dianggap sebagai pelampau walaupun mungkin tujuan mereka ialah ke arah jihad fisabilillah.

“Mereka ini dilatih dalam bentuk ketenteraan oleh pasukan-pasukan bersenjata, jadi ini sesuatu yang kita harus pantau (dan) walaupun ia berlaku di luar negara, tetapi kemungkinan ada (di dalam negara) kalau mereka pulang ke tanah air.

“Kalau tidak dipantau, inilah kumpulan-kumpulan yang boleh memberi masalah dan mempunyai hubung kait dengan keganasan dan sebagainya,” kata beliau di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas aktiviti jihad membabitkan rakyat Malaysia di luar negara yang semakin membimbangkan.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, Muhyiddin berkata kerajaan tidak mahu sebarang perkara yang boleh menimbulkan huru-hara.

“Jadi walapun peristiwa itu berlaku di luar negara seperti Syria dan di mana pun, kita tidak boleh pandang ringan, memang pihak kerajaan ada buat pemantauan melalui hubungan kita dengan rakan-rakan pihak berkuasa di peringkat antarabangsa.

“Kita sudahpun terima laporan pihak Kementerian Dalam Negeri menerusi Interpol. Kita sudah dapat maklum balas tentang keadaan yang sebenar tetapi kita belum dapat memastikan secara terperinci,” kata beliau.


Dua hari lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti identiti sebahagian daripada 15 individu yang terkorban dalam kegiatan keganasan dan jihad di Syria pertengahan bulan ini.

Bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan butiran tepat sebelum mendedahkan sama ada 15 individu itu adalah rakyat Malaysia atau sebaliknya.

Sebuah laporan akhbar tempatan baru-baru ini mendedahkan terdapat aktiviti merekrut pejuang jihad melalui laman sosial yang turut membabitkan rakyat Malaysia.

Thursday 26 June 2014

"Ayaq Ketum" Kedah Mula Langkah Awal- @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah #KedahSerataRata


Daun ketum atau yang sama jenis dengannya boleh diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya jika terbukti mempunyai unsur dadah yang menyebabkan penagihan berulang.


Daun ketum asal hukumnya adalah harus yang mana kebanyakan masyarakat menggunakannya untuk tujuan perubatan herba atau tradisional. Akan tetapi telah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat sehingga memabukkan atau dengan mencampurkan bahan-bahan lain maka hukumnya adalah haram.


Kenyataan ini dibuat YAB Dato'Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir setelah selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah petang kelmarin di Wisma Darulaman.

Monday 23 June 2014

Video !! Ronaldo Seorang Yang "Penipu' #WorldCup2014


Aksi itu kemudian menjadi rakaman yang disebarkan oleh peminat Ronaldo di serata dunia dengan tajuk 'This is why we love you, Ronaldo.'

Sunday 22 June 2014

#MBMesraRakyat : Pejabat Daerah Baling kurang Profesional. #HanyaDiKedah


Wassalam..

KK tak nak lah  'story' panjang berjela (dalam loghat Baling) cuma sekadar nak berkongsi cerita dan rungutan dari pengunjung dan msyarakat setempat yang hadir semasa pelancaran Program Mesra Rakyat peringkat Daerah Baling. 

BUKAN KESELURUHAN PROGRAM CUMA PROGRAM YANG BERLANSUNG HARI KE-2 iaitu program yang berlansung di Dataran Majlis Daerah Baling.

First.. KK bukan profesional sangat nak mengkrtik, sepanjang KK mengikuti Program ini sepanjang 2 hari KK perlulah memberikan 4 bintang serta ucapan tahniah kepada penganjur. Program yang disusan serta jadual perjalanan DS Mukhriz Mahathir pada hari pertama iaitu 21/6/2014 yang lebih  teratur dan mengikut masa yang tetapkan.

Ni.. KK nak story pada hari Ke 2, Pejalanan pada asal amat teratur.. bilamana masuk sahaja atucara ke 2 yang melibatkan banyak profesional dan golongan yang dikatakan berpratokol jadi kelambut..

Contohnya :

KK bawakan semasa penyerahan Geran Tanah di mana susunan dan pengumuman jadi kelam kabut. Maka terpaksalah pihak ke 3 masuk campur.

jika pihak ini yang katanya lebih berpengalaman,  jika sudah tahu kesuntukan masa sepatutnya pemberian bantuan atau sumbangan perlulah di pendekan tak perlulah memanggil keseluruhan penerima. Cukuplah sekadar simbolik dengan menjemput wakil penerima sahaja.

Akibat sikap yang dikatakan profesional inilah.. pihak KK menerima banyak rungutan dan keluhan dari pengunjung dan juga jabatan. Bayang yang membawa anak kecil orang tua...apa yang mereka fikiran....

CUBA teka.. siapa yang busuk nama !!!!

#MBMesrakyat siri3 : MB @MukhrizMahathir kena "Kepung" dengan Balu dan waris #Memali . @azeezputera #HanyaDiKedah


Subhanallah ....




Bertapa munafik dan jahil pendyokong PAS .. anda nilailah komen mereka itu.. nak tengok komen paling bebal penyokong pas sila like page
 ini..


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=709218202472355&set=a.708435082550667.1073741827.708420685885440&type=1

Wednesday 18 June 2014

KEJADIAN BUNUH !! Mayat Di Jumpai Terlentang Di Kupang, Kedah. @sinaronline


Satu kejadian disyaki kes bunuh berlaku di Kampung Guar Rebang, Mukim Kupang. Mangsa di kenali Yaakob Abu atau dikenali Pak Teh Kob di kalangan masyarakat Pekan Kupang. Mayat yang ditemui orang awam kira-kira jam 1:00 tengahari.


Sumber memberitahu, mayat  mangsa temui diluar kediaman beliau. Sumber awal pihak polis memaklumkan terdapat kesan lebam dan hentakan dikepala dan kesan darah.

Saksi kejadian diminta hubungi Balai Polis berhampiran.





Saturday 14 June 2014

Kemalangan Melibatkan 3 Buah Kenderaan Di Hadapan Sekolah Pondok Yayasan Khariah Kupang.


Melibatkan 3 buah kenderaan. Sebuah kenderaan jenis pancuan empat roda tidak sempat mengelak sebuah kereta  jenis Lancil yang berhenti untuk memasuki simpang sekolah Agama Yayasan Khariah Kampung Pisang.

Manakala sebuah lori dari arah bertentangan pula yang tidak sempat mengelak kejadian lalu melanggar kenderaan jenis Kacil.

Mangsa didalam kenderaan kancil merupakan pelajar sekolah Agama disitu yang akan memulakan sesi persekolahan selepas pulang bercuti.

Setakat tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Mangsa kemalangan sukar dikeluarkan kerana tersepit.

Sumber Group whatsaap.




PANAS !! CADANGAN PEMBINAAN AIRPORT DI KULIM : @cmLimGuanEng IRI HATI CUBA GAGALKAN RANCANGAN @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah @NajibRazak @azeezPutera




Memang Bangsatlah dengan puak Ultra kiasu ini.. yang ditunjungi oleh REGIM DAP Lim Guang Eng. belum apa dah melompat bila DS Mukhriz Mahathir bercadang untuk membina international airport di Kawasam Sidam yang terletak di antara Bandar Kulim dan Sungai Petani.


Bila ada airport kat sana, kawasan sekitar situ boleh membangun dan ekonomi disekitar kawasan berkenaan akan terkena tempiasnya. lagi pula Kulim dan Sungai OPetani mempunyai kawasan perindustrian yang berteknologi tinggi. 

Satu perancangan yang bijak. International airport tu akan jadi hub penerbangan antarabangsa dikawasan utara. Bukan saja dari Kedah, malah Penang darat dan utara Perak juga boleh mengunakannya.


"Memang perlu Kedah memiliki L/terbang yang lebih berakomodasi.

Satu yang penting setiap tahun berapa ribu jemaah haji dari utara termasuk mengerjakan umrah.

Yang kedua dari srategik bisnes. Banyak pelabur boleh dapat menafaat nya. Juga karo-kargo dan logistik. Barang keperluan boleh menjadi kompetitif dan murah jika ada polisi bersepadu.

Mukhriz memang ada visi. LGE hanya mencari masaalah. FDI P.Pinang dan Sel turun mendadak sehingga mereka merayu Kerajaan Pusat semenjak kebelakangan ini. 

Pembangkan memang sinonim retorik hebat itu dan ini. Hukum ekonomi banyak bergantung kepada pelaksanaan untuk aktif. Mereka berpolitik dan hidup dengan kelentong rakyat. Jadi ke? "- Komen Blog

Bagaimanapun cadangan Menteri Besar kedah di kritik dan di pandang sinis oleh ketua menteri Pulau Pinang LIM GUANG ENG, yang dilihat mempunyai niat jahat dan berhati busuk...


Kepada Lim Guang Eng, baik lu jagalah hal negeri lu yang porak peranda tu... ADA HATI nak masuk campur hal orang. Bekalan air harap ehsan dari negeri Kedah jer...

opss !! kasar pulak bunyi nyer'.. hey !! Lim Guang Eng KK cuma nak ingatkan kat lu.. lebih baik lu repair elok-elok lu punya "Airport" yang selalu banjir tu...  

Hey!! Cina DAP RM250 Juta lu habiskan wang rakyat.. tetapi tetap berlaku banjir juga... apa lu bikin ma... Bila air naik, bau busuk pun datang sebab airport Penang berdekatan dengan kandang babi! Air limpahan najis babi boleh sampai ke Airport Penang !!

Sekarang ini, Kedah sedang memacu Ekonomi yang paling pesat melalui pelan traformasi, untuk suku pertama tahun 2014 ini saja, RM 4 bilion pelaburan masuk ke Kedah dan meletakkan Kedah di tangga kedua selepas Sarawak yang mencatatkan pelaburan dalam sektor yang sama sebanyak RM8.26 bilion. 

MAKA sebab itulah Pemimpin DAP bangsat... sentiasa akan melakukan pelbagai taktik busuk untuk mengagalakan usaha baik MB Kedah DS Mukhriz Mahathir untuk mewujudkan Lapangan Terbang Antarabangsa di Kedah.  

KK : Memang LCM banyak busuk macam "bangkai" ...

Thursday 12 June 2014

Video !! Kisah Suatu Malam Yang Mendebarkan buat Isteri. @abby_abadi112


Satu kesilapan besar dilakukan oleh isteri terhadap suami mereka. Jom kita lihat pesanan UAI kepada abby abadi.


Berikut adalah 10 Kesilapan besar yang para isteri perlu tahu :

1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna

2. Nusyus (tidak taat kepada suami)

3. Tidak menyukai keluarga suami

4. Tidak menjaga penampilan

5. Kurang berterima kasih

6. Mengingkari kebaikan suami

7. Mengungkit-ungkit kebaikan

8. Sibuk di luar rumah

9. Cemburu buta

10. Kurang menjaga perasaan suami

GEMPAR !! Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Parlimen Kulim & BAKAL BERLAKU #PRK ?


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menyelesaikan sejumlah hutang kepada sebuah bank.

Pengisytiharan berkenaan boleh menyebabkan Abdul Aziz hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, sekali gus membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, ia akan berlaku jika Abdul Aziz gagal melangsaikan bayaran tunggakan pada bank berkenaan bagi mengetepikan notis kebangkrapan itu.

Notis kebankrapannya diiklankan dalam beberapa akhbar tempatan oleh peguam pemiutang, Alliance Investment Bank Berhad, Tetuan Shaikh David Raj pada Rabu.

Menerusi notis itu, permohonan bagi mengistiharkan Abdul Aziz sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Mac lepas dan perintah kebenaran terhadap permohonan itu diberikan oleh mahkamah sama pada 29 Mei lalu.

 

Sementara itu, Abdul Aziz ketika dihubungi mStar Online mengesahkan kesahihan notis berkenaan dan mengakui wujud tunggakan pembayaran oleh sebuah syarikat milik ahli keluarganya.

Enggan mendedahkan jumlah tunggakan itu, Abdul Aziz berkata, beliau sudah menghubungi pihak bank bagi menyelesaikan baki pembayaran dalam masa terdekat.

"Betul notis itu dikeluarkan terhadap saya. Ini urusan pinjaman oleh syarikat yang diusahakan keluarga saya. Tapi sejak 2007 saya sudah tidak berada dalam organisasi syarikat itu.

"Tapi tak apa, ia tetap milik ahli keluarga dan ada kaitan dengan saya. Saya akan selesaikannya dalam masa terdekat. Perbincangan dengan pihak bank mungkin akan dibuat sedikit masa lagi," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Salinan notis muflis terhadap Abdul Aziz mula tersebar di internet sejak lewat petang Rabu dengan pelbagai andaian kemungkinan bakal diadakan satu lagi PRK kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu Abdul Aziz berkata, beliau juga tidak menyedari mengenai tunggakan pembayaran berkenaan dan hanya mengetahui kewujudan notis tersebut pada Rabu.

"Saya pun tak tahu, malam semalam (Rabu) saya menerima banyak SMS dan maklumat mengenai perkara ini.

"Pagi ini baharu saya buat semakan dengan bank," katanya.