Tuesday 10 June 2014

Gempar !! @NajibRazak "KEJAM" BAWA PULANG JEMAAH UMRAH. @azeezputera


Biarlah apa yang orang nak cakap dan anggap mengenai Kerajaan Malaysia . Pelbagai tuduhan dan persepsi yang dilontarkan oleh sabahgian rakyat Malaysia mengenai Kerajaan pimpinan Najib Razak. Persepsi "nakal" yang dicipta oleh Pembangkang hasil garapan pemimpin "sondomi" PR. Walaupun dikencam tetapi kerajaan Najib Razak tetap meneruskan dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Prihatin kepada rakyatnya.




"Saya sudah cakap banyak kali, sekarang ini memang tidak ada lagi pakej yang boleh ditawarkan dengan harga bawah RM4,000 kerana tiket penerbangan sehala sahaja sudah mencecah RM1,800, jadi mereka yang hendak pergi menunaikan umrah perlu berhati-hati- Datuk Seri Azeez



Kesemua jemaah umrah berkenaan yang tiba pada 6.10 petang, gembira dan lega kerana selamat tiba di tanah air.

Yanti Saliza Ibrahim, 34, pegawai di sebuah bank berkata beliau pergi menunaikan umrah bersama empat anggota keluarga termasuk ibu mertuanya sejak 21 Mei lepas.

"Saya mengikuti pakej umrah ini melalui Koperasi Proton, syarikat adik saya bekerja..saya difahamkan, agensi umrah ini telah berurusan dengan koperasi sejak tahun lepas.

"Keluarga saya telah mengikuti kursus umrah dan kami diberitahu ada individu tertentu yang akan taja perbelanjaan selebihnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ruang menunggu KLIA di sini, pada Isnin.

Bagi Seripah Tahar, 57, yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengurusan agensi umrah itu.

Seripah mendakwa sejak hari pertama dia menunaikan umrah pada 21 Mei lepas, tiada seorang pun mutawif yang kelihatan daripada agensi umrah terbabit yang menyertai rombongan mereka.

Katanya beliau membawa kaum keluarganya termasuk anak dan menantunya mengikuti umrah itu kerana harganya yang murah.

Sementara itu, Mohd Nor Akmal Omar, 50, berkata beliau berterima kasih dengan Biro Kebajikan Umno kerana menguruskan kepulangan beliau dan rombongan umrahnya yang terkandas sejak 2 Jun lepas.

"Kami rasa terhutang budi kepada Ustaz Muiz daripada Kedutaan Malaysia di Makkah yang banyak membantu menguruskan keperluan kami sejak kami terkandas serta memberitahu perkembangan semasa mengenai perkara ini," katanya yang bekerja sebagai penyelia Proton.

Pesara kerajaan, Abdul Ramis Abdul Rahim, 60, berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang pula berkata biarlah pihak berwajib sahaja yang mengambil tindakan ke atas agensi umrah berkenaan.

"Bukan urusan kami untuk ambil tindakan, biarlah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sahaja yang uruskan," katanya yang mengerjakan umrah bersama empat anggota keluarganya.-BERNAMA


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment