Sunday 1 June 2014

" U' i Takkan Tewas, I Masih Power U" @dyanasmd #PRKTelukIntan


"aahhhh semua itu karut dan ada sesuatu yang pelik dan tersirat, bagaimana semua ini boleh terjadi sebaliknya...


BN harus berterimakasih kepada kepimpinan Ulama dalam PAS seperti TG Hj. Hadi Awang, TG Dr. Harun Din, Menteri Besar Kelantan kerana kenyataan-kenyataan mereka mengenai Hukum Hudud, semasa kempen PRK Teluk Intan banyak memberiadvantage kepada BN. Pengundi-pengundi PAS di Teluk Intan nampaknya memahami signal ucapan pemimpin-pemimpin ulama mereka dan menterjemahkannya semasa hari pengundian. Walaupun PAS berada di dalam PR, ianya tidak menghalang mereka untuk menolak DAP. PAS semakin bijak, dan BN harus berterimakasih kepada kepimpinan PAS. Saya yakin, jika jentera PAS seperti Unit Amal turun bersungguh-sungguh, kemungkinan untuk BN menang adalah sukar.



Peristiwa sepanjang hari pengundian menunjukkan dengan jelas bahawa jentera PAS tidak bergerak sebagaimana biasa. Ramai pemerhati melihat ahli-ahli PAS di Teluk Intan memboikot calon DAP kali ini. Kenyataan kepimpinan PAS sehari dua sebelum hari pengundian yang hanya mengharapkan dapat mengekalkan undi lama PAS jelas menunjukkan ketidakyakinan dan ketidaksungguhan pasukan PAS.

Dipetik daripada sini

No comments:

Post a Comment