Wednesday 30 July 2014

Panas !! Haram #selfie di kubur. #FB @inspirasiislami @UMonline


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.

Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok. “Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.

“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.


Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan
sempena sambutan hari raya kerana ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.


Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah- menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal dilaksanakan sempena sambutan hari raya.

“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat- sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.

“Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan. (Sumber)

Saturday 26 July 2014

Sarung Tangan #SaveGaza : Azizulhasni Awang Cetus Rasa Tidak Puas Hati #Commonwealthgames #gazaunderattack #WeSupportAziziulhasni


Glasgow - Badan Komanwel menyiasat tindakan jaguh basikal negara kita, Azizulhasni Awang yang menunjukkan solidariti terhadap Gaza dengan memakai sarung tangan yang mempunyai perkataan "Save Gaza" di Velodrome Sir Chris Hoy, Glasgow.


Beliau kini sedang disiasat Badan Komanwel (CGP). Ayuh bersolidariti bersama beliau dengan menaip hashtag berikut: #WeSupportAzizulhasni.

Sehingga hari ini, lebih 792 rakyat Palestin terbunuh dan 5133 orang cedera. sumber:
Aqsa Syarif





SERAM !! KISAH SERAM DI BULAN RAMADAN DI BANDARA ALOR SETAR.


Tiba - tiba jurukamera itu dikejutkan dengan lembaga...........................

Kisah ini berlaku di sebuah Bandaraya di negeri Kedah sekitar jan 11:30 malam. Ianya dirakamkan oleh sekumpulan anak muda sebagai kenangan terindah. Jom kenali entiti tersebut 

MISTERI Video ENTITI Asing Mengemparkan Bandaraya Alor Setar!!

Satu kejadian aneh telah berlaku sewaktu rakaman sidang media Ketua Puteri UMNO Kedah ditengah-tengah bandar Alor Setar.

Muncul satu kelibat misteri asing didalam video sewaktu rakaman. Fuhh!! terjahan yang dibuat hampir membuatkan krew MMFC pengsan.

Namun disebabkan komitmen yang diberikan terhadap kerja, krew kami berjaya mengawal keadaan dan teruskan rakaman.

Jika anda berani, saksikan rakaman entiti misteri yang telah muncul sewaktu rakaman.

EKSKLUSIF hanya untuk pengikut page MMFC!

Anda brann?



Friday 25 July 2014

KECOH !! Betong Thailand Kena Bom hanya 10 KM dari sempadan Pengkalan Hulu, Perak Malaysia.


Terletak di Hujung Selatan Negara Thailand bersempadankan NegaraMalaysia dengan jarak tidak sampai 10 km dari Sempadan Malaysia.

Wanita maut, 22 cedera letupan bom di Hatyai




Sekurang-kurangnya seorang wanita terbunuh manakala 22 lagi cedera susulan letupam bom di daerah komersial di selatan Thailand.

Kolonel Polis Wasan Phuangnoi berkata, pemberontak disyaki meletupkan bom yang disembunyikan di dalam trak pikap yang diletakkan di hadapan sebuah hotel di daerah Betong, wilayah Yala. 

Letupan yang berlaku pada petang tadi turut memusnahkan beberapa kenderaan lain dan merosakkan struktur bangunan. - AP 





Dua Tragedi Penerbangan Yang Melibatkan Pesawat MAS #MH370 dan #MH17 - @NajibRazak


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, kita dapat menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini, walaupun ketika negara sedang berdukacita akibat dua tragedi penerbangan yang melibatkan pesawat MAS MH370 dan MH17. Dugaan yang kita hadapi ini adalah ujian dari Allah SWT, dan kita sebagai hamba-hambaNya harus kekal istiqamah dan tabah.
Secara lazimnya, saya bersama-sama dengan para anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri pada hari raya pertama di Seri Perdana.
Walaubagaimanapun, bagi menghormati mangsa-mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 dan mangsa-mangsa MH370 yang masih belum ditemui, kami telah memutuskan untuk membatalkan majlis tersebut tahun ini. Majlis rumah terbuka Aidilfitri di Pekan, Pahang akan diteruskan seperti biasa pada 23 Ogos 2014.
Dalam kita mengenang mereka yang sudah pergi serta saudara-mara seagama yang sedang dibelenggu sengsara peperangan, kita perlu ingat bahawa umat Islam adalah disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan setelah mengatasi dugaan dan cabaran dalam menjalankan ibadat puasa.

Oleh yang demikian, pada Syawal ini, saya akan menghabiskan masa sepenuhnya bersama isteri, anak-anak dan kaum keluarga. Inilah masanya untuk kita tumpukan masa dan kasih sayang kepada kaum keluarga dan mereka yang terdekat pada kita, selagi Allah mengizinkan.

Dalam bulan Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan ini, kirimkanlah doa kepada mereka yang sedang menghadapi pelbagai dugaan besar, di dalam mahupun di luar negara.
Ingatlah juga kepada pasukan keselamatan kita yang sedang bertugas di Aidilfitri ini, khususnya anggota-anggota ESSCOM yang menghadapi risiko setiap masa di timur Sabah demi menjamin keselamatan negara.
Tradisi-tradisi yang selama ini menyatupadukan kita haruslah dikekalkan agar hubungan silaturrahim antara kita sentiasa rapat dan utuh. Teruskan adat kunjung-mengunjungi sesama kaum. Bukalah pintu hati dan pintu rumah kita dengan penuh keikhlasan.
Kekalkanlah semangat perpaduan dan pemuafakatan sesama kita dalam semangat 1Malaysia.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda dan keluarga. Maaf zahir dan batin.
Najib Razak

@fizoomar Terselamat Dari Kemalangan.


Beberapa keping gambar yang menunjukkan kenderaan audi yang mengalami kecelakaan jalan raya, difahamkan kenderaan tersebut adalah milik artis popular iaitu fizo omar.
Sumber : www​.tv14.my/

Walau bagaimana pihak Fizo menjelaskan bahawa beliau tiada dalam kenderaan tersebut melalui twitter miliknya " Alhmdllh fizo n mawar bru sja smpi kat kb. fizo dan isteri tiada dlm kereta semasa kemalangan ptg td di kuala krai . cuma my PA,mama n sister. alhmdllh semuanya selamat. tq smue"  dan juga di facebook  Assalamualaikum, Berikutan kemalangan yang berlaku di Kuala Krai , Kelantan yang melibatkan kenderaan peribadi Fizo Omar tengah hari tadi, pihak admin mengesahkan tiada sebarang kecederaan berlaku kepada ahli keluarga Fizo dan pembantu peribadi beliau....... hati-hati memandu ketika pulang ke kampung halaman masing2 sempena dimusim perayaan ini. Semoga selamat sampai ke destinasi anda-admin-


Sunday 20 July 2014

#PerlimenBaling : Mengapa Rakyat Baling Pilih DS @Azeezputera ? @NajibRazak @MukhrizMahathir #KedahSerataRata


Majlis Penyampaian Zakat peringkat Parlimen Baling kepada golongan kurang berkemampuan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan OKU dan pesakit terlantar bersempena Aidilfitri. Seramai 1100  Orang yang menerima sumbangan. Penympaian Sumbang ini adalah inisiatif dari Ahli Parlimen Baling Dato’ Sri Haji Abdul Azeez Bin Hj. Abdul Rahim. Sumbangan zakat ini disampaikan oleh  beliau sendiri bersama dengan kempimpinan Bahagian Baling.


Kedatangan Syawal yang bakal menjelang tidak lama dengan sumbangan ini akan lebih bermakna buat penerima sumbangan dari sekitar Parlimen ini.

"Bagi memastikan sumbangan zakat ini diserahkan kepada mereka yang layak seperti fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan OKU dan pesakit terlantar kita (Pejabat Parlimen) sendiri turun padang untuk mencari golongan tersebut di kampung-kampung dengan bantuan pemimpin-pemimpin setempat.

"Program tanggungjawab Ahli Parlimen yang di pilih oleh rakyat Baling. Program ini diadakan setiap tahun pada bulan Ramadan bagi meringankan beban kewangan golongan kurang berkemampuan," katanya.




KK : Bagi aku.. untuk persoalan di atas ada kerana pemimpim dan rakyat Baling sentiasa berkongsi rezeki dari Allah. Berkat kepimpinan, kemakmuran yang di redhoi Allah. 


Saturday 19 July 2014

Candid Dan #selfie Dari Kaca Mata Pemuda PAS.

SUHAIZAN KAIAT

Ketua Pemuda PAS Malaysia

Kah kah kah. Dah tak ada kerja lain agaknya. Sampai mana-mana pun nak selfie. 

Friday 18 July 2014

Tragedi #MH17 : Ketua Pemuda Salahkan @MAS Ikut Laluan Konflik.


Nasib la PAS dapat ketua pemuda yang 'bengong' dan bebal. Kalau hendak keluarkan sebarang kenyataan berfikirlah secara waras. Bukan Penerbangan MAS saja yang ada kat dunia ni boleh sesuka hati untuk ubah laluan penerbangan.


Patut pun anak-anak belaan PAS meroyan sekarang ini.. untuk pemimpin Muda PAS kalau kau nak tunjuk cerdik pun agak2 la...

Laluan bagi MH17 itu telah disahkan selamat oleh Perdana Menteri pada sidang Media awal pagi tadi. Berita penuh boleh rujuk di Berita Harian Online .

Laluan bagi sesebuah pesawat sudah ditetapkan dan ini mesti dipatuhi oleh setiap syarikat yang mengendalikan pesawat. Jika tidak dipatuhi, perkara buruk seperti pelanggaran atau kemalangan jiwa boleh berlaku.

Mustahil laluan yang didakwa pilot 'rekaan The Telegraph' itu tidak selamat kerana laluan itu bukan sahaja digunakan oleh syarikat penerbangan Malaysia Airline (MAS). Laluan udara itu juga turut digunakan oleh Singapore Airlines, KLM Royal Dutch Airlines, Thai Airways dan Air Asia.

Jelas bahawa Ketua pemuda PAS yang bodoh sombong, sengaja cuba mempolitikan Nahas MH17 dan mahu menuding jari kepada pihak MAS atau kerajaan Malaysia bahawa punca berlakunya tragedi MH17 ditembak jatuh adalah kerana kesilapan laluan yang tidak selamat seperti yang telah ditetapkan. Ini adalah tidak benar sama sekali.

NAHAS #MH17 MUNCUL PELBAGAI VERSI VIDEO #PrayForMH17


Pelbagai versi Video nahas pesawat MH17 yang dimuatnaik di laman Youtube. Pesawat itu didakwa hancur akibat terhempas dengan kesan terbakar termasuk barangan penumpang yang bertaburan di kawasan ladang gandum berkenaan.


MAS sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar dan portal berita dunia apabila penerbangan MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.



Update #MH17 : Ukraine tuduh pesawatMalaysia ditembak jatuh oleh‘pengganas’. @MAS #MH17 #PrayForMH17

ANGGOTA pemisah pro-Russia berdiri di tapak nahas dipercayai pesawat
MAS MH17 yang terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini.

GRABOVO, (Ukraine): Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh oleh militan pro-Russia di timur Ukraine, dakwa pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Pegawai berkenaan menuduh ‘pengganas’ menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow.

Serpihan pesawat itu dipercayai terhempas di kawasan perkampungan Grabovo, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Russia di kawasan dimana pemisah pro-Russia bergiat aktif dan mendakwa pernah menembak jatuh pesawat lain.


Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat Boeing 777 itu dipercayai terhempas berhampiran bandaraya Donetsk, dan menambah ia ditembak menggunakan “sistem anti-pesawat Buk’ oleh pengganas.”

Laporan agensi juga memetik pemimpin pemisah menuduh pasukan Ukraine menembak jatuh pesawat berkenaan tetapi pegawai Ukraine berkata tenteranya tidak terbabit.


Agensi Berita Ukraine, Interfax melaporkan pesawat berkenaan hilang daripada radar ketika ia sedang terbang setinggi 33,000 kaki, ketinggian biasa bagi mana-mana pesawat.
Ukraine menuduh Russia memainkan peranan aktif dalam konflik empat bulan itu dan menuduhnya pernah menembak jatuh jet pejuang Sukhoi Su-25 Ukraine - tuduhan yang dinafikan oleh Moscow.


Komander tentera pemberontak, rakyat Russia bernama Igor Strelkov, menulis dalam media sosial sejurus sebelum laporan mengenai pesawat MH17 itu bahawa pasukannya pernah menembak jatuh pesawat Antonov An-26 di kawasan sama. - Reuters


MASYAALLAH !! Pesawat Malaysia MH17 Di Tembak Di Ukraine #PrayForMH17

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine.

MOSCOW 17 Julai - Sebuah pesawat penumpang Malaysia MH17 membawa 295 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor Interfax memetik sumber industri penerbangan sebagai berkata.

Menurut laporan itu, pesawat Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku. Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu setakat ini. - Reuters

Thursday 17 July 2014

Umno Gerak Misi Bantuan Kemanusiaan Ke GazaMinggu Depan. @azeezputera #PrayForGaza #prayforpalestina #SaveGaza

gambar anak-anak Gaza menjadi mangsa Israel

Ini bukan Ramadhan pertama Israel menyerang Gaza tetapi entah Ramadhan yang keberapa tetapi Gaza tetap utuh dikelilingi Israel yang zalim. Mereka menyangka bumi Palestine adalah bumi nenek moyang mereka kerana itu mereka sedaya upaya menghalau umat Islam dari Gaza dan seluruh Palestine. 


KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) - Biro Kebajikan Umno Malaysia akan menggerakkan bantuan kemanusiaan ke Gaza Rabu depan dan akan memasuki wilayah itu keesokan harinya bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk Palestin.


Pengerusi biro itu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata seramai 65 orang terdiri daripada 40 doktor pakar, 15 sukarelawan dan 10 petugas media akan menyertai misi yang memfokuskan kepada bantuan perubatan dan bekalan makanan.


"Semua yang menyertai misi kali ini akan tinggal di hospital yang akan ditentukan kelak bagi memudahkan kita menyediakan bantuan terutama kepada mereka yang tercedera akibat serangan Israel.


"Semua doktor-doktor kita yang terdiri daripada pakar ortopedik dan pediatrik, termasuk dua pakar sakit puan akan ditempatkan di empat buah hospital di Gaza," katanya dalam sidang media selepas menghadiri 'Moment of Solidarity With Our People In Palestine' yang dianjurkan oleh Kedutaan Palestin di sini, Khamis.

Katanya, pasukan awal akan terbang ke Kaherah, Mesir pada Ahad ini untuk membeli bahan makanan sebelum bahan makanan itu dibawa masuk ke Gaza dan diedarkan ke tujuh kawasan di wilayah itu.

Abdul Azeez, yang juga Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia berkata bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, pasukan misi kemanusiaan kali ini akan berada di Gaza selama seminggu sahaja dan akan digantikan dengan pasukan yang lain selepas tempoh itu.

"Kita juga akan ambil maklumat terperinci mengenai bentuk bantuan susulan yang boleh disalurkan kepada penduduk Palestin dan akan melaporkan pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tindakan kerajaan," katanya.


Bagaimana pun beliau berkata semua perancangan misi kali ini masih bergantung kepada keadaan di Gaza dan kesediaan Mesir untuk membuka laluan masuk ke wilayah itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengingatkan mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ke Gaza untuk tidak bergerak sendiri dan perlu memasuki negara itu menerusi laluan yang ditetapkan sahaja bagi mengelak perkara yang tidak diingini. Katanya, ia juga bagi memudahkan pihak Wisma Putra memantau pergerakan mereka selain menyusun atur perjalanan masuk dan keluar dari Gaza.


"Saya mengingatkan kalau ada yang mahu masuk ke Gaza biarlah melalui saluran yang telah dipersetujui kerana kita boleh berpakat dengan pihak kerajaan di Mesir atau negara-negara lain yang bersempadan dengan Palestin," katanya.


Dalam pada itu, Duta Palestin di Malaysia, Dr Anwar Hamadto Kassem AL-Agha melahirkan rasa terharu dengan bantuan dan sokongan beterusan Malaysia terhadap negaranya dalam menghadapi kekejaman Israel.


"Kami sentiasa berasa sokongan kuat daripada kerajaan Malaysia kepada rakyat Palestin...terima kasih banyak kerana bersama kami. Kami berharap semua orang di dunia akan datang bersama-sama untuk menyokong penduduk Palestin dan menghentikan pencerobohan Israel," katanya.

Kekejaman Israel yang melakukan beberapa serangan udara dan ketenteraan ke atas Gaza sejak 7 Julai lalu sehingga kini telah menyebabkan kematian 220 penduduk dan mencederakan lebih 1,500 yang lain.- BERNAMA

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim juga merupakan Duta Kehormat Rakyat Palestine yang menerima watiqah perlantikan beliau pada 11 Disember 2012. Sehubungan dengan itu, segala penderitaan umat islam di Gaza memang dekat di hati Azeez.

[VIDEO] Kiki Gadis #peugeot208 “Jangan lupa pulangkan steering lock saya ya ? #KosongKosong #CDM25 @ERA_fm


Kiki, wanita yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia kerana mengamuk keretanya digesel di Kuantan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka sekaligus menamatkan kemelut yang melanda.







Monday 14 July 2014

Panas !! DS @azeezputera Ahli #ParlimenBaling Bertemu Warga Pondok Misbahulfalah Parit Panjang. @SinarOnline @NajibRazak


Pondok ini tidak dapat dipisahkan dengan nama Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi yang gigih menghidupkan pondok ini dengan menampung ribuan para penuntutnya sejak dibuka semula pada tahun 1957 hingga sekarang. Nama Tuan Guru ini menjadi lebih terkenal kerana beliaulah ulama di Kedah yang mengeluarkan fatwa Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan sejumlah para pengikutnya yang terkorban dalam peristiwa berdarah Memali sebagai mati syahid dan kesemuanya dikebumikan di Parit Panjang berdekatan dengan kawasan pondok yang terkenal ini. Sumber : Pondok Misbahul Falah Parit Panjang

Ikuti coretan Azeez Rahim .....

"Sempat saya bersahur dan solat subuh di Madrasah Misbah Al-Falah,Kg Lanai pada pagi tadi..Sesungguhnya Madrasah ini banyak meninggalkan Nostalgia dan kenangan kepada saya.Disebabkan Madrasah inilah yang membawa saya untuk menjejakan kaki kali pertama ke Baling pada tahun 1998 bagi membantu memberikan sumbangan kerana ketika itu Madrasah ini telah mengalami kebakaran..


Pertemuan yang menyetuh jiwa saya pada pagi tadi dengan Pengetua Madrasah Nisbah Al-Falah iaitu Ustaz Mat Mokhtar dan ustaz-ustaz lain yang merupakan rakan-rakan saya ketika kali pertama saya menjejakan kaki di Bumi Baling ini..Walaupun ketika itu saya tidak mempunyai sebarang darjat dan pangkat malah tidak terlibat dengan mana-mana parti politik pun..Dengan niat untuk membantu madrasah yang terbakar dan pada hari ini Allah telah menaikkan sedikit darjat saya sebagai Ahli Parlimen Baling bagi membantu dan menjaga rakyat Baling dengan tanggungjawab yg telah diamahkan kpd saya..Terima kasih Ya Allah,sesungguhnya aku bersyukur pada Mu kerana telah menggerakan hati dan sanubari hamba Mu ini untuk menjejakkan kaki ke Baling bagi membantu Madrasah ini pada tahun 1998..Hari ini Baling telah menjadi sebahagian dalam hidup saya dan hidup saya juga adalah sebagian daripada Baling...."

sumber : Azeez Rahim








Sunday 13 July 2014

Kecoh !! @MukhrizMahathir & Setiausaha Sulit Sultan Kedah terima "Ugutan Bunuh". #KedahSerataRata @PDRMSia

Mohd Noor Bin Mohd Amin
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Baling
"Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap "Padi Jantn" nama sebenar Hanafi Bin Ali sebagai pengajaran kepada individu lain agar tidak melakukan perbuatan yang sama, tegas Mohd Noor Bin Mohd Amin bercakap kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Baling.


Ugutan seorang pemilik laman sosial Facebook untuk menembak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.



Status Padi Jantn di Facebook

"Jika sesiapa yang sanggup bagi aku Pistol dan Peluru nescaya aku akan Tembak Mampos dua makhluk ini sebelum aku tembak Sonny Ho si Kafir Harbi.. InsyaAllah"
" Dengan puak ni bukan boleh cakap dengan facebook bro!..  Kena cakap dengan peluru"

Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap pemilik Facebook menggunakan nama 'Padi Jantn" itu kerana ugutan berkenaan adalah sesuatu yang serius. 

KK : Dengar Citer.... Padi Pondan ni.. dah hilang kan diri... puihhh.. tapi dalam Fb dia dok komen lagi....

Friday 11 July 2014

Info : Pemandu Maut Dalam Kemalangan Di jalan Tawar Kulim.


Kejadian berlaku di jalan baru Tawar ke  Kulim berhampiran Kg Batu 7, Mukim Tawar. Melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta menyebabkan pemandu kereta tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba Baling dan mangsa pemandu kereta meninggal dunia ditempat kejadian.

Sumber : Crew Baling Today
[11/7/2014] 5.50pm





Tuesday 8 July 2014

MasyaAllah !! Masjid Di Penuhi Belukar Gara-Gara Penduduk Kampung Murtad. @InspirasiIslami



Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kampung Langkabong,Tongod,Sandakan.Setelah mendapat laporan dari Imam Daerah Tongod, Imam Daim yg kami temui di Masjid Tangisan Bumi Sandakan Entilibon tentang keadaan satu kampung yg 100% penduduknya telah dimurtadkan, kelmarin (6hb Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad utk menziarahi kampong Langkabong. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dengan dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid.
Laporan ini disediakan oleh Jemaah Dakwah Dan Tabligh Maulana Jamal bertarikh 07-07-14.

jemaah dr di sabah


Setelah meredah semak sejauh kira-kira 70 M dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak samun.

Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dengan terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Ahli Jemaah kami, Badrul munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yg telah hampir 20 tahun kesepian. Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yg termampu, kami beredar dengan perasaan sedih.

masjid di sabah ditinggalkan penduduk kerana murtad

Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yg ada 2 keluarga yg masih beragama Islam. Kami buat keputusan utk menziarahi mereka.Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. sterinya anak tempatan, keturunan Sungai yg memeluk agama islam. Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad. Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di kampung Langkabong ini.


Masjid Dipendalaman Sabah Tidak Diazankan Sejak 1996 solat sunat

Di sekitar tahun 1979- 82 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di kampung Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong.Selepas itu berlaku usaha gigih missionary (pendakyah) Kristian yang bermati-matian melakukan proses kristianisasi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yg sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul. Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.
Dakyah missionary ini paling kuat. Target mereka ingin mengkristiankan seluruh Sabah.

Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon, kawasan 3T ini adalah sasaran yg terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah. 3T tersebut ialah Telupid, Tongod, Takungan.

Gejala kemurtadan ini berlaku bukan saja di kampung Langkabong malahan di seluruh Sabahnya bahkan di seluruh dunia.


Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya seruan bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka utk merosakkan akidah umat islam.

Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku dalam kalangan ummat Islam jika setiap ummat Islam menjadikan diri mereka dae'i ".

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Nabi saw iaitu Sayyiduna Abdullah B. Huzafah r.hu yang mempertahankan keimananya dari seruan kemurtadan walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh.Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.Katanya 'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu-bulu di badanku, nescaya akan aku korbankan satu persatu untuk agama Allah'. Boleh rujuk kisah beliau dalam Hayatush Sahabah, jilid 2.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat sebagai Dae'i.. InsyaAllah.

Coretan dari Dr. Rosmadi Nawi dan hasil suntingan oleh saya.