Khamis, 17 Julai 2014

Umno Gerak Misi Bantuan Kemanusiaan Ke GazaMinggu Depan. @azeezputera #PrayForGaza #prayforpalestina #SaveGaza

gambar anak-anak Gaza menjadi mangsa Israel

Ini bukan Ramadhan pertama Israel menyerang Gaza tetapi entah Ramadhan yang keberapa tetapi Gaza tetap utuh dikelilingi Israel yang zalim. Mereka menyangka bumi Palestine adalah bumi nenek moyang mereka kerana itu mereka sedaya upaya menghalau umat Islam dari Gaza dan seluruh Palestine. 


KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) - Biro Kebajikan Umno Malaysia akan menggerakkan bantuan kemanusiaan ke Gaza Rabu depan dan akan memasuki wilayah itu keesokan harinya bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk Palestin.


Pengerusi biro itu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata seramai 65 orang terdiri daripada 40 doktor pakar, 15 sukarelawan dan 10 petugas media akan menyertai misi yang memfokuskan kepada bantuan perubatan dan bekalan makanan.


"Semua yang menyertai misi kali ini akan tinggal di hospital yang akan ditentukan kelak bagi memudahkan kita menyediakan bantuan terutama kepada mereka yang tercedera akibat serangan Israel.


"Semua doktor-doktor kita yang terdiri daripada pakar ortopedik dan pediatrik, termasuk dua pakar sakit puan akan ditempatkan di empat buah hospital di Gaza," katanya dalam sidang media selepas menghadiri 'Moment of Solidarity With Our People In Palestine' yang dianjurkan oleh Kedutaan Palestin di sini, Khamis.

Katanya, pasukan awal akan terbang ke Kaherah, Mesir pada Ahad ini untuk membeli bahan makanan sebelum bahan makanan itu dibawa masuk ke Gaza dan diedarkan ke tujuh kawasan di wilayah itu.

Abdul Azeez, yang juga Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia berkata bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, pasukan misi kemanusiaan kali ini akan berada di Gaza selama seminggu sahaja dan akan digantikan dengan pasukan yang lain selepas tempoh itu.

"Kita juga akan ambil maklumat terperinci mengenai bentuk bantuan susulan yang boleh disalurkan kepada penduduk Palestin dan akan melaporkan pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tindakan kerajaan," katanya.


Bagaimana pun beliau berkata semua perancangan misi kali ini masih bergantung kepada keadaan di Gaza dan kesediaan Mesir untuk membuka laluan masuk ke wilayah itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengingatkan mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ke Gaza untuk tidak bergerak sendiri dan perlu memasuki negara itu menerusi laluan yang ditetapkan sahaja bagi mengelak perkara yang tidak diingini. Katanya, ia juga bagi memudahkan pihak Wisma Putra memantau pergerakan mereka selain menyusun atur perjalanan masuk dan keluar dari Gaza.


"Saya mengingatkan kalau ada yang mahu masuk ke Gaza biarlah melalui saluran yang telah dipersetujui kerana kita boleh berpakat dengan pihak kerajaan di Mesir atau negara-negara lain yang bersempadan dengan Palestin," katanya.


Dalam pada itu, Duta Palestin di Malaysia, Dr Anwar Hamadto Kassem AL-Agha melahirkan rasa terharu dengan bantuan dan sokongan beterusan Malaysia terhadap negaranya dalam menghadapi kekejaman Israel.


"Kami sentiasa berasa sokongan kuat daripada kerajaan Malaysia kepada rakyat Palestin...terima kasih banyak kerana bersama kami. Kami berharap semua orang di dunia akan datang bersama-sama untuk menyokong penduduk Palestin dan menghentikan pencerobohan Israel," katanya.

Kekejaman Israel yang melakukan beberapa serangan udara dan ketenteraan ke atas Gaza sejak 7 Julai lalu sehingga kini telah menyebabkan kematian 220 penduduk dan mencederakan lebih 1,500 yang lain.- BERNAMA

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim juga merupakan Duta Kehormat Rakyat Palestine yang menerima watiqah perlantikan beliau pada 11 Disember 2012. Sehubungan dengan itu, segala penderitaan umat islam di Gaza memang dekat di hati Azeez.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah