Thursday 14 August 2014

"Penumpang MH370 Masih Hidup" Akaun Bankpenumpang #MH370 Aktif.


Dianggarkan sejumlah RM111,000 telah dikeluarkan dari akaun empat penumpang pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang 8 Mac lalu, lapor News Straits Times (NST).

Perkara itu telah dikesan oleh pengurus bank yang terbabit dan pihak bank kini sedang membuat satu siasatan audit dalaman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisoner Izany Abd. Ghany berkata pihak bank telah membuat laporan mengenainya pada 2 Ogos lalu.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.

Pesawat Boeing 777-2000 itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Beijing sebelum dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.

Astro Awani

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment