Sunday 21 September 2014

[ VIDEO ] "Janji Allah itu pasti, Musibah akan makan diri" 18PL #PRKPengkalanKubor



Janji Allah itu pasti. Musibah akan makan diri dan parti akan datang dengan sendiri dalam akar umbi yang tak puas hati,. tiada jati diri menyalah guna Islam sejati .

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.



Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).


Eloklah dulu buat sembahyang hajat dan doa supaya UMNO dan BN K.O sekarang ahli dia sendiri doa kehancuran dia Heh.. yang aku hairan dengan ULAMA PAS, Doa hancurkan umat islam diluar PAS tak de plak diaorang nak tegah dan kecohkan..tapi doa utk umat islam dalam parti PAS tak boleh pulak.., sedangkan kita semua sama menganut agama islam yg satu. Bukan nya ada islam UMNO.. islam PAS atau islam PKR.

kifarah bakal menjelma di dalam gabungan Pakatan Rakyat. Perlahan-lahanlah kau merasainya. Bersyukurlah kerana doa kau telah di kembalikan tampa cacat celanya. Jangan taksub gila menyokong kerana dalam diam.

No comments:

Post a Comment