Tuesday 14 October 2014

Gambar #KedahSerataRata : Misi mencari Dua remaja yang lemas di #PantaiMerdeka Kedah.


Kejadian di Pantai Merdeka, Kedah. Misi mencari 2 orang remaja yang lemas diteruskan lagi hari ini.
Dua pelajar lelaki masing-masing berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang ketika memancing dipinggir laut di PantaiMerdeka, dekat sini, tengah hari tadi.


Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa, Mohd Azami Ahmad Husaini dan Mohd Hazwan Shaudin, mengharungi air laut yang surut, sebelum dihanyutkan ombak. 

Sehingga kini usaha mencari kedua-dua mangsa sedang dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa memancing bersama empat lagi rakan lain.







No comments:

Post a Comment