Tuesday 7 October 2014

KESAL !! JUAL TIKET ATAS BAS, MARALINER "TERPAKSA" TUTUP KUANTER TIKET. @JPJ_Malaysia @KP_JPJ @aduanSPAD


Pengguna yang kerap menggunakan perkhidmatan bas Maraliner memaklumkan melalui khidmat "Whatsaap" berhubung tindakan "cerdik" pengusaha bas Maraliner. kejadian baru sahaja berlaku hari ini ( 07/10/2014).

Menceritakan... saya seorang pelajar politknik di perlis, yang pulang sempena cuti hari Raya Korban di Kampung, Saya menggunakan perkhidmatan bas Maraliner dari Baling ke  Alor Setar dan seterusnya akan ke Perlis.

Kuanter Kosong
Saya terpaksa berebut untuk membeli tiket Bas Maraliner yang dijual di atas bas, bukannya di kuanter seperti kebiasaanya. Namun saya GAGAL mendapatkan tiket untuk perjalanan bas jam 11:00 pagi. Saya seorang wanita, yang terpaksa "bergasak dan berebut" dengan mereka yang lain. saya akur.... apabila ada petugas diatas Bas memberitahu kami bahawa ada satu lagi "trip" ke Alor Setar kira2 jam 2:00 petang. 



Memang rasa tak puashati, sudahlah perjalan dari rumah ke stesen bas jauh... ini nak kena "menapak" disini akibat tindakan "bodoh" pengusaha bas Maraliner. 

Petugas Maraliner sedang menenangkan penumpang
yang sedang marah akibat tak dapat tiket.


Samalah juga, keadaan dengan pagi tadi, lagi ramai orang datang, ada yang berkeluarga, pelajar dan juga ingin pulang ketempat kerja. Kami terpaksa bergasak, berebut malahan ada yang duduk awal-awal di pintu bas sementara menunggu jam 2:00 petang. apabila sahaja pintu bas dibuka terus menerpa dan menyerbu masuk untuk mendapatkan tiket. Sekali lagi saya GAGAL untuk mendapatkan tiket.....

Memalukan... sampai ada yang jatuh, semata-mata tindakan bodoh Maraliner yang gagal menyediakan/menjual tiket di kuanter. TIDAK ADIL BAGI SAYA DAN YANG LAIN DATANG AWAL UNTUK MENDAPATKAN TIKET tetapi bagi mereka yang lewat dan menggunakan kudrat serta kroni senang jer boleh dapatkan tiket. Akibat saya terpaksa menumpang..... -bayu-

Saya berasa kesal dengan kejadian dan memohon penjelasan pihak Maraliner. ketidakcekapan pihak Maraliner dalam proses penjualan tiket.  Saya berharap agar pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini sewajarnya supaya pengguna yang lain tidak menghadapi masalah yang sama lagi. 

No comments:

Post a Comment