Sabtu, 18 Oktober 2014

'The Red Warriors' Menangis #HelangMerah Terbang Tinggi. #PialaMalaysia2014 @ASTROARENA


LINANGAN air mata mengiringi kekecewaan The Red Warriors sebaik sahaja tumbang 0-3 ditangan Kedah pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, minggu lalu.

Tiada lagi kelibat bekas finalis musim lalu itu pada kempen pertandingan piala paling berprestij di negara ini setelah ditunjukkan jalan keluar lebih awal pada pusingan kalah mati oleh skuad Helang Merah menerusi agregat 4-3. 

Kegagalan tersebut nyata sukar diterima penyokong Pahlawan Merah yang sebelum itu begitu yakin pasukan mereka mampu mara kesaingan separuh akhir setelah membawa bekalan dua gol bertandang ke Alor Setar.


SALAH TAKTIKAL

Adakah percaturan strategi silap oleh pengendali Kelantan, George Boateng menjadi punca pasukannya mudah dijinakkan bekas juara Piala Malaysia musim 2008 dalam perlawanan itu ?


Itu menjadi persoalan yang berlegar difikiran penyokong Kelantan ketika barisan pemain
kesayangan mereka sendiri dilihat gagal menyekat kebangkitan dramatik anak buah Tan Cheng Hoe.


Rata-rata penyokong berpendapat, kesilapan taktikal Boateng yang menerapkan corak permainan bertahan, bukan menyerang sebagaimana ditonjolkan pada saingan suku akhir pertama di Kota Bharu menjurus kepada kekalahan tersebut.

KELAS TERSENDIRI

Apa pun telahan ramai, satu perkara yang perlu diakui betapa semangat juang tinggi barisan pemain Kedah meletakkan pasukan mereka dalam kelas tersendiri untuk memenangi aksi timbal balik itu sekali gus berdepan Pahang, malam esok.

Kelantan seharusnya menamatkan aksi 45 minit pertama dengan mengikat seri tanpa jaringan tetapi itu tidak berlaku, sebaliknya kesilapan benteng pertahanan mereka membenarkan gol semangat Muhammad Hanif Mat Dzahir tercipta pada minit ke-42.

Apa lagi yang Kelantan mahu lakukan, tatkala jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-53 sudah pun memadai apabila tuan rumah berada dalam kedudukan selesa menerusi peraturan gol di tempat lawan ketika itu.

Detik hitam menjelma pertengahan babak kedua buat Kelantan, apabila Ahmad Fakri Saarani pula diperintahkan keluar padang dan tiada siapa yang boleh menghalang Kedah merai jaringan Muhammad Syafiq Ahmad lewat permainan ketika pelawat beraksi dengan kekurangan seorang pemain.

www.Kelate.Net



Jangan lupa saksikan perlwanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 Kedah melawan Pahang di Stadium Darul Aman malam esok !! #PulunKedahPulun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah