Monday 3 November 2014

#ParlimenBaling : Mohon PBT Daerah Baling Pantau Taman Permainan Padang KEDA #DUNKupang cc @azeezputera @TajudinSik


Bukan nak 'peburuk' atau nak menuduh pihak PBT tempatan tak buat kerja ataupun mengulat. Ini hakikat yang harus diterima sekiranya jika kita diamanahkan oleh masyarakat.

Berbekalkan beberapa keping gambar dari 'facebook' dengan izin ishhhh macam dalam parlimen plak, pengadu meluahkan rasa kecewa berkenaan penyelengaraan taman permainan kanak-kanak yang terletak di Padang KEDA ( Pekan Kupang). Sungguhpun ia merupakan lokasi strategik bagi orang ramai menggunakan kemudahan awam tersebut tapi penyelenggaraan amat mendukacitakan.

Tapi amat malang sekali, Apabila peralatan serta keadaan tempat tersebut tidak dijaga dan diselenggara dengan baik oleh pihak berkenaan. Ada sesetengah peralatan hanya tinggal tiang sahaja, rumput dan lalang pajang mengurai. Macamana la.... Baling boleh kerajaan tempatan cakap Daerah Baling bahagia.

Harap pihak PBT serta ADUN yang diamanahkan oleh RAKYAT buat kerja la ye...
KK bukan apa kesian kat rakyat yang dok bagi undi..


KK nak pesan kat orang2 Kuat Pejabat Daerah/Majlis Daerah yang nak pi Korea tu... tolong tengok sama taman permainan atau padang kat korea tu.... dema selenggara camana ?

P/S : Banyak peruntukan kot.....




No comments:

Post a Comment