Friday 31 January 2014

KEMALUAN TERDEDAH !! BUKAN SALAH @AnwarIbrahim #PRKKajang



Masih ingatkah lagi kisah selebriti ini… MEMANG MALU beb.. Bila kisah  didahkan kepada Masyarakat di Malaysia KK bukan apa Cuma nak manyampaikan hajat sahabat seperjuangan AGAR masyarakat terutamanaya di DUN tidak tersalah memilih buat kali ketiga… Mungkin orang kata, kalau kali pertama sebab KITA NAK CUBA..

Kalau kali kedua sebab KITA NAK BAGI PELUANG…. TAPI kalau kali ketiga ini NAK CARI PENYAKIT… 


Semakin hari semakin menampakkan kecelaruan penjelasan yang diberikan PKR berhubung isu ADUN PKR Kajang meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di tempat berkenaan.

Sebagai rakan dalam PR, PAS juga terkejut dengan tindakkan kurang bijak yang telah di lakukan PKR atas alasan MEMBUAT GERAKAN TAKTIKAL untuk mengukuhkan PR di Selangor.

Sungguh tak logik alasan yang diberikan PKR kononnya mahu perkukuhkan PR di Selangor dengan membuat pertaruhan kerusi yang dimenangi PR sendiri. Lain la kalau pihak lawan PR yang mengosongkan kerusi yang dimenanginya dan pihak PR meletakkan Anwar Ibrahim untuk menjadi calon bagi memperkukuhkan PR di Selangor.

Baru-baru ini Pengarah Strategi Cap Ayam PKR, Rafizi berkata, "walaupun langkah memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di DUN Kajang tidak popular tetapi ia sesuatu diperlukan PR untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuat dan dalam masa sama menjadi wadah PR menawan Putrajaya".

Agak sangsi dengan dakwaan PKR mahu menjadikan Selangor sebagai kubu kuat PR.

Sekiranya ADUN Kajang tidak bertindak mengosongkan kerusi yang dimenanginya pada PRU13 yang lalu sekali pun, PR tetap kuat di Selangor dan menguasai 2/3 kerusi DUN Negeri Selangor pada PRU13 yang lalu.. Cuma yang kuatnya adalah PAS dengan DAP  yang masing memenangi 15 kerusi DUN berbanding PKR yang hanya mendapat 14 kerusi.

Strategi kepala hotak apa untuk memperkukuhkan PR di kubu kuat sendiri.?

Apa yang dapat lihat, tindakan memasukkan Anwar untuk memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri Selangor bukannya untuk memperkuatkan PR.. Sebaliknya untuk memperkuatkan PKR di negeri terbabit yang sepatutnya di urus tadbir oleh kalangan pemimpin PAS.

Selangor merupakan antara negeri yang terkaya di Malaysia dan ianya boleh menjadi kilang duit bagi PKR untuk menampung gerakan politik mereka. Seandainya pada PRU14 ini PAS mampu mendapat kerusi lebih dari DAP dan PKR, maka pastinya PAS akan meletakkan Menteri Besar dikalangan mereka dan akhirnya agak sukar bagi PKR untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai kilang duit untuk gerakan politik mereka.

Tidak kiralah sama ada bukan Anwar Ibrahim yang menjadi Menteri Besar Selangor asalkan tetap ada dikalangan pemimpin PKR yang mudah diperkudakan Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor selepas PRU14 nanti.

Untuk menyelamatkan keadaan PKR di Selangor maka Anwar terpaksa bertapak dalam Kerajaan Negeri Selangor walau pun bukan sebagai Menteri Besar Selangor selepas ini.

Harus di ingat bahawa PKR dapat menjadi pentadbir di Selangor selepas PRU13 lalu hanya disebabkan PAS dan DAP berkongsi jumlah majoriti kerusi. PKR melihat PAS sebagai satu ancaman untuk mereka hilang kuasa mentadbir di Negeri Selangor.- Pisau Kedah

jadi kepada Pengundi DUN Kajang, jangalah mudah sangat ditipu dan dikhianati seperti PRU13 yang lepas. Inilah masanya untuk menghukum PARTI mengkhianati AMANAH. 

Apatahlagi yang akan bertanding tu... PELIWAT seharusnya kita TOLAK PELIWAT dari bertapak di DUN Kajang. #HALAU 

VIDEO MELAMPAU MP @teresakok Untuk Tontonan @NajibRazak. #CNY







Anda tonton sajalah klip  Teresa Kok ini!, Video berdurasi 11:39 minit itu bertajuk "Teresa Kok "Onederful" Malaysia CNY 2014 Video Clip". Video berkenaan tersebar luar di Youtube.



banyak benda yang dia rungutkan........ Bodoh punya MP patut la kena pecat.... WEYYY betina U punya Skandal apa cer... U punya rompakan duit ibu tunggal sudah mau habis ka..

Malaysia sebuah negara tidak selamat, Rosmah Mansor kuat pakai berlian, kerana Bahasa Melayu (1Malaysia 1 Bahasa) maka ranking universiti Malaysia jatuh, dan tahap pendidikan di Malaysia menjunam, jenayah di Malaysia meningkat tinggi so selama ini PDRM tak wat kejalah.... 
Patut u MEMBUJANG sampai monopus.... eeeeiii geram aku.. sekarang aku cuba bersangka baik terhadap kaum lain.... kerana DAP inilah sikap aku kembali merontar...

Jenazah Zulaikha 7 Tahun Yang Dikelar Bapanya , Selamat Di Kebumikan. @Buletintv3



Jenazah kanak-kanak berusia 7 tahun yang dikelar bapanya, Zulaikha Norazman tiba di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi ( Sungai Tangkas) untuk dikebumikan.


Bapa yang mengelar leher tiga anaknya dalam kejadian di rumahnya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi di sini semalam ditahan reman seminggu bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, suspek akan ditahan reman sehingga 6 Februari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Akhbar hari ini melaporkan suspek berusia 44 tahun tersebut bertindak di luar batas kemanusiaan apabila mengelar leher tiga anaknya sehingga mengakibatkan seorang daripada anak perempuan berusia tujuh tahun mati manakala dua lagi parah.

Kejadian menyayat hati tersebut berlaku di rumah keluarga berkenaan ketika suspek berada di tingkat bawah bersama ketiga-tiga anaknya itu termasuk dua kakak mangsa berusia 10 dan 12 tahun.

Kedua-dua kakak mangsa yang cedera parah di belakang leher dan seorang lagi putus beberapa batang jari tangan, dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Semasa tragedi pukul 4.15 petang itu, seorang lagi anak suspek berusia 17 tahun yang berada di tingkat atas rumah berkenaan tidak menyedari kejadian tersebut. -

sumber : Buletin TV3 & UTUSAN ONLINE






Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini.



Pesanan Rasulullah S.A.W untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”. (GAMBAR HIASAN)

1.Wanita Ananah: wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah: wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah: ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. 

Wallahu'alam.

Sumber: Gempaq Network (Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini).

KISAH PELAJAR UIA MIMPI BERTEMU RASULULLLAH S.A.W .


Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.



Kisah pelajar UIA mimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W!

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.


Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu

perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang.

Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya Subhanallah...

Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..

Subhanallah... baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati.. ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan air mata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi.. Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah.. Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah.. Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah.. dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.

Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

"Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim."

Sumber: mazeermohamad. com

@MukhrizMahathir sedia berperang. #HanyaDiKedah #CNY


Kerajaan negeri tidak teragak-agak membuka fail-fail projek bawah kerajaan PR terdahulu jika terus diserang pembangkang yang seolah mahu menggambarkan kerajaan BN dipenuhi amalan korupsi. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jika pembangkang berterusan mengambil pendekatan dedah dan serang, pihaknya juga akan mempertimbang pendekatan sama pada masa akan datang.


“Kita sedang pertimbangkan perkara ini. Saya ingat dahulu tidak perlu ungkit perkara-perkara lama tetapi jika pihak sana (pembangkang) seolah mahu tunjukkan mereka bersih dan kita kotor, kita juga akan bertindak,” katanya, selepas majlis penyerahan buah limau kepada 14 cawangan MCA Jerlun, sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Wisma Umno Jerlun, semalam.


Menurutnya, pihaknya juga bersedia mendedahkan kepincangan dalam mana-mana projek yang dirancang bawah PR sepanjang lima tahun lalu. “Mungkin sudah tiba masa kita buka rekod fail-fail projek lama, antaranya pelaburan pembalakan di Papua New Guinea yang merugikan, projek ladang buah di Pedu serta pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin),” katanya.

Mengulas tindakan PR yang mengheret isu penyelesaian luar mahkamah kes saman Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya, pihaknya sedia memberi kerjasama yang diperlukan oleh badan itu.


“Sudah tentu kita akan beri kerjasama dalam usaha membersihkan segala tuduhan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan negeri BN. Saya alu-alukan jika SPRM beranggapan kes itu wajar disiasat kerana mereka hanya menjalankan tugas,” katanya.

Rentetan laporan SPRM itu, laporan sama turut dibuat di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia), Suruhanjaya Sekuriti dan Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad (Minority Shareholder Watchdog Group), Isnin lalu.

Sejak awal Januari lalu, kerajaan BN diserang secara berterusan oleh pembangkang, bermula dengan isu kenaikan harga barangan, isu pembelian Mercedes Benz S300 yang dikaitkan dengan kereta rasmi Menteri Besar, diikuti kes BDB yang dikaitkan dengan pembalakan di Lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway (Tekih).


Ulang Siar : Kisah Pilu Mayat Hancur diserat Lori.


Seorang penunggang motosikal menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila mayatnya ditemui hampir hancur selepas diseret sejauh 43 kilometer oleh sebuah kenderaan dari Kilometer 274.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur Simpang Pulai di sini sehingga ke Tapah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, mangsa, Ahmad Mahmud, 25, yang berasal dari Kampung Baru Majidi, Serdang, Kedah dipercayai dilanggar dari arah belakang sebelum diseret oleh kenderaan berat tersebut yang dipercayai lori.

Semasa kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kilang Proton di Proton City, Tanjung Malim dekat sini. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Supritendan Wan Sharudddin Wan Omar berkata, selepas dilanggar, mangsa dipercayai tersangkut di bawah kenderaan tersebut lalu diseret sehingga ke Kilometer 317.2 Lebuh Raya Utara- Selatan dekat Tapah.

''Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang mengatakan terdapat seorang penunggang motosikal telah dilanggar dan digilis dalam kemalangan di susur Simpang Pulai di sini pada pukul 2.15 pagi.


Motosikal mangsa langgar lari, Ahmad Mahmud, ditemui oleh orang awam di Kilometer 274.2 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Simpang Pulai, semalam.

''Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan cebisan daging dan tulang manusia, kasut hitam sebelah kanan dan sebuah motosikal yang rosak teruk di bahagian hadapan," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Wan Sharudddin, kira-kira pukul 3 pagi, pihaknya telah menerima maklumat bahawa terdapat cebisan daging manusia ditemui di Tapah dipercayai milik mangsa.

Kata beliau, pihaknya yang bergegas ke- tempat kejadian, menemukan kasut hitam sebelah kiri, cincin, jam tangan dan beg sandang yang mengandungi maklumat peribadi mangsa termasuk lesen memandu dan kad kerja Proton.

''Anggota Unit Peronda Lebuh Raya (HMPV) sedang mengesan kenderaan berat yang melalui sepanjang lebuh raya itu bagi membantu siasatan. ''Ketika kejadian keadaan jalan licin ekoran hujan sebelum itu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga mangsa. 

Utusan.

Thursday 30 January 2014

TERBAEEKKKK PUNYA POST !! ' Comel Tak Sister hanna' #SyokSendiri



Agak-agaklah kalau bergambar hendak mempersendakan Agama. Takkanlah sebegini jahil mukarrab kedua-dua mereka ini? Kalau ianya PAS hendak berpegang kepada prinsip PAS For All, janganlah sampai Islam dipijak-pijak.


Apa Sudah Jadi Dengan "Muslimah PAS"?

PELAKU Mirip Palakon SEKS "sound" Pemuda PAS. @harakahblog PRK #Kajang

Pas menyifatkan tindakan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan semata-mata mahu memberi laluan kepada orang lain bertanding dalam pilihan raya kecil adalah haram dan telah mengkhianati amanah serta memudaratkan rakyat.






"Kem Mahathir" Cuba Jatuhkan @NajibRazak Kenyataan Bodoh @RafiziRamli - Pemuda Kedah #HanyaDiKedah




Sekali lagi Nama Tun Mahathir ada dalam senarai untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak. Dalam statementnya, Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika Perdana Menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno. Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno. Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada beliau jadi PM pun, kata Tun.

KENYATAAN MEDIA: Pemuda Kedah BANTAI Rafizi Babitkan Tun Dr Mahathir Dalam Kegilaan Anwar.

Kenyataan Pemuda UMNO Kedah mengenai kenyataan Rafizi mengenai justifikasi perletakan jawatan ADUN PKR Kajang.                                             

Pemuda UMNO Negeri Kedah menyifatkan kenyataan Rafizi mengheret YABHG Tun Dr Mahathir berkonspirasi ingin menjatuhkan kepimpinan negara adalah berniat jahat, kebudak-budakan dan melulu.


Pemuda Kedah percaya kenyataan ini dibuat atas situasi terdesak ataupun "desperado" dan bertujuan meredakan kemarahan penyokong parti dan ahli2 pakatan pembangkang diatas perletakan jawatan ADUN Kajang akibat krisis dalaman politik negeri Selangor yg semakin meruncing. 

Datuk Shaiful Hazizy
Melihatkan reputasi Sdr Rafizi yg sering menipu dan mengadu domba, Pemuda Kedah menasihatkan agar pimpinan PKR pusat mengkaji semula kedudukan Rafizi kedudukan Rafizi sbg Pengarah Strategi PKR yg sepatutnya membuat kenyataan yg lebih bertanggungjawab berlandaskan fakta dan bukti2 yg kukuh. 

Pemuda Kedah juga menyifatkan perumpamaan Erdogan dan Jokowi adalah fantasi politik yg ingin disajikan kpd penyokong parti mereka dan ahli2 pakatan rakyat yg semakin hari semakin hilang kepercayaan thdp pucuk pimpinan PKR.

Jesteru itu Pemuda UMNO Kedah mencabar dan mendesak Sdr Rafizi 1) mendedahkan siapa dalang dan individu yg merancang konspirasi menyingkirkan Perdana Menteri 2) Apakah butir2 dan perancangan pihak2 yg terlibat bagi mengerakkan gerakan konspirasi menggulingkan Perdana Menteri. 

Pemuda UMNO Kedah percaya kegagalan Rafizi mendedahkan 2 persoalan diatas akan membuktikan lagi asas bhw PKR kini berada didalam krisis kepimpinan dan keyakinan yg amat teruk sehingga cuba mengheret UMNO utk menjadi "kambing hitam" bagi mengaburi kelemahan mereka. 

Kegagalan Rafizi menjawab persoalan diatas juga akan menguatkan lagi imej beliau sebagai penipu, penfitnah, pengadu domba dan jesteru itu tidak selayak beliau memegang jawatan sbg Pengarah Strategi parti PKR.

Datuk Shaiful Hazizy
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah


Wednesday 29 January 2014

PRK #Kajang: Haram sengaja letakjawatan - Nasrudin @harakahblog @abby_abadi112


Pas menyifatkan tindakan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan semata-mata mahu memberi laluan kepada orang lain bertanding dalam pilihan raya kecil adalah haram dan telah mengkhianati amanah serta memudaratkan rakyat.


Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pilihan raya merupakan sebahagian daripada perjuangan dan bukannya untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, pilihan raya adalah medan rakyat memilih pemimpin dengan penuh pengorbanan serta kepercayaan.

Malang bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh yang mengabaikan amanah dan mempersiakan kepercayaan rakyat kepada beliau.

Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Lebih parah apabila tindakan yang dibuat langsung tidak dirundingi dan dibincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan komponen pakatan pembangkang.

Langkah diambil bukan sahaja tiada keberkatan kerana mengetepikan prinsip muafakat tetapi juga satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianatim amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini," katanya.


Kenyataan keras Nasrudin dibuat melalui akaun Facebook miliknya hari ini.

Sumber.

NGERI !! LAGI KEMALANGAN BABITKAN 3 BERADIK PELAJAR SEKOLAH DI KAMPUNG SADEK, KUPANG. @myberita @azeezputera.



Kemalangan berlaku awal pagi tadi 29/01/2014 di persimpangan Kampung Sadek, Jalan Kupang-Grik. Persimpang 'Maut' itu lah yang digelarkan oleh penduduk disini. Jalan utama menuruni bukit simpang 4 yang gelap amat merbahaya kepada pemandu dan penduduk disini.

Kemalangan membabitkan 3 beradik, ketika dalam perjalanan menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Sadek, kupang. Mangsa 3 beradik membonceng motosikal yang di pandu abang mereka dirempuh sebuah kenderaan MPV yang dipandu laju. Abang mereka yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar, Kupang juga mengalami kecederaan. Akibat dari rempuhan mangsa mengalami kecederaan serius.

Mangsa kemalangan di hantar ke Hospital Daerah Baling untuk menerima rawatan lanjut. Di khabarkan 3 beradik mengalami kecederaan parah.

Sumber Fb.