Friday 28 February 2014

LELAKI DITAHAN KETIKA CUBA MEMECAHKAN PATUNG DEWA DI KUIL KIM SENG, KUALA KETIL. @UMonline



Seorang pemuda yang telah memecahkan patung dewa di Kuil Kim Seng , Kuala Ketil di tangkap. Berusaha menyesaikan masalah dan terangkan masyarakat tempatan sabar dan lapor polis. sember FB : Ramasamy Cikgu Ramasamy

Tahniah kepada orang awam diatas tindakan dan keperihatinan, kerana berjaya menyelesaikan kes ini secara diplomatik. usaha dan tindakan yang amat terpuji.




SAMAN 100JUTA : "SEBENAR DIA BUKAN SAYA" !! @anwaribrahim



"Anwar Ibrahim harus bertaubat, itu mesej saya kepada beliau sama seperti yang pernah dikatakan oleh peguam bela anwar di dalam kes liwat, Karpal Singh,



Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris menyatakan tidak terkejut dan sudah menjangka dengan keputusan mahkamah mengarahkan beliau membayar RM800,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Azri berkata, sejak dari mula perbicaraan lagi hakim yang mengadili kes tersebut sudah dilihat berat sebelah dan sering tidak mengendahkan tuntutan pihak defendan.

"Sebenarnya memang dan dijangka saya akan kalah, kerana sejak mula lagi pihak mahkamah dilihat berat sebelah dengan tidak membenarkan pihak defendan mempertikaikan kenyataan saksi pertama, Mohamad Fauzi di mana kenyataan saksi tersebut di empat mahkamah sebelum ini bercanggah," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini.

Sementara itu, Azri terus menafikan bahawa beliau merupkan pengendali blog kontroversi PapaGomo.com kerana baginya pihak defendan masih tidak mampu membuktikan dengan jelas bahawa beliau penulis blog kontroversi itu.

Beliau turut mencabar Anwar supaya dapat membuktikan bahawa individu di dalam video yang dimuat naik di dalam blog tersebut bukan dirinya.

"Saya bukan papagomo dan selagi tiada bukti yang kukuh memang orang boleh cakap bahawa papagomo itu adalah saya tetapi jelas ia bukan saya, sama seperti kenyataan Anwar sebelum ini mengenai gambar tersebut yang menyatakan muka sepertinya tetapi bukan beliau.

"Saya membuka soalan  kepada Anwar adakah beliau merupakan individu di dalam video tersebut? sekiranya bukan beliau boleh bawa orang yang dikatakan mirip beliau ke mahkamah.

"Anwar Ibrahim harus bertaubat, itu mesej saya kepada beliau sama seperti yang pernah dikatakan oleh peguam bela anwar di dalam kes liwat, Karpal Singh," ujarnya.
 
Sementara itu, Peguam Wan Azri, Jasbeer Singh berkata, pihak mahkamah tidak mengesahkan bahawa Wan Azri merupakan penulis blog tersebut.

Katanya, mahkamah hanya menggunakan alasan pihak Plaintif berjaya membuktikan kes alasan penghakiman akan diberikan pada suatu tarikh yang belum ditetapkan.

"Mahkamah tidak mengesahkan apa-apa dan mahkamah membuat keputusan dengan alasan plaintif telah membuktikan kes dan alasan penghakiman akan diberikan pada tarikh yang lain.

"Kami memang tidak puas hati dengan keputusan dan saya akan failkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada isnin depan bagi membantah keputusan ini," katanya.


Video !! Imam Baling Kasut "INSAF". #BR1M


Bekas penjawat awam, Imam Hoslan Hussin (imam baling selipar) penyokong tegar PAS yang telah turut menyertai himpunan jalanan Bersih, Blackout dan  pelbagai demo setelah menjadi hukuman penjara setahun kerana menghina mahkamah, kini telah pun insaf dan bersyukur menerima BR1M. Setelah kembali daripada menghantar anak beliau mengaji di Yemen baru-baru ini, beliau telah di jemput  oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjadi Pakar Motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara. 




Thursday 27 February 2014

BANGANG !! 'SYOK' DIRABA PUN NAK KONGSI KAT #FB


Apa punya 'bangang' dengan sikap-sikap pelayar FB sekarang ni... entah kita nak salahkan 100% pengguna FB tak boleh jugak. Kadang-kadang ada yang 'fake' akaun. Letak gambar kawan2 sengaja nak mengena dan memalukan.


Apa pun berhati-hatilah dan bertimbangrasa lah denga  dengan sikap dan perangai tu... balasan pasti akan tiba jua...


KK : harap ini bukan pemilik akaun sebenar. Ini semua salah 'Red Ben Army' yang cuba merosakan anak melayu.

Wednesday 26 February 2014

KERJA KOTOR 'RBA', Kenapa begitu kebal dari di kenakan undang-undang? "@SKMM_MCMC


Bagaikan 'hantu' yang mengganggu dan mengancam rakyat Malaysia tetapi tiada siapa boleh menghalang mereka....


Red Bean Army (RBA), tentera siber propembangkang muncul semula. Kali ini dengan tindakan lebih berani apabila melakukan ugutan bunuh ke atas Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia yang juga pengasas blog SYA For The Nation, Shen Yee Aun.


Yee Aun yang juga kolumnis Mingguan Malaysia menerima ugutan itu berikutan tulisan beliau dalam akhbar tersebut bertajuk, Laman Penyokong RBA ditutup' Ahad lalu.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama beliau menerima ugutan seumpama itu tetapi persoalannya kenapakahsehingga ke hari ini kumpulan yang dianggap cukup biadab itu terlalu sukar untuk dibawa ke muka pengadilan? Apakah mereka begitu kebal?


RBA cukup terkenal dengan propaganda dan perbuatan kurang ajar mereka menyerang pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kerajaan semasa, sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Namun begitu apa yang lebih bahaya, RBA tidak mempunyai sedikit pun perasaan hormat kepada institusi negara.

Sebutlah apa sahaja, institusi raja-raja, badan kehakiman, jabatan kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu semuanya pernah menjadi sasaran serangan RBA. Lebih biadab lagi RBA turut menghina agama Islam.


Walaupun tindakan RBA dianggap boleh menghancurkan negara sebagaimana pandangan pelbagai pihak, namun sehingga sekarang kumpulan ini masih terus dengan kerja-kerja kotor mereka.


Siapa sahaja yang menyentuh atau menyerang RBA akan diserang balas dengan pelbagai kata-kata kesat dan diancam termasuk ugutan bunuh seperti dialami oleh Yee Aun.


RBA bagaikan 'hantu' yang mengganggu dan mengancam rakyat Malaysia tetapi tiada siapa boleh menghalang mereka. Atas sebab itulah, banyak pihak bertanya apa yang berlaku kepada siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang pada 3 Julai 2013 menyatakan akan mengumumkan keputusan siasatan mengenai kewujudan RBA. Sehingga ke hari ini siasatan itu entah ke mana.

Sebenarnya, pihak berkuasa amat memahami betapa bahayanya RBA kepada perpaduan rakyat dan keselamatan negara, tetapi mereka seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa sehingga wujudnya pandangan RBA ini terlalu kebal .

Apakah mereka ini benar-benar kebal sehingga sukar dikesan biar pun setiap hari memuat turun pelbagai propaganda yang boleh mencetuskan huru-hara dalam negara atau terdapat kelemahan dalam agensi yang bertanggungjawab mengendali tentera siber seumpama ini?

Tetapi anehnya, apabila ada kes-kes tertentu yang melibatkan penghinaan kepada kaum bukan Islam atau bukan Melayu, begitu pantas sekali pihak berkuasa bertindak.


Justeru adalah wajar ugutan bunuh yang diterima oleh Yee Aun dijadikan asas untuk pihak berkuasa kembali agresif memburu RBA sehingga ke lubang cacing. Kelompok biadab dan tidak tahu menghormati undang-undang ini tidak harus dibiarkan bermaharajalela seolah-olah tiada siapa mampu menghalang kerja jahat mereka.


Oleh itu tindakan yang benar-benar tegas dan serius perlu diambil untuk menangani RBA termasuklah mengetahui siapa dalang yang menggerakkan mereka kerana tanpa sokongan kewangan sudah pasti RBA tidak ke mana dan tidak sekebal sekarang?


Utusan

Jenazah lengkap berkafan ditinggaltepi jalan di Bukit Mertajam. @bernamadotcom


Mayat seorang lelaki dipercayai milik warga asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah, berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.

"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

Katanya, tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.

"Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

- BERNAMA

Gempaq!! Adohai 'guana' ni AYAH CHIK #PILKUDA2JUTA



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

@juliana_evans KEMALANGANJALAN RAYA DI AMERIKA SYARIKAT


Pelakon filem ‘Hantu Bonceng’, Juliana Evans berhadapan detik cemas apabila mengalami kemalangan jalan raya di Amerika Syarikat. Beliau yang kini melanjutkan pelajarannya di sana tidak mengalami kecederaan serius sebaliknya kereta Hyundai yang dinaiki mengalami kerosakan yang teruk.



Menerusi akaun Instagramnya, Jue memuat naik beberapa foto keadaan keretanya dengan status; “I loved my car so much… It’s the best car ever never gave me major problems.. It has served me well.. It saved my life! Just so sad that it’s gone.” tulisnya.

Malah, Jue juga mengucapkan selamat tinggal kepada keretanya yang dinamakan ‘Bonceng’ selepas menyedari kenderaan tersebut berkemungkinan tidak boleh digunakan lagi.


Mujur Juliana tidak mengalami kecederaan serius. Semoga tabah dan lebih berhati-hati di masa hadapan.

Sember Ambboi.com

Tuesday 25 February 2014

Lagu Tema #PRK #Kajang Oleh Herman Tino "SINDIR" @anwaribrahim . #MeleTOP

\


Penyanyi veteran Herman Tino sekali lagi
 "mencabar" anwar Ibrahim.. memang berani sungguh abang Herman ni... Kalau memilih 'pemimpin' dari golongan yang sentiasa melakukan dosa maka 'dosa subahat' akan terpikul dibahu kita.

Lagu tema pilihan raya kecil DUN Kajang nyanyian Herman Tino berjudul Nyamuk Nakal Lipas Liar akan dimuatnaik di internet tidak lama lagi.

Penyanyi dangdut itu berkata, ia akan dimuat naik di YouTube.

Menyifatkan dirinya seperti 'nyamuk nakal', Herman secara ringkas menyatakan bahawa lipas liar itu merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bertanding di kawasan berkenaan yang dilihat sebagai langkah pertama untuk menjadi Menteri Besar Selangor.


Sebahagian lirik lagu berbunyi: "Aku nyamuk yang nakal, engkau lipas yang liar.
"Kajang saksi engkau menggila.

"Engkau memang ternama, engkau gila kuasa."

Sambil menegaskan bahawa dia tidak dibayar oleh sesiapa untuk memecahkan undi, Herman berkata dia mahu bertanding dalam semangat demokrasi.
"Jika pengundi melihat saya sebagai mengganggu undi, maka saya tidak akan bertanding," katanya.

Penyanyi berusia 60 tahun itu, yang mengungguli carta teratas sekitar 1980-an mencipta #Herman4Kajang Twitter untuk mengukur reaksi berhubung hasratnya untuk bertanding kerusi DUN itu.

Herman berkata rakyat Selangor secara amnya tidak mahu orang luar memimpin pentadbiran negeri.

"Kami mahu pemimpin yang bijak, bukan pemimpin orang sombong," katanya.
Kerusi Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri PKR Lee Chin Cheh hampir lapan bulan selepas pilihan raya umum ke-13.

Ini adalah pilihan raya keempat pilihan raya yang berlaku disebabkan PKR, yang sebelum ini mengadakan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh (2008) dan pemilihan bagi kerusi DUN Bukit Selambau dan Penanti (kedua-duanya pada tahun 2009).

Barisan Nasional meletakkan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun manakala calon bebas lain yang mungkin bertanding ialah Datuk Zaid Ibrahim dan peguam Yuktes Vijay.

Bekas sekutu Anwar, Datuk S. Nallakaruppan telah memutuskan untuk tidak bertanding tetapi berkempen untuk BN.

Herman berkata dia amat menyanjung tinggi Chew.

Herman berkata isterinya, Noraini Ibnu berkeras menghalangnya daripada bertanding tetapi anaknya, seorang ahli perniagaan , dan anak perempuannya, seorang peguam, memberi sokongan.

Panas !! Resolusi 10-Perkara tersebut benar-benar bodoh ? #KalimahAllah


Ada yang mendakwa Resolusi itu membenarkan kalimah Allah diguna-pakai oleh pendakyah kristian; ada yang memfitnah Najib telah menjual kalimah Allah kepada kristian melalui Resolusi itu; ada yang mendakwa Kerajaan tunduk kepada pendakyah kristian dalam menggubal Resolusi 10 Perkara tersebut.

Jika diteliti dengan akal yang waras, kita dapat melihat dengan jelas bahawa Resolusi 10 Perkara ini langsung tidak ada kena-mengena dengan dan tidak menyentuh langsung penggunaan kalimah Allah atau apa-apa juga perkataan yang dilarang penggunaannya oleh Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam.

Sokongan Hadi Awang kepada pengumuman Anwar-Kitsiang membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah pada 08 Jan 2012 telah mengelirukan ramai pengikut dan penyokong PAS kerana ianya bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS bertarikh 13 Jan 2012 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain Islam kerana membabitkan isu aqidah!

RESOLUSI 10-PERKARA:

1. Bibel dalam apa jua bahasa boleh di impot masuk kedalam Malaysia, termasuk dalam Bahasa Malaysia/ Indonesia;

2. Bibel-bibel ini juga boleh dicetak didalam Semenanjung Malaysia, Sabah and Sarawak;

3. Bibel dalam bahasa asal kaum di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang juga boleh dicetak atau diimpot;

4. Bagi Sabah dan Sarawak, dengan mengakui ujudnya masyarakat Kristian bagi negeri-negeri ini, tiada syarat akan dikenakan bagi pengimpotan dan percetakan bibel dalam semua bahasa, termasuk dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa tempatan. Juga tiada keperluan untuk setem atau nombor siri;

5. Mengambil kira kepentingan masyarakat Islam yang besar di Semenanjung Malaysia, bibeldidalam Bahasa Malaysia/Indonesia, samada dicetak atau diimpot, mestilah tercatat  “Penerbitan Kristian” dan ‘salib’ dicetak di halaman hadapan;

6. Diatas semangat 1Malaysia, dan mengakui bahawa ramai orang bergerak diantara Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia, maka tiada sebarang larangan atau sekatan untuk mana-mana orang membawa bibel atau bahan kristian bagi pergerakan tersebut;

7. Arahan berkaitan bibel ini telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan perlaksanaan keputusan cabinet ini disempurnakan. Kegagalan untuk mematuhi arahan ini boleh menyebabkan pegawai berkenaan dikenakan tindakan disiplin dibawah Perintah Am. Taklimat komprehensif oleh para pegawai kanan termasuk Peguam Negara akan diberikan kepada semua pegawai berkaitan untuk memastikan pemahaman yang baik dan perlaksanaan yang sempurna arahan ini;

8. Untuk bibel yang telah dirampas di Kucing, pihak Gideon, pengimpot bible tersebut boleh mengambil semula 30,000 naskah bible tersebut tanpa sebarang bayaran. Kami juga akan membayar semula kos-kos pihak yang terlibat. Tawaran yang sama juga diberikan keatas 5,100 naskah Bibel yang dirampas di Pelabuhan Kelang, yang telah pun diambil semula oleh Bible Society Malaysia (BSM) minggu lepas;

9. Melangkaui isu bibel ini, Kerajaan berhasrat menegaskan komitmennya untuk bekerjasama dengan kumpulan kristian dan semua kumpulan agama lain untuk memastikan isu-isu antara-agama dibincangkan secara baik dan bekerja untuk memastikan pencapaian aspirasi semua agama berdasarkan Perlembagaan, dengan mengambilkira undang-undang sedia ada didalam negara ini. Untuk memastikan penyegeraan perihal ini, YAB Perdana Menteri akan menemui perwakilan Christian Federation of Malaysia (CFM) untuk membincangkan hal ini;

10. Para Menteri kabinet beragama kristian akan mengadakan pertemuan secara berkala dengan pelbagai kumpulan kristian untuk membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan mereka dengan mana-mana Menteri atau Perdana Mentari untuk tujuan menyelesaikannya; SAMBUNG [BACA DISINI] -

Jadi tidak timbul isu Kerajaan ataupun Dato' Sri Najib membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah sebagaimana yang difitnah oleh pihak-pihak yang sudah kehabisan modal politik.

Monday 24 February 2014

GEMPAR !! Sek. Keb. Syed Sheh Kupang, JOHAN Bola Sepak Zon Kuala Pegang. #HanyaDiKedah @UMonline


Pasukan Bola Sepak SKSS menepati ramalan untuk mewakili Zon Kuala Pegang ke peringkat Daerah.

Pada perlawanan peringkat kumpulan yang berlansung di Padang Sekolah Kebangsaan Syed Sheh Kupang sebagai tuan rumah, Pasukan “the legend” SKSS berjaya mengembalikan kegemilangan bola sepak sekolah ini pada era 80 an. Pada perlawanan yang berlasung petang tadi pasukan SKSS Berjaya menewaskan Sek. Keb. Iboi dengan jaringan 2 gol berbalas 1 di hadapan hampir 500 orang penyokong kedua-dua pasukan.

Dalam perlawanan penuh dramatik dan aksi tangkas kedua-dua pasukan di sini, kejayaan pada perinkat kumpulan ini, ternyata satu suntikan yang amat besar buat pasukan SKSS, memandangkan pasukan SKSS pada 2 tahun lepas agak kemarau kejuaraan. Turun selaku pasukan bukan pilihan selepas menjuarai peringkat kelompok.


“Melangkah ke perlawanan akhir dan menjadi JOHAN Zon Kuala Pegang sudah cukup bermakna buat kami, justeru apa yang lebih penting ialah, terus mengekalkan momentum permainan dan pada masa sama mencuri peluang untuk menjaringkan sebanyak mungkin gol. Ujar Cikgu Iskandar.



“Apa yang penting ialah, saya mengharapkan semua pemain memberikan 150% tumpuan pada aksi seterusnya, selain mengurangkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan pada perlawanan sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui.


Cg Iskandar juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua waris serta penyokong SKSS yang begitu “sporting” dan memberikan kerjasama yang baik. Saya juga mengharapkan sokongan ini beterusan dan kerjasama Ibubapa akan membantu meningkatkan “motivasi” pelajar untuk terus Berjaya dalam bidang sukan dan juga Pelajaran.

SKSS PASTI JUARA !!! TAHNIAH GURU & IBUBAPA

Maaf Kualiti gambar kurang baik












Ridhuan Tee marah Melayu ‘elak khinzir’ tapi masuk gereja. #PRK #Kajang


Pensyarah pro-Umno, Ridhuan Tee Abdullah (gambar) hari ini mengecam tindakan seorang calon Melayu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berucap di gereja demi kepentingan politik.

Menulis di ruangannya di akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah calon tersebut, yang memasuki serta berucap dalam gereja Holy Family Kajang, sebagai perbuatan liberal dan keterlaluan.

"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka.

"Kini, tidak lagi. Melayu tanpa segan silu masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam demi kepentingan politik. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka akan bersama-sama menimbang khinzir. Melayu bolehlah katakan!" tulisnya.


Beliau menasihatkan calon PRK Kajang itu agar jangan menggadaikan maruah demi kepentingan politik.

"Saya memohon kepada sesiapa pun yang ingin bertanding di Kajang, jangan kerana terlalu obses untuk menang, kita menggadaikan segala-galanya. Jangan gadaikan maruah agama, bangsa dan negara, untuk mendapat undi dan nafsu serakah politik. Ingatlah, sekali maruah dan hak tergadai, sukar untuk dicari ganti," katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat tiada salahnya masuk ke gereja demi tujuan dakwah.
"Saya tidak melarang orang Melayu untuk masuk ke dalam rumah ibadat bukan Islam jika ada tujuan dakwah, seperti pernah saya lakukan membantu membawa ibu ke tokong untuk dia sembahyang, ziarah kubur ibu bapa dan lain-lain, ihsan anak kepada orang tua," katanya.

Lokasi : Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja, Kajang
Acara : Majlis Perjumpaan Bersama Anwar Ibrahim - "Persefahaman Agama, Kesejahteraan Bersama"
Tarikh : 16/2/2014 @ 12.00 pm


Sebelum ini, calon Pakatan Rakyat (PR) untuk PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di gereja selepas upacara keagamaan mingguan penganut Kristian di gereja tersebut.

Langkahnya mendapat sokongan ramai penganut Kristian yang hadir, namun dikecam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan beberapa mufti negeri.

The Malaysian Insider

PELIK TAPI BENAR : MISTERI PIL KUDA "TOK GURU" 2 JUTA. #PRK #Kajang



MISTERI kemana hilangnya wang tabungan PAS akan terjawab dalam terdekat ini. Apa tidaknya inilah akibat dari kerja jahat "kaki fitnah" ajaran PAS selama ini. Ini Bukan melibatkan UMNO tetapi yang tok guru PAS fitnah adalah rakan setilam mereka sendiri PKR.....

Kuala Terengganu-Presiden PAS ,Tuan Guru  Datuk Seri Abdul Hadi Awang diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.


Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.

"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni .

Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.

Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.

Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.(sumber tmi)

Ini kerja dan sikap Pembangkang, Kita tengok peguam PKR bila diaorang sampai rakan setilam dan sebantal pun dia SAMAN.. lain pulak dengan UMNO ye...... pelik juga kan..