Jumaat, 31 Oktober 2014

Peluang Keemasan !! 1000 Kekosongan Jawatan Untuk Diisi. @JobsMalaya @JobsMalaysia_

AYUH SEMUA SAHABAT-SAHABAT SEKITAR DAERAH BALING DAN YANG BERHAMPIRAN, JOM  KITA KE KARNIVAL KERJAYA AZAM KERJA 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KEDAH & BN YOUTH JOB FAIR PARLIMEN BALING 2014

Pada : 1/11/14 (Sabtu)
Masa : 8Pagi - 5Petang
Tempat : Dewan Kenangan Tun Razak Baling.


-Lebih 1000 Kekosongan Jawatan Dari 30 Majikan Terpilih

-900 Peluang Latihan Dari ILP, JMTI dan ADTEC

- Topi Keledar Percuma (100 org terawal sahaja)

-Tukar minyak hitam motosikal hanya RM1/Moto (100 orang terawal sahaja)

-Gunting rambut hanya RM1/Kepala

Perasmian Oleh :

YB Dato' Sri HJ Ismail Bin HJ Abd Muttalib
Timbalan Menteri Sumber Manusia


*Mestilah Membawa Sijil-Sijil Bekaitan dan Berpakaian Kemas
Antara Syarikat yang akan mengambil bahagian esok.
























Isnin, 20 Oktober 2014

BARUA MEMANG SUKA ANJING !!


Tak kan ngan binatang anjing si minah nak 'stim' banyak benda lain lagi...

"Sesiapa yg memelihara anjing, kecuali anjing untuk menjaga haiwan ternak,berburu atau menjaga tanaman, maka akan dikurangi pahalanya setiap hari sebanyak satu qirath."


Hadis riwayat muslim..


Malas nak ulas panjang, KK petik status orang jer yang bertulis.. Kisah pelacur masuk syurga kerana selamatkan anjing dijadikan modal untuk pancing orang supaya pegang anjing, malah ada yang bela anjing juga atas kisah ini Dalam Quran dan hadis ada menceritakan bermacam lagi cara untuk jadi ahli syurga, kenapa tak nak ikut ?

Islam ajar jauhi zina (baik lisan, penglihatan, dan perlakuan), patuh perintah Allah dan jauhi larangan- Nya, menjaga kemaluan, memelihara aurat, berjihad ke jalan yang benar, kerjakan solat, tunaikan zakat, sayangi dan hormati ibu bapa, berbuat baik kepada jiran tetangga, jauhi dosa-dosa besar.


Sungguh banyak jalan ke syurga, mengapa sempitkan pemikiran nak samakan diri dengan kisah "pelacur masuk syurga" sahaja?

Kelab Che Det





Sabtu, 18 Oktober 2014

'The Red Warriors' Menangis #HelangMerah Terbang Tinggi. #PialaMalaysia2014 @ASTROARENA


LINANGAN air mata mengiringi kekecewaan The Red Warriors sebaik sahaja tumbang 0-3 ditangan Kedah pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, minggu lalu.

Tiada lagi kelibat bekas finalis musim lalu itu pada kempen pertandingan piala paling berprestij di negara ini setelah ditunjukkan jalan keluar lebih awal pada pusingan kalah mati oleh skuad Helang Merah menerusi agregat 4-3. 

Kegagalan tersebut nyata sukar diterima penyokong Pahlawan Merah yang sebelum itu begitu yakin pasukan mereka mampu mara kesaingan separuh akhir setelah membawa bekalan dua gol bertandang ke Alor Setar.


SALAH TAKTIKAL

Adakah percaturan strategi silap oleh pengendali Kelantan, George Boateng menjadi punca pasukannya mudah dijinakkan bekas juara Piala Malaysia musim 2008 dalam perlawanan itu ?


Itu menjadi persoalan yang berlegar difikiran penyokong Kelantan ketika barisan pemain
kesayangan mereka sendiri dilihat gagal menyekat kebangkitan dramatik anak buah Tan Cheng Hoe.


Rata-rata penyokong berpendapat, kesilapan taktikal Boateng yang menerapkan corak permainan bertahan, bukan menyerang sebagaimana ditonjolkan pada saingan suku akhir pertama di Kota Bharu menjurus kepada kekalahan tersebut.

KELAS TERSENDIRI

Apa pun telahan ramai, satu perkara yang perlu diakui betapa semangat juang tinggi barisan pemain Kedah meletakkan pasukan mereka dalam kelas tersendiri untuk memenangi aksi timbal balik itu sekali gus berdepan Pahang, malam esok.

Kelantan seharusnya menamatkan aksi 45 minit pertama dengan mengikat seri tanpa jaringan tetapi itu tidak berlaku, sebaliknya kesilapan benteng pertahanan mereka membenarkan gol semangat Muhammad Hanif Mat Dzahir tercipta pada minit ke-42.

Apa lagi yang Kelantan mahu lakukan, tatkala jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-53 sudah pun memadai apabila tuan rumah berada dalam kedudukan selesa menerusi peraturan gol di tempat lawan ketika itu.

Detik hitam menjelma pertengahan babak kedua buat Kelantan, apabila Ahmad Fakri Saarani pula diperintahkan keluar padang dan tiada siapa yang boleh menghalang Kedah merai jaringan Muhammad Syafiq Ahmad lewat permainan ketika pelawat beraksi dengan kekurangan seorang pemain.

www.Kelate.Net



Jangan lupa saksikan perlwanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 Kedah melawan Pahang di Stadium Darul Aman malam esok !! #PulunKedahPulun

Khamis, 16 Oktober 2014

Mayat Warga Emas Dijumpai Dalam Sungai Machang Bubuk. #ParlimenBaling.


Operasi mencari dan menyelamat melibatkan pihak BOMBA dari unit 'menyelam' dipanggil bagi membantu mencari dan menyelamat seorang warga emas. Md isa Bin Din dari Kampung Macang Bubok Mukim bakai, Baling Kedah didapati hilang sejak semalam dari rumah beliau.

Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai berdasarkan penemuan ' dompet tembakau' milik mangsa ketika ahli keluarga dan orang kampung mencari mangsa. 

Operasi mencari mangsa yang hilang sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan bersama penduduk kampung hari menemui selipar milik mangsa.

Mayat mangsa ditemui, oleh pasukan keselamatan kira-kira jam 4:20 petang tadi 
( 16 Oktober 2014 ) Al-Fatihah....





Sumber WhatsApp

Selasa, 14 Oktober 2014

#KedahSerataRata [ Video ] Angin Berpusar (Puting Beliung) Setinggi Bangunan Empat Tingkat. @BeritaHarian


Sekurang-kurangnya 15 rumah kediaman di dua lokasi masing-masing di Pendang dan Kuala Kedah dilapor rosak selepas dilanda angin puting beliung, petang tadi.


Kejadian kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, dekat sini terjejas apabila bumbung bangunan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan.


Berdasarkan maklumat, angin berpusar setinggi bangunan empat tingkat itu dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda, sebelum menerbangkan bumbung dan dinding beberapa rumah di Kampung Alor Besar.


Turut mengalami kerosakan, tiga rumah di Taman Seri Kota di Kuala Kedah akibat insiden sama. -BH-

Gambar #KedahSerataRata : Misi mencari Dua remaja yang lemas di #PantaiMerdeka Kedah.


Kejadian di Pantai Merdeka, Kedah. Misi mencari 2 orang remaja yang lemas diteruskan lagi hari ini.
Dua pelajar lelaki masing-masing berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang ketika memancing dipinggir laut di PantaiMerdeka, dekat sini, tengah hari tadi.


Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa, Mohd Azami Ahmad Husaini dan Mohd Hazwan Shaudin, mengharungi air laut yang surut, sebelum dihanyutkan ombak. 

Sehingga kini usaha mencari kedua-dua mangsa sedang dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa memancing bersama empat lagi rakan lain.







Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah