Monday 13 April 2015

Pengetua Pondok Yayasan Khariah Gagal pertahankan Jawatan YDP PAS Kawasan Baling.

Ustaz Abdul Rahman Bin Yahaya
Bekas YDP PAS Kaw. Baling.

Seorang guru Agama sebuah Sekolah Kebangsaan berjaya menewaskan penyandang YDP PAS kawasan Baling, Ustaz Abdul Rahman Bin Yahaya memeperolehi  307 undi manakala Guru agama tersebut Ustaz Hasan Bin Saad memperolehi undi sebanyak (373) undi. Ustaz Abdul Rahman merupakan penyandang YDP PAS sebelum ini merupakan Pengetua Sekolah Men. Agama Yayasan Khariah Kg Pisang serta Tokoh Maal Hijjarh peringkat Negeri Kedah.

Ustaz Hasan Bin Saad
YDP PAS Kawasan Baling 2015-2017

Ustaz Hasan yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Setiausaha PAS kawasan Baling. Beliau juga merupakan seorang Imam di sebuah Kampung di Mukim Kupang. Pada Pru 13 yang lepas nama belaiu juga di sebut-sebut menjadi calaon bagi DUN Kupang.   >rujuk disini 


Keputusan Pemilihan Jawatankuasa PAS Kawasan Baling sesi 2015-2017

Ucapan sulung Ustaz Hasan Bin Saad.


YDP - Ust Hasan Saad
TYDP - Dato' Hj Najmi Hj Ahmad
NYDP - YB Hj. Md Zuki bin Yusof
Ketua Urusan Ulamak -Ust Hamdan Dziauddin Bin Hj. Abd Wahab

AJK:
Abd Nasir Bin Idris
Ust Marzuki Bin Yusof
Ahmad Bin Zakaria
Zelani Nik Chik
Ust Helmi Bin Yaakob
Nawawi Bin Ahmad
Badri Bin Abd Rahman
Ust Zawawi Bin Ibrahim
Md Rafil Bin Hassan
Asmah Majid
Ust Abdullah Isa
Amran Bin Ayob
Zulkifli Bin Jusoh 
Ahmad Bin Abd Rahman
Abd Razak Bin Wahab
Zolkifli Bin Abu Osman

P/S : Semoga kempimpinan PAS kali ini lebih padu serta dapat membentuk sebuah perpaduan.


Thursday 2 April 2015

"'Topup' Didahulukan Rakyat Yang Ditekan" #GST @HasanMalekKP @ahmadmaslan @mykpdnkk @KPDNKK

Kenapa kerajaan tunduk kepada syarikat Telco? Dulukan telco dari rakyat ?

Semua syarikat telekomunikasi akan mengenakan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus bagi setiap pembelian kad tambah nilai prabayar dengan memberi tambahan penggunaan masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengguna.

Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Subromaniam Tholasy berkata perkara itu dipersetujui hasil perbincangan antara pihaknya, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama ketua eksekutif syarikat telekomunikasi pagi tadi.

"Syarikat telekomunikasi bersetuju sebagai contoh kad tambah nilai RM10 dijual pada harga RM10.60 dan pengguna diberi tambahan masa berbual dan SMS melebihi RM1.

"Keputusan ini dikuatkuasa serta merta untuk tempoh tiga bulan bermula hari ini dan selepas tamat tempoh ini semua pihak akan mencari satu jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang," BH

Ehhh rakyat di pendalam mana mahu tahu masa berbual/panggilan di tambah malahan manjoriti rakyat kini dah tak layan lah SMS.


BOLEH PEERCAYA KE ? syarikat telco akan tambah masa panggilan ... setahu KK yang telco balun / curi ada.. telco ada ganti ker caj panggilan yang tiba2 terputus... kredit yang di 'kebas' oleh pihak ketiga. http://amanz.my/2015/03/skmm-mengeluarkan-kompaun-sebanyak-rm1-01-juta-terhadap-syarikat-telekomunikasi-tempatan/

Bagi KK mudah jer .... KEKAL nilai harga topup seperti biasa RM10 dah tak perlu lah ditambah nilai panggilan dan SMS. Kami dibawah bukan sedarpun nilai pangillan ditambah atau dipotong, yang penting nilai yang HARUS dikeluarkan untuk membayar.

ITU MENUNJUKAN HARGA NAIK LEPAS GST DI LAKSANAKAN.