Isnin, 3 Oktober 2016

Panas dari Baling !! Bekas ADUN Merangkap Ketua Cawangan UMNO Sertai Parti #Bersatu


Terkejut juga admin mendengar perkhabaran ini. Menurut sumber, Dato' ismail yang juga bekas guru menjelaskan perjuangan sebenar beliau menyertai parti itu dengan matlamat yang sebenar dalam perjuangan asal Melayu untuk agama bangsa dan negara dengan hati yang ikhlas.

Sayangnya... sekaran ini ramai pemimpin berwibawa semakin jauh dengan UMNO malahan genarasi Y pula semakin kurang berminat dengan politik disebabkan 'pemain' politik kotor....

* Cikgu Ismail Abu Bakar & Cikgu Syed Mustafa..

Di petik dari FB Parti Pribumi BERSATU Malaysia - Kedah


Satu lagi sejarah PPBM tercipta di Kedah pada hari ini apabila Mantan Ketua Bahagian UMNO Baling yang kini masih memegang jawatan sebagai Ketua UMNO cawangan Baling merangkap Pengerusi JKKK cawangan Baling, Dato' Ismail Hj Abu Bakar mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PPBM #BERSATU.


YBhg Dato Azimi Daim mewakili YB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir di majis Pelancaran penubuhan Parti Pribumi BERSATU Malaysia Bahagian Baling, menerima borang ahli parti baru sebanyak 600 borang dan pendaftaran ahli baru diumumkan bergerak cergas disekitar parlimen Baling.

Tahniah diucapkan kepada Dato Ismail dan team Baling!

InshaAllah.. Allah akan memberkati perjuangan kita semua.

Berani berubah Jom #BERSATU

Daftar online www.bersatu.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah