Saturday, 31 August 2013

Kedah akur kehebatan juara liga Perdana .@DuniaSukan #pialamalaysia #duniasukan #KEDAHAMANMAKMUR #rakyatnews #1Malaysia


BERIKUT keputusan perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung malam ini:
 
ATM 4 1 Johor
 
Johor Darul Takzim (JDT) 1 2  T-Team
 
Felda United 1  0 PKNS FC
 
Kelantan 2  3 Negeri Sembilan 
 
Selangor 1 1 Sime Darby
 
Terengganu 2  1 Pahang 
 
Sarawak 4  0 Kedah
 
Lions XII 2  1 Perak

KK : Kepada peminat Pasukan 'Hijau Kuning' teruskan sokongan kepada team kita. Kalah menang ada pertandingan. Team kedah akan terus unggul pada tahun hadapan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahli #KongsiGelap 04 dan Geng 08 kena #CANTAS dengan @PDRMsia . @KBAB51 @Zahid_Hamidi #rakyatnews #1Malaysia


Lima lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Geng 04 dan Geng 08 ditahan dalam Ops Cantas Khas di sini petang Jumaat dan awal pagi Sabtu, menjadikan 183 suspek ahli kongsi gelap ditahan di Kedah setakat ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata empat lelaki dari Kubang Pasu berumur antara 20 hingga 30 tahun diberkas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam ketika cuba masuk ke Thailand, kira-kira 5.40 petang Jumaat.

"Polis mendapati semua empat lelaki itu mempunyai tatu lambang ahli kumpulan kongsi gelap dipercayai Geng 04 apabila diperiksa. Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan," kata Ahmad pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah di sini, Sabtu.

Seorang lagi lelaki berumur 21 tahun yang dipercayai anggota Geng 08 berdasarkan simbol pada badannya ditahan kira-kira 12.45 tengah malam tadi di Kulim, katanya.

Katanya menjadi ahli pertubuhan haram boleh didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya. - BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

JEMPUTAN UNTUK SELURUH RAKYAT KEDAH KE RUMAH TERBUKA #merdeka56 & #HariRaya AHLI PARLIMEN BALING @azeezputera @MukhrizMahathir #1Malaysia #KEDAHAMANMAKMUR



Alhamdulilah kita diberikan kesempatan untuk betemu lagi, mengeratkan silatulrahim tanpa mengira peringkat usia, bangsa dan juga agama. Perpaduan dan keamanan yang dikurniakan dari Allah S.W.T kepada kita dalam sebuah Negara Malaysia.

Oleh itu kepada Seluruh warga negeri Kedah, khususnya penduduk di Daerah Baling di jemput ke Masjlis Rumah Terbuka Merdeka Raya 2013 Anjuran Ahli Parlimen Baling. Majlis tersebut akan diadakan pada 01 Sept. 2013, ahad (esok) bermula jam 11:00 pagi sehingga 5:00 petang. Bertempat di Kompleks Belia dan
Sukan (rakan muda) Baling.

Antara tetamu yang hadir, ialah Menteri Besar Kedah Dato' Paduka Mukhriz Mahathir turut menyerikan majlis itu nanti.



Sekarang ini kerja-kerja persiapan tempat masih berlansung. Kami disini bebesar hati menanti kedatangan rakyat Baling. Jasa anda kami tetap hargai. Jemputlah datang, ajak'lah rakan-rakan, sanak saudara kita bersatu tanpa mengira fahaman politik untuk memacu kemajuan Daerah Baling.

KK: tak sabar KK nak bagi saguhati (kuih raya) kepada anda semua......

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



[VIDEO] Bangsat !! Undang Malapetakala. @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi #rakyatnews #1Malaysia #Merdeka56


Kalau dahulu, kita dikejutkan dengan kisah pasangan blogger seks, Alvin dan Vivian yang mencemari kesucian bulan Ramadhan. Seterusnya, ia telah mengguris hati setiap umat Islam yang baru sahaja menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Tindakan pihak-pihak tertentu yang mengibarkan bendera alternatif malam sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka. Apa yang menyedihkan sasterawan negara pun sanggup menghalalkan perkara ini di depan mata sendiri. Apa yang sudah jadi dengan 'gelaran' yang dikurniakan sehingga saggup menghina negara sendiri.

Video Klik disini :  
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas dalam menangani isu sebegini, bukan dengan hanya melihat perlakuan mereka dan seolah olah takut untuk mengambil tindakan kerana mereka didokongi oleh pembangkang.

"Jalur Gemilang" telah diterima oleh majoriti rakyat negara ini semenjak tahun 1957.

Kenapa baru sekarang nak timbulkan soal bendera merah putih?

KK: Sekalung Tahniah kepada 'abang botak' yang berani mencantas pencacai pakatan yang ingin merosakan sambutan Kemerdekaan Malaysia.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jakim Bantah Konsert Kumpulan Heavy Metal 'Lamb Of God'. #fb #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membantah kehadiran kumpulan heavy metal 'Lamb Of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur, pada 28 September depan.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, bantahan berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

"Kumpulan itu juga pernah mengundang kontroversi sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat dan anti ketuhanan oleh masyarakat Kristian sendiri," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata bantahan itu juga, selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam.

Justeru, Jakim bimbang dengan kemasukan artis heavy metal seumpama itu dikhuatiri akan menyuburkan semula aliran black metal di negara ini.

"Diharapkan pihak berkaitan tidak meluluskan kemasukan kumpulan tersebut dengan mengambil kira sensitiviti umat Islam di samping tidak membuka ruang kepada berlakunya krisis akidah, permasalahan moral dan keruntuhan akhlak," menurut Jakim.

Kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat itu sebelum ini dikenali dengan nama 'Burn The Priest'. -BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#KesTembak : Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Ditembak Mati Dalam Kuil Di Johor. @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi #rakyatnews #1Malaysia


Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah dekat sini pada Jumaat.

Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.

Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja.

Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.

Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian 07-2212999.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku. @NajibRazak #merdeka56 #1Malaysia


Salam 1Malaysia,
 
Syukur alhamdulillah, pada tahun ini, kita meraikan sambutan hari kemerdekaan dengan tema, Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.
 
Menginjak 56 tahun kemerdekaan yang dikecapi, Malaysia telah mengorak langkah setapak demi setapak dalam membina negara dan masyarakat yang berdaya saing di mata dunia. Dengan berpandukan perlembagaan negara sebagai asas pentadbiran, kita telah membentuk sebuah negara yang berprinsip dan bermaruah.
 
Marilah kita bersama-sama menghayati dan menghargai erti sebuah kemerdekaan. Saya berharap kita akan sentiasa berusaha dan berdoa agar Malaysia kekal maju dan aman sentosa.
 
Saya ingin mengucapkan menyambut hari kemerdekaan yang ke-56 kepada anda, walau dimana anda berada.
 
Terima kasih.
Najib Razak
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 30 August 2013

Perjuangan Remaja Pasca Kemerdekaan Semakin Luntur. #iM4U @beliabangkit #Merdeka56 #1Malaysia @rakyatnews_my


TERAS Belia 1Malaysia berpandangan bahawa golongan belia perlu menggerakkan perubahan dan mencorakkan hala tuju perjalanan negara.
Sehubungan itu, belia pada hari ini perlu diperkukuh dengan kemantapan budaya dan ketinggian nilai-nilai kehidupan agar generasi yang terbentuk pada masa hadapan mampu untuk menghadapi cabaran sezaman.
Walaupun begitu, persoalan budayalah yang sebenarnya begitu rumit untuk dihadapi. Hal demikian memandangkan budaya bukanlah sekadar terhenti di wacana-wacana ilmiah sahaja, tetapi apa yang dapat kita lihat dalam amalan kehidupan masyarakat.
Kita melihat sendiri anak muda dan khususnya belia yang lahir pada hari ini mengalami krisis jati diri dan visi hidup.
Malah gejala kemelesetan visi hidup ini menyebabkan lunturnya perjuangan sejati manusiawi di muka bumi ini iaitu mempertahankan yang hak, menolak yang mungkar.
Dalam konteks pembangunan dan kejayaan negara, belia memiliki obligasi untuk memastikan keadilan sosial, pembangunan sosial yang beretika, meninggalkan budaya popular (serangan budaya Barat) yang menyahkan jati diri ummah dalam memperjuangkan kemajuan berlandaskan saranan Islam.
Serangan budaya Barat memanglah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi. Dengan kemenangan aliran demokrasi-liberal-kapitalisme yang menjadi ancaman terhadap budaya setempat.
Kapitalisme yang menjadikan tujuan mengaut keuntungan semata-mata sebagai terasnya kini tersembunyi di dalam pelbagai bentuk, daripada pemakaian, kecanggihan alat komunikasi, gaya bertutur, muzik, siri realiti televisyen sehinggalah kepada percambahan pusat-pusat hiburan tanpa memikirkan kesannya kepada budaya masyarakat setempat.



Merempit adalah aktiviti sosial remaja masa kini.
Jika belia yang jauh dari sikap dan perjuangan berprinsip dan bervisi, mereka akan larut dengan bentuk budaya baru yang mementingkan sensasi, maksiat, budaya seronok yang melampau (utopia) yang menerapkan sikap individualisme.

Salah Laku
Dalam konteks Malaysia, kita tidak dapat menyangkal hakikat bahawa generasi belia sedang berhadapan dengan cabaran kebudayaan yang begitu serius.
Pada hari ini, generasi belia berhadapan dengan pelbagai bentuk budaya yang bersifat destruktif dan tidak menguntungkan negara.
Hal ini terzahir daripada pelbagai salah laku dan masalah sosial yang berpunca daripada budaya hedonisme, 'sensate' dan permisif.
Generasi muda lebih cenderung menghabiskan masa berpesta dan berhiburan, menghadiri konsert, berpacaran dan bergaul secara bebas daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat.
Lihat sahaja bagaimana generasi muda kita menyambut kedatangan tahun baru, hari kemerdekaan dan mahupun sambutan hari Malaysia dengan anjuran konsert dan fiesta yang bermatlamatkan untuk menyampaikan suara remaja dalam konteks perjuangan bagi mencapai kemerdekaan.
Penganjuran Konsert
Namun, apa yang sedih untuk dikatakan di sini, matlamat penganjuran konsert untuk tujuan perjuangan tidak dapat dicapai sama sekali apabila hasil murni pihak penganjur akhirnya membawa kepada satu temasya hiburan semata-mata dan tidak keterlaluan jika dikatakan tiada perjuangan yang disampaikan melalui penganjuran konsert baru-baru ini.
Apa erti perjuangan kepada golongan belia ini sekiranya mereka berkiblatkan hiburan dengan niat perjuangan? Apa yang mereka faham tentang perjuangan sekiranya mereka tidak menghargai hak dan warisan bangsa sehingga tidak sedar mereka memperlekehkan Jalur Gemilang sebagai satu kain rentang yang dikibarkan dek asyik dengan persembahan pentas selebriti tempatan dan juga antarabangsa?
Memang sewajarnya kita merasa gusar, prihatin dan gelisah dengan segala wabak sosial ini. Hal ini menjadi sedemikian kerana sekiranya tidak ada usaha-usaha terancang dan perancangan budaya (cultural planning), generasi pada masa hadapan akan lemah dan tidak mampu menghadapi perubahan sezaman.



Acara hiburan dan konsert paling mendapat perhatian golongan remaja. - Gambar hiasan.
Sebagai generasi pasca kemerdekaan, remaja perlu kembali untuk memahami sejarah dan perkembangan negara kita. Ini penting sebagai kayu pengukur dan pemangkin dalam menyumbangkan khidmat dan bakti kepada negara tercinta.

Tanpa memahami akan perkembangan negara dan buta sejarah, kita mungkin akan hanyut dibawa arus kesenangan hidup yang melalaikan.
Sehubungan itu, kita tidak sepatutnya merasakan cukup sekadar apa yang ada. Kita perlu membuka ruang dan mencipta peluang seperti mewujudkan trend pemikiran yang lebih proaktif.
Kemajuan dan perkembangan dunia sekeliling perlu dimanfaatkan dan dipergunakan sebagai sebahagian daripada bahan-bahan bagi memajukan diri dan negara.
Menurut cetusan pemikir Islam, Malik Bennabi yang telah mengungkapkan perihal kebolehjajahan umat sebagai sindrom colonializibility, punca kita mudah terjajah bukanlah disebabkan hebatnya budaya yang menjajah itu, tetapi segalanya bermula apabila kita sendiri sudah melupakan asas-asas jati diri kita sendiri yang terdiri daripada agama, pegangan nilai dan budaya.
Hanya apabila kita sudah tidak yakin lagi dengan kekuatan sendiri, barulah penjajahan budaya dan pemikiran lebih mudah berlaku. Kunci penjajahan minda dan budaya adalah kelemahan diri sendiri yang dimiliki.
Justeru, dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan budaya dan negara, remaja perlu lebih berusaha dan produktif apabila melakukan sesuatu perkara.
Para remaja haruslah lebih tabah dalam menghadapi cabaran demi mempertahankan hak-hak mereka. Kita juga mesti berdikari dan tidak bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya dapat menjamin kedaulatan negara.
Di samping itu, para pemimpin belia perlu juga memikirkan strategi untuk melibatkan generasi belia dengan pelbagai kegiatan yang bermanfaat.
Dengan pembabitan lebih ramai belia ke dalam aktiviti-aktiviti sosial, sukarela dan kemasyarakatan, ciri-ciri kepimpinan dan nilai-nilai budaya yang positif dapat dijelmakan ke dalam bentuk perbuatan berbanding dihidangkan dengan agenda-agenda hiburan semata.

* Penulis ialah pensyarah Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Melaka
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



























Bapa macam 'Binatang' : Dicabul bapa tiri, dirogol bapa sendiri. #fb #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami


Kemana hilang 'sifat kemanusian' dan pegangan agama.....

Tindakan seorang ibu di Sabah menghantar anak daranya ke pangkuan bapa kandungnya di Masai di sini, berikutan cubaan suami barunya itu mencabul remaja berkenaan, umpama menghantar anak sulungnya ke mulut harimau, apabila anak gadisnya itu dirogol bekas suaminya dua kali dalam kejadian berasingan, April lalu.

Malah, dalam kejadian terbaru Jumaat lalu, bapa kandung remaja berusia 18 tahun itu dikatakan sudah menyarung kondom selain meletakkan pelincir dipercayai untuk meratah anak gadisnya itu, tetapi mangsa diselamatkan sepasukan polis yang menyerbu hotel berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang bekerja kilang di Masai itu cuba merogol anaknya untuk kali ketiga sebelum polis menyerbu masuk bilik hotel yang disewa mereka.

Difahamkan, suspek berasal dari Sabah bercerai dengan ibu mangsa ketika mereka tinggal di Sabah semasa mangsa berusia 8 tahun. Mangsa dan adik lelakinya tinggal bersama ibunya di Sabah, manakala suspek berhijrah dan bekerja di sebuah kilang di Johor.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila bapa tiri mangsa cuba mencabulnya Mac lalu, menyebabkan ibu mangsa menghantar remaja itu ke Johor untuk tinggal bersama bapanya di Masai. Malangnya, ketika tidur di rumah bapanya itu pada 5 April lalu, mangsa dirogol pada kira-kira jam 1 pagi, sebelum dirogol kali kedua 14 April lalu di sebuah hotel di Johor Bahru selepas gagal berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (Johor Bahru).

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu pergi menguruskan dokumen diri mangsa di JPN Johor Bahru sebelum lelaki itu mengajak anaknya ke daerah ini dengan alasan mencari pekerjaan.

Apabila tiba di sebuah hotel, mangsa yang curiga dengan kelakuan bapanya yang asyik memegang kemaluannya, meminta suspek membelikan makanan dan ketika lelaki berusia 37 tahun itu keluar, mangsa menghubungi sepupunya di Skudai dan meminta diselamatkan.

Sepupu mangsa menghubungi kenalannya yang juga anggota polis negeri ini yang menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk mendapatkan bantuan.

Sebaik menerima maklumat lokasi sebenar hotel, sepasukan polis diketuai Ketua Unit Cawangan Pegawai Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat menyerbu bilik suspek di hotel berkenaan.


Sumber

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








Logo kumpulan kongsi gelap pula didedahkan. @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi #rakyatnews #1Malaysia


Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mendedahkan beberapa logo serta lambang milik 49 kumpulan kongsi gelap yang diumumkan semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahaigan Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pendedahan itu bertujuan agar orang ramai dapat menghindari kumpulan-kumpulan terlibat sebelum mereka diambil tindakan oleh polis. - UTUSAN

Berikut adalah logo-logo ketika penerangan oleh Bukit Aman (gambar kredit Pena Miang).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan 49 petubuhan haram di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Senarai itu dikeluarkan pada Khamis oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mengandungi beberapa kumpulan terkenal seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.

KK : Terbaiklah.... PDRM yang begitu bersungguh membenteras kumpulan pelampau ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 29 August 2013

Gaya merokok sambil bertudung Erma Fatima cetus kontroversi. #rakyatnews #selebriti #MeleTOP #1Malaysia


Ada juga yang mempersoalkan sama ada Erma benar-benar menghisap rokok atau tidak.

Ini kerana seperti yang kita ketahui hisap rokok dan bertudung memang tidak sepadan.


Apatah lagi dengan wanita yang dahulunya memang tidak memakai tudung dan kehidupan sosialnya juga agak keterlaluan sebagai seorang artis.

Sumber

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bongkar !! KDN Umum 49 Pertubuhan Haram. @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi #rakyatnews #1Malaysia

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan 49 petubuhan haram di bawah Akta Pertubuhan 1966.


Senarai itu dikeluarkan pada Khamis oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mengandungi beberapa kumpulan terkenal seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.



Berikut adalah senarai penuh pertubuhan haram itu:



1) Geng 04  2) Geng 08 3) Double 7 4) Tiga Line  5) Geng 30  6) Geng 38 7) Geng 24  
8) Geng 18  9) Geng 36 10) Geng 21 11) Ang Soon Thong 12) Wah Kee 13) Sio Sam Ong
14) PNEH  15) Hong Hong San  16) Hai San  17) Sin Ang Bin  18) New Cell 20  
19) Jit It Hai 20) Sio Koon Tong  21) Gee Lam Kor  22) Gee Ah Eng  23) Loh Kuan  
24) Tiang Yee Tong 25) Geng Leng Hor  26) Geng 35  27) Geng 303  
28) Geng Satu Hati  29) ATAP  30) Hung Ann  31) Sui Yup  32) Otai  
33) Borneo Red EMP  34) Ah Ngau  35) Batu Tiga 36) Ah Feng  37) Batu 10  
38) Sibu Ti   39) Ah Seng  40) Ah Chin  41) Lee Lung  42) Lo Han 43) Sg Merah  
44) Sg Badut  45) Ting Ching Lee  46) Tua Cak Lee  47) Teksi Station  
48) Pintu Merah  49) Krokop

ADUN Kedah "Bela" Syiah al imam ayatullah khomeini ? #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami


Adakah kita masih berkompromi lagi dengan golongan fahaman syiah dalam masyarakat kita...Golongan Syiah memalsukan kisah saidina Ali. hairan ada gerakan islam yang masih mengiktiraf puak-puak sesat ni... 

Nyatalah kebenaranya... bahaya Dalam PAS ada gerakan Syiah.. kenapa 9 orang Adun Pakatan Haram menolak undang-undang nak banteras syiah ni? 

Apakah mereka juga ada kaitan dengan syiah?

SENARAI NAMA-NAMA ADUN PR YANG TAK SOKONG / BERKECUALI ATAU TIDAK MENGUNDI DALAM MELULUSKAN ENAKMEN PENGHARAMAN SYIAH DI KEDAH


PAS :

1) Romani Bin Wan Salin : N10 BUKIT PINANG

2) Ahmad Bin Saad @ Yahaya : N14 ALOR MENGKUDU

3) Datuk Amiruddin Bin Hamzah : N15 ANAK BUKIT

4) Mohd Nasir Bin Mustafa (SYIAH) : N17 PENGKALAN KUNDOR

5) Datuk Mohamed Taulan Bin Mat Rasul : N18 TOKAI

6) Datuk Seri Azizan Bin Abdul Razak : N20 SUNGAI LIMAU

7) Datuk Siti Ashah Binti Ghazali : N33 MERBAU PULAS

DAP :

8) Tan Kok Yew : N11 DERGA

9) Teoh Boon Kok @ Teoh Kai Kok : N13 KOTA DARUL AMAN

PKR :

10) Ooi Tze Min : N28 BAKAR ARANG

11) Dr Robert Ling Kui Ee : N29 SIDAM


12) Md. Zuki Bin Yusof : N32 KUALA KETIL

Kedah wartakan enakmen pengharaman Syiah

Persidangan Dewan Undangan Negeri  Kedah selama tiga hari yang berakhir malam tadi merupakan ujian pertama yang dihadapi Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Besar ke-10.


Kedah mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama mewartakan enakmen pengharaman penyebaran fahaman Syiah.

Keputusan meluluskan enakmen jenayah Syariah itu dibuat dengan cara undian apabila pembangkang secara prinsip tidak bersetuju dengan pindaan enakmen itu .

Dalam undian berbelah bahagi itu 21 daripada 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyokong manakala 13 wakil rakyat pakatan pembangkang ada yang membantah dan berkecuali.

Menurut Mukhriz pindaaan enakmen dibuat selepas mendapat penjelasan penasihat undang-undang.


SENARAI NAMA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG MENYOKONG PENGHARAMAN SYIAH

BARISAN NASIONAL

1) Mohd Rawi Bin Abd Hamid : N1 AYER HANGAT

2) Nor Saidi Bin Nanyan : N2 KUAH

3) Datuk Abu Hasan Bin Sarif : N3 KOTA SIPUTEH

4) Datuk Mukhriz Tun Mahathir : N4 AYER HITAM

5) Datuk Ahmad Zaini Bin Japar : N5 BUKIT KAYU HITAM

6) Aminuddin Bin Omar : N6 JITRA

7) Badrol Hisham Bin Hashim : N7 KUALA NERANG

8) Kama Noriah Binti Ibrahim : N8 PEDU

9) Datuk Ahmad Bin Sudin : N9 BUKIT LADA

10) Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Md Hanipah : N12 BAKAR BATA

11) Datuk Suraya Binti Yaacob : N19 SUNGAI TIANG

12) Datuk Dr Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail : N21 GUAR CHEMPEDAK

13) Dr. Leong Yong Kong : N22 GURUN

14) Datuk Mohd Tajudin Bin Abdullah : N23 BELANTEK

15) Mahadzir Bin Abdul Hamid : N24 JENERI

16) Datuk Tajul Urus Bin Mat Zain : N26 TANJONG DAWAI

17) Ali Bin Yahaya : N27 PANTAI MERDEKA

18) Datuk Azmi Bin Che Husain : N30 BAYU

19) Harun Bin Abdul Aziz : N31 KUPANG

20) Chua Thiong Gee : N35 KULIM

21) Norsabrina Binti Mohd Noor : N36 BANDAR BAHARU


KK : Kesian orang Kampung kena "pedajel" dengan anak Ustaz Pondok...

@Shilaamzah yang semakin 'sendat & ketat' di Kritik peminat. #rakyatnews #selebriti #MeleTOP #1Malaysia



Shila Amzah sekali tempit 'sendat' dan Semakin Sexy. Shila Amzah juga pernah menjadi mangsa sebelum ini akibat memuat naik sekeping gambar dirinya memakai pakaian sukan hingga menampakkan susuh tubuh badan.

Fesyen Makin Ketat Shila Amzah Di Tegur Peminat

Terbaru, Shila sekali lagi ditegur peminat yang kurang gemar melihat penyanyi itu berpakaian agak ketat dan berkongsi foto-foto tersebut di Instagram walaupun sudah berhijab.
Fesyen Makin Ketat Shila Amzah Di Tegur Peminat
Ada yang menegur dengan cara berhemah, tapi yang tak sedapnya bila ada segelintir daripada mereka yang gemar menggunakan kata-kata negatif.

Bagaimanapun, Shila dilihat enggan memberi respon kepada kritikan yang diterima. Mungkin kerana tidak mahu dianggap selebriti yang cepat melatah.

Sumber.

KK : Terpulang kepada peminar diluar sana menilai dan mentafsir apa yang dikongsikan oleh Shila...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 28 August 2013

Bangsat & Pondan : @cmlimguaneng 'haramkan' tayangan #TandaPutera #Merdeka56 #1Malaysia @rakyatnews_my


Kerajaan negeri pimpinan DAP akan meminta pengusaha pawagam di negeri ini tidak menayangkan filem Tanda Putera dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu pemberita kerajaan negeri akan meminta kesemua pawagam di negeri ini supaya tidak menayangkan filem ini, yang dijangka akan mula ditayang di pawagam esok.

Tanda Putera ialah sebuah filem arahan Datuk Shuhaimi Baba yang dibintangi Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Filem biografi bersejarah mengenai perdana menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya pada masa itu Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang berlaku sekitar masa selepas rusuhan kaum pada 1969.



Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow berkata pihaknya akan menulis surat kepada kesemua pengendali pawagam di negeri ini supaya tidak menayangkan filem ini.

Chow memberitahu pemberita beliau berharap kesemua pawagam di negeri ini akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dengan tidak menayangkan filem ini.

Dalam laporan sebelum ini, Suhaimi telah meminta masyarakat melihat filem ini sebagai filem yang membangkitkan rasa sayang kepada negara dengan mengekalkan keamanan yang ada dan bukannya menjadikan ia sebagai satu filem yang mendorong kepada perkara yang tidak harmoni.

Beliau berharap masyarakat dapat mengubah persepsi tentang filem ini dengan keluar menonton Tanda Putera kerana ia tidak seperti apa yang digambarkan sebelum ini.

Astro Awani

KK : Bangkitlah !! Bangkitlah Wahai Melayu Pulau Pinang...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#HinaIslam : Surau 'tokong' di Johor Roboh . #fb #rakyatnews #1Malaysia @inspirasiislami


SURAU kontroversi di Tanjung Sutera Resort di Sedili Besar, Kota Tinggi Johor sudah pun dirobohkan sekaligus menyelesaikan isu penggunaan surau itu oleh penganut agama Buddha pada hari raya Aidilfitri kedua lalu.

Gambar yang diperoleh menunjukkan jentolak merobohkan sisa-sisa bangunan surau itu yang masih tinggal.

Terdahulu, Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) mengarahkan pihak Tanjung Sutera Resort supaya merobohkan suraunya yang menjadi tempat meditasi sekumpulan penganut Buddha, dalam masa 21 hari, bermula 21 Ogos lepas.

Arahan itu disampaikan dalam notis bertarikh 20 Ogos 2013 yang ditampal di pintu masuk surau tengah hari ini, yang ditandatangani Pengerusi MDKT, Hasrin Kamal Hashim.

Alasan diberikan, pembinaan surau itu menyalahi Seksyen 70 Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 kerana dibina tanpa kebenaran bertulis majlis daerah.

Notis itu juga menyatakan pihak resort akan dibawa ke mahkamah jika gagal berbuat demikian atau menanggung kos merobohkannya yang akan dilakukan oleh majlis daerah.

"Tuan adalah dengan ini diberitahu supaya meruntuhkan bangunan itu dari tempoh 21 hari dari tarikh notis ini diterima," notis itu dipetik.

Seorang pekerja resort yang ditemui menjelaskan beliau menerima notis itu dari pihak MDKT yang hadir ke surau itu tengah hari tadi.

Surau berkenaan menjadi isu panas apabila ada pengunjung yang ingin menunaikan solat ternampak beberapa orang penganut agama Buddha beserta sami mereka menjalankan ritual keagamaan di dalam surau berkenaan sekaligus satu kesalahan.

mynewshub


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Awas !! #JalurGemilang percuma diedarkan oleh @azeezputera Ahli Parlimen Baling #merdeka56 #1Malaysia #KEDAHAMANMAKMUR



Jalur Gemilang diedarkan kepada pemandu yang melalui jalan Kupang Baling berhadapan Pejabat Ahli Parlimen Baling. Oleh YB Dato Azeez Rahim selaku Ahli Parlimen Baling. Sebanyak 1000 unit bendera Malaysia diedarkan dengan kerjasama Unit Penerangan Baling dan Polis DiRaja Malaysia.




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.