Tuesday 17 September 2013

@NajibRazak mahu #ChinPeng diingati sebagai Pengganas Komunis. #DEMIRAKYAT #DAP #OhMalaysiaku #rakyatnews @khalidismath


"Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan. Tambahan lagi Chin Peng bukan warganegara Malaysia"

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.

Perdana Menteri berkata bekas ketua komunis yang meninggal dunia di Bangkok hari ini akan diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.

Justeru, beliau menegaskan kerajaan tidak akan terlibat dalam urusan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sama ada di negara ini atau di Thailand.
"Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan. Tambahan lagi Chin Peng bukan warganegara Malaysia.

"Dia tidak mahu jadi warganegara Malaysia, jadi kita tidak ada apa-apa ikatan dengannya sama sekali," kata Najib pada sidang akhbar di sini ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbang sekiranya anggota keluarga Chin Peng memohon untuk melakukan urusan pengebumiannya di Malaysia.

"Kerajaan Malaysia percaya urusan pengebumian akan dilakukan di Thailand," kata Najib yang berada di sini sempena sambutan Hari Malaysia Ke-50.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada kira-kira 6.20 pagi kerana sakit tua, sebulan sebelum tarikh ulang tahun ke-89 kelahirannya. Chin Peng dilahirkan pada 21 Okt, 1924.

Najib menarik perhatian bahawa keganasan komunis yang dipimpin Chin Peng terutama di era darurat telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban terutama anggota keselamatan di samping beribu yang lain mengalami kecederaan atau kecacatan.

"Rakyat juga menderita kerana kemusnahan harta benda sepanjang PKM melancarkan peperangan ke atas kerajaan selain melakukan sabotaj terhadap ekonomi negara," katanya.

Pemimpin pengganas yang hidup dalam buangan di Thailand itu pernah membuat permohonan untuk pulang ke Malaysia, namun ditolak.


Beritaawani.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Sejak Tanah Melayu dijajah, Portugis dan Belanda gagal melemahkan kerajaan melayu. Serangan demi serangan balas dilakukan oleh Raja Melayu dan tentera bersama sukarelawan. Penjajah melihat bahawa orang melayu tidak mahu mengalah. Apabila Belanda menyerahkan Melaka kepada British maka British yang telah mengkaji kekuatan dan kelemahan orang melayu mendapati mustahil British boleh menguasai bumi melayu ini secara bersendirian kerana dua kuasa crusaders telah gagal sebelumnya. Agenda yang paling licik dan berkesan ialah mengimpot gerakan gerakan yang boleh melemahkan orang melayu islam. Maka Nam Tien adalah gerakan yang boleh digunakan untuk memenuhi agenda ini. Kejayaan orang cina Dai-Viet merampas dan menguasai tanah milik orang melayu Champa sehingga hilang seluruh bumi melayu Champa (yang kini dinamakan Vietnam oleh perampas tanah melayu) menjadi sebab kuat untuk British membawa ramai orang cina ke tanah melayu. Orang cina ini adalah diimpot melalui gerakan kongsi gelap. Maka bermulalah rancangan jahat British dan orang cina dengan menyuburkan gerakan kongsi gelap menguasai ekonomi dan merampas tanah orang melayu secara kekerasan dan pembunuhan senyap. British adalah dalang disebalik pembunuhan dan rampasan tanah serta lombong bijih timah dan emas milik orang melayu. Gerakan komunis dan kongsi gelap berterusan sehingga sebelum merdeka, selepas merdeka dan pada zaman moden ini menerusi parti politik, NGO-NGO dan gangsterisme. Gerakan Komunis, NGO-NGO dan parti politik cina kiasu adalah sebahagian daripada gerakan Nam Tien (Menjajah ke Selatan) ini. Sekiranya kita menyangka orang cina tiada kena mengena dengan rancangan menjajah tanah melayu atau tidak berminat untuk berkuasa dan menyingkirkan kuasa melayu maka bacalah sejarah penjajahan bumi Champa oleh orang Dai-Viet, penjajahan bumi Patani oleh orang cina Thai. Orang cina melalui kongsi gelap bersekongkol dengan pihak British di Thailand untuk menjajah bumi Patani, Pulau Pinang serta Singapura tanpa pengetahuan raja-raja melayu.

    ReplyDelete