Entah di mana silapnya, Sekali lagi Memali mencipta sejarah hitam. Kali kedua ulangtahun pengkisahan Memali tanpa kelibat presiden Parti.
Dalam isu PASma, Mereka yang menganggotai PasMa adalah juga daripada spesis PAS. Ertinya anak beranak dan keturunan Pas juga. Phahroralrazi Mohd Zawawi yang kini dianggap sebagai presiden PasMa, adalah bekas Exco Kanan Kerajaan Pas Kedah dan pada waktu ini masih menjadi wakil rakyat Pas di Kedah. Beliau merupakan Adun Pengkalan Kundur dalam kawasan Kuala Kedah.
SEDANGKAN pihak pengangjurkan sudahpun mencanangkan kehadiran Tuan Guru Haji Hadi. Harapan 1000 penduduk dan penyokong Pakatan Rakyat di sini untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi mereka 'terkubur' apabila beberapa pemimpin yang diharapkan berucap di pentas ceramah tidak kesampaian.
Pengkisahan Memali, selepas tsunami yang melanda PAS selepas Muktamar 'kurang berseri' kerana ketiadaan pemimpin yang ditunggu-tunggu. Tahun lepas pun ahli PAS dimomokan dengan kehadiran Pemimpin tertinggi tetapi hanya dusta belaka.
Wajah presiden parti, menghiasi poster iklan ceramah berkenaan. Tiada kelibat kempimpinan PAS kedah. Ahli PAS suah sedia maklum sekarang PAS kedah sedang berantakan dengan dua puak.
Nyatalah.. ketidakhadiran Hj. Hadi disebabkan kekecewaan beliau terhadap kempimpinan PAS kedah, yang terang-terang mentang menentangnya.