Wednesday, 26 September 2018

Rakyat Baling Menangis Lihat DSP @azeezputera Bergari Hadir Ke Mahkamah.


Ahli Parlimen Baling yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya sebentar tadi.

Abdul Azeez tiba dengan menaiki kereta Proton Preve warna perak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10.30 pagi tadi.

Beliau yang diiringi pegawai SPRM, dibawa ke Aras 2 dengan ditemani keluarga dan sekumpulan penyokong yang melaungkan 'Hidup BN’.

Turut dibawa ke mahkamah sama ialah abang dan saudara beliau.

Azeez, 52, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ditahan jam 11.15 pagi semalam selepas hadir di ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan membantu siasatan kes menerima rasuah.

Abangnya, Abdul Latif, yang juga pengurus besar sebuah syarikat, ditahan di Sungai Buloh, 15 minit selepas itu.

Sumber memberitahu BH, kedua-duanya difahamkan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek.


Sementara itu, Timbalan UMNO Bhg. Baling &  Pergerakan pemuda UMNO Bhg. Baling turut hadir ke Mahkamah Putrajaya menyatakan sokongan dan bersoldariti untuk ketua Bahagian yang di sayangi keseluruhan rakyat Baling. 


Pada malam ini, satu majlis akan dianjurkan oleh UMNO Bahagian Baling untuk bersoldariti bersama rakyat Baling bertempat di Stor Logistik UMNO Bhg. Baling.

Ayuhhhh Rakyat Baling !!! nyatakan sokong Padu anda kepada Ketua UMNO Bahagian Baling, Ahli Parlimen Baling telah banyak berkorban dan membantu rakyat Baling.







No comments:

Post a Comment