Wednesday, 8 October 2014

Apa Khabar YB Harun Aziz ? #ADUNKupang #ParlimenBaling


Apa khabar YB ?

Khabar apa hari ini ?

Sekadar pembuka 'Bicara' ...

Menghitung detik dimana akan bemula...'

Ini baru 'Step' pertama.... harap YB dapat 'setelkan'... seperti yang dijanjikan... sudah masuk 7 bulan kejadian ini berlaku...

Pengenalan.... moga selepas ini tiada cerita @ gambar ini akan bermain di laman media sosial...

Salam pengenalan dari hamba pengundi N31 P016 .. mengharapkan tangungjawab dan amanah yang diberikan dilaksanakan.






P/s : kepada penduduk Kampung Charok Kapas Kupang.. boleh 'PM' gambar terkini melalui FB KK

Tuesday, 7 October 2014

KESAL !! JUAL TIKET ATAS BAS, MARALINER "TERPAKSA" TUTUP KUANTER TIKET. @JPJ_Malaysia @KP_JPJ @aduanSPAD


Pengguna yang kerap menggunakan perkhidmatan bas Maraliner memaklumkan melalui khidmat "Whatsaap" berhubung tindakan "cerdik" pengusaha bas Maraliner. kejadian baru sahaja berlaku hari ini ( 07/10/2014).

Menceritakan... saya seorang pelajar politknik di perlis, yang pulang sempena cuti hari Raya Korban di Kampung, Saya menggunakan perkhidmatan bas Maraliner dari Baling ke  Alor Setar dan seterusnya akan ke Perlis.

Kuanter Kosong
Saya terpaksa berebut untuk membeli tiket Bas Maraliner yang dijual di atas bas, bukannya di kuanter seperti kebiasaanya. Namun saya GAGAL mendapatkan tiket untuk perjalanan bas jam 11:00 pagi. Saya seorang wanita, yang terpaksa "bergasak dan berebut" dengan mereka yang lain. saya akur.... apabila ada petugas diatas Bas memberitahu kami bahawa ada satu lagi "trip" ke Alor Setar kira2 jam 2:00 petang. 



Memang rasa tak puashati, sudahlah perjalan dari rumah ke stesen bas jauh... ini nak kena "menapak" disini akibat tindakan "bodoh" pengusaha bas Maraliner. 

Petugas Maraliner sedang menenangkan penumpang
yang sedang marah akibat tak dapat tiket.


Samalah juga, keadaan dengan pagi tadi, lagi ramai orang datang, ada yang berkeluarga, pelajar dan juga ingin pulang ketempat kerja. Kami terpaksa bergasak, berebut malahan ada yang duduk awal-awal di pintu bas sementara menunggu jam 2:00 petang. apabila sahaja pintu bas dibuka terus menerpa dan menyerbu masuk untuk mendapatkan tiket. Sekali lagi saya GAGAL untuk mendapatkan tiket.....

Memalukan... sampai ada yang jatuh, semata-mata tindakan bodoh Maraliner yang gagal menyediakan/menjual tiket di kuanter. TIDAK ADIL BAGI SAYA DAN YANG LAIN DATANG AWAL UNTUK MENDAPATKAN TIKET tetapi bagi mereka yang lewat dan menggunakan kudrat serta kroni senang jer boleh dapatkan tiket. Akibat saya terpaksa menumpang..... -bayu-

Saya berasa kesal dengan kejadian dan memohon penjelasan pihak Maraliner. ketidakcekapan pihak Maraliner dalam proses penjualan tiket.  Saya berharap agar pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini sewajarnya supaya pengguna yang lain tidak menghadapi masalah yang sama lagi. 

Sunday, 5 October 2014

Gadis mualaf maut sehari selepas peluk Islam, sebelum #Aidiladha @inspirasiislami


KEMALANGAN yang mengakibatkan Nur Hidayah Insyirah maut di Kilometer 15, Jalan Labis - Yong Peng, Batu Pahat.



Sumber : Utusan

Tuesday, 30 September 2014

#SukanAsia2014 : Malaysia akan rayu kes pingat emas pertamanegara ditarik balik. @501Awani



Kontinjen negara masih belum hilang emas pertama yang diraih menerusi atlet wushu Tai Cheau Xuen dalam kategori gabungan nanquan dan nandao pada Sukan Asia ke-17 di sini.


Ketua kontinjen negara Datuk Daniyal Balagopal Abdullah berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung dakwaan Majlis Olimpik Asia (OCA) bahawa atlet terbabit gagal ujian doping.

Beliau berkata beliau akan mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa sementara Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) kerana timbul keraguan terhadap ujian air kencing yang dijalankan terhadap atlet berkenaan. "Dari awal kita telah pertikaikan cara sampel itu dikendalikan. Kita akan kemukakan rayuan kepada CAS secepat mungkin, pada hari ini juga. "Saya akan jumpa Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz (ketua pegawai eksekutif institut sukan negara dan pihak Institut Sukan Negara (ISN) dan buat satu rayuan menerusi CAS," katanya.

Menurut Daniyal, terdapat lima sampel atlet termasuk sampel atlet Malaysia yang dibawa bersama dan beliau tidak menafikan sekiranya berlaku kekeliruan atau kesilapan terhadap keputusan ujian yang dibuat. "Ia adalah kelewatan yang terlalu lama bermula dengan sampel diambil hingga diserahkan kepada makmal. 

"Mereka bagi alasan untuk kumpul sekali, baru hendak dibawa ke makmal untuk dibuat ujian. Kita akan merayu. Kita sudah menemuduga atlet terbabit dan kita dapati beliau tidak bersalah," katanya.

OCA hari ini memutuskan untuk menarik balik pingat yang dimenangi Cheau Xuen kerana beliau didapati gagal ujian dadah.

Menurut kenyataan pihak penganjur, ujian sampel air kencingnya yang dilakukan selepas pertandingan pada 20 September mendapati ia mengandungi Sibutramine iaitu bahan terlarang dalam Senarai Larangan Agensi Anti Doping Sedunia (Wada).

Berita @501Awani

Saturday, 27 September 2014

Ceramah Untukmu Gaza : Buat Apa Nak tipu Rakyat Baling. #ParlimenBaling


Hampir 10 ribu rakyat Baling hadir !! KK tak la nak 'kondem' sapa-sapa dalam hal. Asal buat benda baik dan niat baik inshaaallah KK pun sama join program korang.

Semalam berlansung siri ceramah Untukmu Gaza yang di anjurkan oleh 'Ajk' Masjid Ridhuwaniah Pekan Baling ataupun Dewan Pemuda PAS mana yang satu pun KK tak tau. Siapa yang anjur pun KK sokong demi membantu dan menunjukan keperihatinan umat islam di Malaysia kepada rakyat Palestin.


Apa yang KK hairan, mengapa benda baik macam ni puak PAS nak main politik juga. Tapi memang sikap PAS semua benda nak di politikan. Sebab tu..lah kita tengok ceramah berkenaan tak dapat sambutan.. niat dari awal tak betul.. 

Lebih mendukacitakan KK sesusai ucapan 'wakil Palestin' entah lah...  hadirin terus beredar pulang. JELAS riak diwajah mereka agak keliru dan kesal. Terfikir juga KK hadirin ni tak nak dengar ker ucapan pemimpin politik.. bukan calang2 orang plak tu.. 

Hehhh... apasal KK cakap macam tu.. sebab ini lah.. cuba korang tengok Poster tu.. dia cuba nak main wayang sebenarnya. ataupun DPP Baling takut dengan bayang2 sendiri. Inikah yang dikatakan berjuang demi kebenaran. 2 tempat yang berbeza ? yang mana satu betul tarikh islam pun salah... 

jadi kepada kempinan PAS jangan takut..untuk menyeru kepada kebaikan, jika niat kita ikhlas.. inshaallah pasti ada ganjaranya.. 



Friday, 26 September 2014

@TMCorp SILA AMBIL PERHATIAN !! #ParlimenBaling @azeezputera #FB


Kabel telefon  kena curi , pihak TM tak boleh buat apa-apa dah. Terserah kat tuan pemilik akaun telefon... betul ke macam tu.. maknanya telekom hanya mrenjadi pembekal peralatan dan perkhidmatan lah... HABIS siapa pula yang menjaga harta benda tersebut ?


Sumber fb






Thursday, 25 September 2014

#PRKPengkalanKubor : TAHNIAH #BARISANNASIONAL MENANG DENGAN MAJORITI 2635. @NajibRazak


73% keluar mengundi di Pengkalan Kubor, keputusan dijangka rasmi dijangka seawal 9 malam.

Menurut sumber tidak rasmi pada PRK N01 Pengkalan Kubur Barisan Nasional berjaya menambah manjoriti dengan lebih besar.


Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor tiba dengan 24,039 pengundi layak menunaikan tanggungjawab di 12 Pusat Mengundi yang telah dibuka seawal pukul 8 pagi.


PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN iaitu Tuan Haji Mat Razi Mat Ail dan calon PAS iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim serta seorang calon bebas iaitu Izat Bukhary Ismail. Setelah 12 hari berkempen, calon BN dilihat berpotensi mengekalkan kemenangan yang diperolehi tiga penggal berturut-turut sejak PRU ke-11.


Ikuti bersama klxpress untuk mengetahui perkembangan terkini sepanjang tempoh hari pembuangan undi hingga keputusan diumumkan. (Klik di sini untuk update terkini)