Saturday, 14 April 2018

#PRU14 : AWAS !! BEKAS ADUN PAS KUPANG CG JO BALAS DENDAM !!


Sah, Cg Johari Abdullah atau lebih dikenali dengan Cg Jo akan melawan muka baru dari PAS Ustaz Hasan & Harun Aziz dari BN.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengumumkan senarai calon AMANAH bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan sepuluh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah.

Kerusi Dun Kupang ditandingi Naib pengerusi AMANAH Kedah, Johari Abdullah.
Sapa tak kenal ngan Cg Joe, dulu dia BEKAS ADUN Kupang (N31) pada PRU12 2010 tetapi tewas pada PRU13.

Rekod Cg Joe juga baik ketika berada bersama PAS sebelum menyertai PH.Beliau pernah menewaskan Ustaz Taib Azzamudin Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Kedah,  bagi merebut jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Baling dalam Muktamar Pas. Ustaz Taib Azzamuddin yang juga AJK Pas Pusat tidak mampu mengalahkan Johari yang mendapat sokongan kuat ahli di kawasan ini.

Cikgu Jo ni pulak, kalau ada jemputan kenduri atau ada kematian di cawangan, kot mana pun dia akan sampai kecuali kalau dia ada program lain yang tak boleh tinggai. Pasainya pada dia, pi makan khenduri dan ziarah orang mati tu satu cara mudah untuk dia turun padang, jumpa pengundi dia sambil jumpa aktivis peringkat akar umbi. Tu yang jadi rekod sampai 24 panggilan khenduri satu hari, semua dia pi, dari subuh sampai ke tengah malam.


Amanah bersama-sama dengan Pakatan Harapan telah bersedia untuk membawa perubahan yang lebih besar bagi membela nasib rakyat yang tidak berjaya dilaksanakan sama ada oleh Pas mahupun Umno-BN.

“Pengundi dalam kawasan Parlimen Baling maupun negeri Kedah harus tekadkan iltizam untuk menolak Umno-BN serta parti yang bersekongkol dengan mereka tanpa ada sedikit pun perasaan prejudis terhadap Pakatan Harapan.

Dengan penuh semangat beliau berkata, mendukung dan menyokong Umno dan Pas dalam pilihan raya umum ke-14 nanti akan membawa rebah yang akan mensengsarakan nasib rakyat untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Thursday, 12 April 2018

“Jom Pi Periksa Dada, Terus Dapat Baju Dalam” #PRU14

Poster yang didakwa memberi 5,000 baju dalam secara
percuma tular di media sosial.

“Jom pi periksa dada, terus dapat sarung dada” slogan pada sebuah poster yang didakwa mempromosikan pemberian baju dalam wanita secara percuma tular di media sosial.
Maklumat pada poster itu mendakwa mahu mengedarkan 5,000 baju dalam percuma pada majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 15 April ini.

Ia turut memaparkan gambar seorang lelaki memakai kemeja Barisan Nasional (BN) dengan nama ‘Dato Sri Hj Ustaz Amran bin Nordin’, dan tertera jawatannya yang didakwa sebagai Pengerusi Barisan BN Permatang Pauh.



Fakta itu sama sekali tidak benar kerana Pengerusi Barisan BN Permatang Pauh adalah Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang juga Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh.

Malah halaman Facebook Pergerakan Pemuda Umno Permatang Pauh pada Rabu malam menjelaskan bahawa poster ‘baju dalam percuma itu’ adalah palsu, malahan turut menunjukkan poster sebenar iaitu ‘5,000 cermin mata percuma’ dengan butiran acara sama dengan memaparkan wajah Mohd Zaidi.

Ditanya sama ada ia merupakan satu tindakan sabotaj kepada calon Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Zaidi hanya memberitahu tindakan tidak bertanggungjawab itu lebih kepada mahu menjejaskan imej BN.
“Dalam keadaan hari ini, kita menuntut politik yang lebih matang. Pihak-pihak membuat cara berpolitik seperti ini tidak membawa apa-apa keuntungan, sebaliknya akan menimbulkan rasa marah dan terhina terutama dalam kalangan orang-orang di Permatang Pauh.
“Banyak pihak akan tahu bahawa ia adalah palsu dan dibuat semata-mata untuk memalukan,” katanya. 

Mohd Zaidi bagaimanapun menjelaskan beliau tidak mengenali individu yang dipaparkan dalam poster yang palsu berkenaan.

Namun katanya, seorang lelaki yang mendakwa dirinya di dalam poster berkenaan telah menghubunginya pada Rabu malam dan memohon maaf berhubung isu tersebut yang mungkin dijadikan bahan gurauan pihak tertentu.

“Saya tak kenal siapa dia, cuma dia maklumkan kepada saya bahawa gambar dan nama dia dah digunakan, dan akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
“Kita juga akan buat laporan polis pada pukul 12 tengah hari ini di Ibu Pejabat Polis Dareah (IPD) Seberang Perai Tengah. Terserah kepada pihak polis untuk buat siasatan,” katanya.

mstar.com.my

Wednesday, 11 April 2018

#PRU14 : DULU UiTM & Hospital Pakar KINI 500 Unit Rumah Untuk Rakyat Baling Apa Kes ?



Setahu admin Program Perumahan Rakyat terutamanya di Parlimen Baling sudahpun dilaksanakan sejak Tok Azeez jadi Ahli Parlimen lagi.


Bukan calang- calang pemimpin boleh buat macam Tok Azeez dok jaga orang Baling.
Cuma ada la sikit-sikit janji masa PRU 13 belum ditunaikan lagi..... Hospital Pakar & UiTM belum nampak lagi Bangunannya....

macam nak buat Kilang tu susah sikit la kot...

Sekarang Tok Azeez nak bagi plak rumah kos sederhana plak untuk rakyat Baling.. Depa nak Lancar Dah..... tengok kat poster kat bawah.

Saturday, 7 April 2018

Menjelang #PRU14 : Tajul Urus Jumpa Anak Dr. Mahathir !! @MejLrTajul


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bedong, Merbok, Kedah mahu Exco Pendidikan dan Badan Badan Bukan Kerajaan Kedah, Datuk Tajul Urus Zain dipecat dari Umno kerana menemui anak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyelesaikan hutang peribadinya.

Menurut Pengerusi JKKK tersebut, Ismail Saad, Tajul Urus yang juga Ketua Umno Bahagian Merbok telah menemui Tan Sri Mokhzani Mahathir pada 11 Januari lalu kerana mahu minta tolong anak Pengerusi Parti Bersatu itu menyelesaikan hutang perniagaannya sebanyak RM50 juta.

Beliau dikatakan telah minta tolong dari pemimpin Umno tetapi mereka tidak mampu menyelesaikan hutang yang banyak itu maka beliau telah minta tolong Mokhzani melangsaikan hutangnya dengan harapan beliau akan mempastikan Parti Bersatu menang di Merbok.

Ismail berkata beliau tidak sepatutnya menjadi duri dalam daging.

" Oleh itu Umno dan Barisan Nasional perlu mengambil tindakan tegas kepada Tajul Urus dengan memecat beliau dari Umno kerana tindakannya itu telah mengkhianati parti," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Katanya lagi, jika BN masih mengekalkan Tajul Urus sebagai calon maka Umno Bahagian Merbok akan berpecah belah.

"Gambar yang disertakan dalam kenyataan akhbar ini adalah bukti Tajul Urus menemui Mokhzani," katanya lagi.

Sumber : http://catatanzabidi.blogspot.my/2018/04/umno-diminta-pecat-tajul-urus.html?m=1

Friday, 6 April 2018

Kerana #ECK Sponsor Jangan Sampai Tergadai Tanah Kerajaan.



Luahan hati Penyokong Kedah !!

Inilah Fakta tentang ramon marcote Dr mata sy n sumber2 dalaman yg boleh dipercayai...
apa yang sebenarnya kita tahu?
rentetan nya sebegini,
- pernah seketika di awal musim RM pertikaikan arif farhan, akhyar dan akram.
( arif farhan dikatakan hampir2 untuk berhijrah ke felda. akhyar masa tgh bermain di china RM tengok game itu, tp ramon kata mungkin dia akan guna akhyar di defend kiri.. ini ramai coach lain tahu.. ini hal ramon..
terkini : mereka ini national team

- RM lebih jaga pemain import drp pemain tempatan.. 
klu sesiapa yg kenal rapat dgn pemain2 boleh lah bertanya mereka.
ini juga benar.

- Taktikal RM?
anda lihat lah sendiri sbb apa KFA bertindak rehatkan RM..
kalau anda perhati pada pablo.. susah pada ramon untuk tukar pablo biar pun main tak bagus dan kekal sehingga 90 min. perasan tak.

- RM cukup ego dan bongkak 
ini bagi sesiapa yg berurusan dgn beliau akan tahu.
kalau sesiapa rapat dgn pengurusan team cuba2 lah tnya sejujurnya RM ego dan susah terima pandangan coach2 lain demi pasukan.
RM pernah kata.. team kedah level 4 division.
betul ke? cuba lah tnya sesiapa yg rapat dgn pengurusan.. 
pastinya ini kita tidak tahu..

- senarai 1st 11, pun sukar pada RM nak berkongsi bersama2 coach2 dan pengurusan utama dalam team.
boleh tanya pengurus dan penolong pengurus hal ini untuk kepastian

banyak lagi sebenarnya yang berlaku..
namun, sehari dua ini sesiapa yang ke padang akan melihat suasana 2016 dan 2017 kembali hidup dlm suasana ceria pemain dan pegawai..
pasti nya ada sesuatu yg kita tidak tahu apa yg berlaku dlm team semasa ramon marcote menjadi ketua jurulatih.

harap kita tidak salah dlm memberi andaian berdasarkan tengok orang lain komen.
Begitu juga dalam mesyuarat eck setuju untuk rehatkan ramon marcote..
puan sri dan tan sri juga hadir dalam mesyuarat.

jadi? kenapa eck jadi begitu menafikan pula selepas itu?
dahulu ramai yg pertikai eck jd penaja.. 
sekarang lain pula..

ayuh lah kita sokong bolasepak kedah dan hormatilah kfa sama.
Inilah fakta-fakta sbnrnya.


FB.

Thursday, 5 April 2018

#Bersatu : Rakyat sudah Pandai Walaupun Di HARAM kan ?


Ramai yang mempersoalkan walaupun ia diharamkan.

"Biarkan biarkan atas lambang apa pon kita tetap bersatu buang lh. Haram pi lah raayat blum buta lg lwan tetap lawan terus lawan bersatu xkan hilang dr Malaysia krana raayat sudah ditawan olih kbenaran. Kebenaran tidak dapat dututup dngn kepalsuan keberanian tidak akan berganti dengn klesuan kecintaan raayat kpada pmimpin ikhlas jujur dngn masaalah dan kesengsaraan raayat ttap trus akan menobatkan tun dr mahadhir dan Anuar Ibrahim serta seluruh kpimpinan pakatan harapan Inshaalah kita pasti berjaya hidup PH"
AKHIRNYA PPBM AKAN DIHARAMKAN!


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dipercayai akan membubarkan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.

Satu sidang akhbar mengenai dijadualkan pada jam 2.30 petang ini di pejabatnya di Putrajaya.
Menurut sumber, ia berkaian Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 berhubung pembatalan pendaftaran.

https://m.malaysiakini.com/news/418465

Wednesday, 4 April 2018

Ketua UMNO bahagian di tahan Polis Positif ?

DATUK RIZALMAN AKUI BERADA DI KELAB HIBURAN 
UTK NYANYI TAPI TAK AMBIL DADAH

Ketua Umno bahagian Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar mengakui dirinya ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kelab malam, di Kuala Lumpur, pada awal pagi Isnin lalu baru-baru ini.

Dakwanya, dirinya disabotaj dan menafikan beliau menggunakan dadah meskipun ujian air kencing yang dijalankan oleh polis menunjukkan ia adalah positif.

Rizalman juga mendakwa kejadian itu adalah satu perangkap untuk menjejaskan peluangnya untuk menjadi calon BN bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

“Saya syak kemungkinan lebih daripada agenda politik, sama ada siapa yang lakukan saya tak pasti,” katanya pada satu sidang akhbar di ibu negara hari ini untuk menerangkan apa yang berlaku.

Rizalman berkata, kejadian yang berlaku itu sangat spesifik dan seakan dirancang oleh pihak tertentu berunsurkan politik dengan niat untuk menjatuhkan reputasnya sebagai pemimpin Umno di Bandar Tun Razak.

Menurutnya, beliau tidak akan sesekali meletakkan jawatan yang disandang susulan kes itu dan menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan parti dan BN untuk membuat keputusan.
Menceritakan apa yang berlaku pada kiejadian itu, katanya, beliau ke kelab berkenaan untuk berhibur dan hanya mengambil kopi dan minuman ringan.

“Tiada minuman keras mahupun dadah. Itu yang saya pelik bagaimana saringan awal mendapati saya positif dadah.

“Saya boleh katakan ini perangkap kerana tidak mengambil dadah dan ketika ditahan pun saya normal serta tidak khayal,” katanya.

Disoal wartawan mengapa beliau memilih ke kelab hiburan berkenaan dan bukannya gerai di jalanan untuk berbual bersama rakan-rakannya, Rizalaman berkata, beliau gemar menyanyi.
I love to sing, so you can drag (?) with me,” katanya sambil mengakui sempat mendendangkan dua atau tiga lagu sebelum ditahan pihak berkuasa.

Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak kini dipegang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim semasa bersama PKR pada pilihan raya umum ke-13.

Secara tradisi, BN menyerahkan kerusi itu kepada MCA untuk ditandingi tetapi akhir-akhir ini akar umbi Umno melobi agar kerusi majoriti Melayu itu diberikan kepada parti itu.

MCA juga telah menamakan Ketua Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Chew Yin Keen sebagai calon manakala Umno dipercayai mahu Rizalaman bertanding di kerusi berkenaan.

DIPETIK DARI MALAYSIAKINI