Bukan menjadi satu rahsia apabila DAP berkeinginan meletakkan calon Melayu bagi membolehkan mereka mempunyai “proksi” atau calon Menteri Besar sekiranya berjaya memenangi kerusi DUN Selangor selaku majoriti terbanyak pada PRU yang akan datang.
Alat-alat propaganda mereka dalam versi bahasa Melayu seperti RoketKini telah lama bertebaran, bertujuan untuk menyebarkan dakyah-dakyah yang entah mengapa masih sukar difahami oleh sesetengah golongan orang Melayu.
Kemunculan cawangan DAP Melayu di Sepang, yang rata-rata dianggotai oleh anak muda menggambarkan terdapat kepincangan kefahaman tentang sejarah negara ini. Perkara yang sama juga berlaku di Kinrara.
Ia amat menyedihkan kerana sejarah tidak pernah berbohong. Peristiwa 13 Mei adalah contoh sikap chauvinist DAP yang tidak mengenang budi, juga melambangkan agenda sebenar perjuangan mereka. Menurut laporan Majlis Gerakan Negara (Mageran), seperti mana yang didedahkan oleh YB Zul Noordin, ketika itu Lim Kit Siang, proksi Lee Kuan Yew bersama berada di dalam perarakan, dan pada satu detik dilihat memijak-mijak bendera Malaysia dan buku Perlembagaan Negara. Itulah yang tindakan yang mempotretkan kebencian hakiki mereka kepada Negara ini.
Apakah sifat kebencian itu telah lama padam dalam hati sanubari mereka? Jawapannya tidak! Isu hitam metalik oleh Nga Kor Ming dan isu ADUN Komtar DAP yang memaki 2 wanita Melayu menunjukkan dendam kesumat itu tidak pernah padam. Malah, cadangan untuk menjadikan tarikh 13 Mei sebagai tarikh perpaduan ditentang hebat, atas alasan ianya bersifat perkauman. Sebenarnya, DAP takut seluruh rakyat tahu dan faham bahawa merekalah punca sebenar kejadian rusuhan kaum terburuk yang pernah berlaku di negara ini.
Aroma kuasa politik sungguh lazat, namun beberapa kekangan hasil dari pemikiran pejuang bangsa terdahulu membuatkan jawatan Menteri Besar terutamanya di Selangor gagal diperolehi. Sungguhpun Khalid dilihat sangat condong kepada DAP, tetapi itu belum cukup. Kuasa mutlak adalah idaman mereka.
Kini muncul cerita-cerita bahawa DAP sedang giat merekrut boneka-boneka Melayu bagi tujuan tersebut. Mengikut maklumat yang diterima, sasaran mereka adalah bekas pegawai tinggi kerajaan, yang kebanyakkan bermasalah dengan dasar kerajaan sewaktu perkhidmatan mereka, atau berdendam kepada sesetengah individu di dalam kerajaan. Bukan itu sahaja, operasi “head hunter” ini juga melihat kepada anak-anak bekas tokoh UMNO dan BN, sebagai umpan terbaik bagi melembutkan hati orang Melayu.
Agenda DAP sangat jelas, namun mengapa masih ada orang Melayu yang lupa akan sejarah bangsanya sendiri? Apakah cukup sukar untuk memahami niat dan tekad DAP berdasarkan situasi politik semasa?
Kesanggupan orang Melayu menjadi calon DAP melangkaui norma-norma kehidupan Melayu itu sendiri. Nafsu, amarah, dengki waima wang ringgit mungkin dijadikan faktor mengapa sanggup menjadi boneka si Laknatullah.
Melayu bersendikan adat, adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah.
Ingat pesan Tun M, Melayu Mudah Lupa!
No comments:
Post a Comment