Saturday, 19 May 2012

KERAJAAN PERIHATIN: TIADA YANG MUSTAHIL UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE MENARA GADING.


Azreyn Binti Zamri melakarkan senyuman bersama ibundanya yang tercinta
apabila permohonannya untuk masuk ke UiTM telah diluluskan
oleh Dato Sahol kerana memenuhi syarat kelayakan. Adik Azreyn akan melanjutkan
pengajiannya di UiTM Merbok dalam kursus Pra Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat.
Tahniah diucapkan kepada Adik Azreyn  !!!


#JDAB2012 : Dato' Sahol Terima 3781 Permohonan Lepasan SPM Setakat ini.


Semalam, Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) meneruskan siri jelajah ke negeri Kedah dan Perlis. Pelajar lepasan SPM di Utara cukup bertuah kerana Dato Prof Ir Dr. Sahol Abd Hamid selaku Naib Canselor UiTM sendiri turun padang dan telah MELULUSKAN rayuan yang dibuat oleh para pelajar serta-merta berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.





Lokasi Pertama di Kedah ialah di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bakar Bata, Alor Setar. Program ini telah dihadiri hampir 200 orang penduduk setempat. Program ini telah dihadiri oleh Ketua UMNO bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Seramai 29 lepasan SPM yang membuat rayuan untuk memasuki UiTM telah diluluskan serta-merta oleh Dato' Sahol yang disaksaikan sendiri oleh YB Dato Ahmad Bashah (ADUN Bakar Bata). Sebaik sahaja selesai menemui lepasan SPM di Bakar Bata, Skuad JDAB terus ke Pasar Nelayan Kubang Rotan, Kuala Kedah.


Dato' Latt Shariman dan Dato Prof Ir Dr. Sahol Abd Hamid bergambar bersama
bakal penuntut UiTM yang berjaya dalam permohonan MDAB

Dato' Latt Shariman dan Dato Prof Ir Dr. Sahol Abd Hamid bergambar bersama bakal penuntut UiTM yang berjaya dalam permohonan MDAB

Dato' Latt Shariman (Pegawai Khas kepada Perdana Menteri) turut bersama Skuad JDAB menemui lepasan SPM yang kebanyakan daripada mereka terdiri daripada anak nelayan. Seramai 71 orang lepasan SPM telah yang membuat rayuan diterima serta merta untuk memasuki UiTM.

Selain itu, Dato' Latt Shariman turut memberi sumbangan peribadi sebanyak RM 100 setiap seorang pelajar.



Sebaik sahaja aturcara program di Kuala Kedah selesai, Skuad JDAB terus ke SMK Putra, Kangar dalam satu Majlis Penyerahan Surat Tawaran ke UiTM program MDAB. Turut Hadir dalam Majlis tersebut YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu (Menteri Besar Perlis), Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM), Prof. Dr. Hj. Khudzir Hj. Ismal (Rektor UiTM Perlis) dan En. Mohd Faizal Daud (Pengerusi Gerakan Destini Anak Bangsa Malaysia).

Seramai 23 orang lepasan SPM melalui profram MDAB telah berjaya dalam permohonan mereka ke UiTM. Setakat ini, seramai 3781 pelajar lepasan SPM telah memohon dalam program JDAB. Tahniah diucapkan kepada semua bakal mahasiswa ini.

GAMBAR SEPANJANG JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA DI NEGERI PERLIS


PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT 

DUN BAKAR BATA





Dato Ahmad Bashah (ADUN Bakar Bata), Dato Sahol (NC UiTM), 
Prof Madya Dr. Haidar (Rektor UiTM Kedah) serta M. Faizal (Pengarah JDAB) 
antara yang hadir 
Dato Ahmad Bashah (ADUN Bakar Bata) sedang menyampaikan 
kata-kata aluan



Dato Ahmad Bashah mendengar aduan rakyat berkaitan program JDAB. 




PASAR NELAYAN KUALA KUBANG ROTAN





Adik Nur Enani Bt Kamarudin bersama ayahandanya melakarkan 
senyuman apabila permohonannya untuk melanjutkan pengajian ke UiTM berjaya..
Adik Nur Enani akan melanjutkan pengajianya di UiTM Arau dalam kursus Diploma Agroteknologi.
Adik Nur Enani mendapat 9 kredit (3A) dalam SPMnya..
sebelum ini permohonan UPUnya tidak berjaya dan hari ini rezekinya..Tahniah!!!




Azreyn Binti Zamri melakarkan senyuman bersama ibundanya yang tercinta 
apabila permohonannya untuk masuk ke UiTM telah diluluskan 
oleh Dato Sahol kerana memenuhi syarat kelayakan. Adik Azreyn akan melanjutkan 
pengajiannya di UiTM Merbok dalam kursus Pra Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat. 
Sekalung jutaan tahniah diucapkan kepada Adik  Azreyn !!!


Wajah-wajah ceria bakal mahasiswa UiTM yang telah berjaya mendapat 
tempat melalui program JDAB2012


SMK PUTRA, KANGAR











YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu (MB Perlis) menyampaikan 
surat tawaran UiTM kepada para pelajar yang berjaya 
dalam permohonna mereka sebelum ini.



Dato' Sahol sedang menyemak permohonan pelajar lepasan SPM 
untuk sesi kemasukan MDAB ke UiTM
SUMBER BY HARAPAN ESOK.

2 comments:

  1. syabas UiTM dan UMNO kerana sentiasa ada untuk membantu kaum Bumiputera

    ReplyDelete
  2. aku dari pra sains skang ngh wat master fizik kat uitm.. kalau uitm tak wat pra-dip, aku mungkin akan masuk PKR dan pastu hancurkan negara.. doakan aku lepas final presentation aku :)

    ReplyDelete