Tuesday, 21 August 2012

BERITA PILIHAN BLOG: DAH TELANJUR SAPA NAK TANGGUNG.

Ketua Pemuda Pas: 'Karpal makin keterlaluan'


SHAH ALAM - Sementara spekulasi mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi mendakwa Karpal Singh "semakin keterlaluan" kerana cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.

Katanya, pendekatan Pengerusi DAP Kebangsaan itu "bakal berdepan dengan kemarahan umat Islam."

"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.

Pandangan ini dikeluarkan ketika Karpal dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa terlibat dalam pertikaman lidah berhubung isu hukum hudud dan Negara Islam.

Isu hudud menjadi tumpuan perbincangan politik sejak Pas mengambil langkah pelaksanaan undang-undang Islam itu hampir dua dekad lalu.

Ekoran kenyataan Nasharudin bahawa Karpal seorang anti-Islam minggu lalu, pemimpin DAP itu mengeluarkan kenyataan Jumaat lalu mahu memulakan prosiding mahkamah ke atas Ahli Parlimen Bachok berkenaan.


Nasrudin Hassan Tantawi

Nasharudin menyahut cabaran itu sambil berkata bersedia untuk jumpa Karpal di mahkamah.

DAP dari awal tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Dewan Pemuda Pas Malaysia juga kesal MCA tentang dan pertikai hukum hudud, Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Utk semua: Tolong jangan pertikai hukum ALLAH," katanya lagi.

Soal hukum hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga yang dipegang oleh ketiga-tiga komponen PR.
sumber_sinarharian

KK_ memang PAS lebih percayakan musrsyidul am Karpal singh (DAPig) dalam bab hudud ni.sandiwara PAS bila dekat PRU ini..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dalam debat kata itu kenyataan Kapal Sing (Gula-Gula Ubat Batuk) 20 tahun dulu!!!!!! sekarang apa sudah jadi PAS BAHLUL!! Kapir Kapal Sing mana tau pasal hudud dulu kini dan selama-lamanya. Yang Keledai PAS!!!

    ReplyDelete