DAP Sentiasa Menentang Tindakan Lompat Parti - Karpal
GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu sentiasa menentang tindakan melompat parti.
Beliau berkata, tindakan itu adalah satu perkara yang serius kerana melibatkan pengkhianatan anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat.
"Anda tidak boleh mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan kehendak rakyat dan DAP tidak akan bertolak ansur dengan tindakan melompat parti," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Karpal juga berkata, DAP berharap pilihan raya umum akan datang adalah bersih dan calonnya juga bersih serta tidak mengkhianati rakyat.
Beliau berkata, mahkamah telah mengisytiharkan bahawa tindakan melompat parti tidak menyalahi undang-undang namun melanggar hak perlembagaan untuk kebebasanberpersatuan. - BERNAMA
KK... Pakatan haram ni tunggu nak hancur...tiada kesepakatan hanya.. Menjadi tunggangan orang yang inginkan kuasa.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment