PUTRAJAYA: Jangan jadikan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 sebagai satu polemik atau isu politik dan emosional sehingga boleh mengaburi keseluruhan transformasi politik yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, isu itu tidak seharusnya mengambil alih kepentingan agenda transformasi politik dalam beberapa undang-undang berkaitan isu keselamatan kerana apa yang lebih penting ialah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
"Terdapat banyak kekecewaan di pihak orang ramai berkaitan perkara ini di ruang siber, namun sebaliknya di alam realiti, kerana mereka tidak diberi penjelasan dan maklumat yang betul.
"Kita sentiasa bersifat terbuka dalam melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap undang-undang malah akan memansuhkannya, jika itu yang orang ramai inginkan.
"Dalam transformasi politik pula, kita mencari keseimbangan," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Najib dan Menteri Kabinet di Seri Perdana pada Ahad.
Rabu lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Kabinet sedang meneliti Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang hangat diperkatakan di alam maya, selaras arahan Najib.
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang digazet Julai lepas, dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Internet.
Kempen menentang akta itu dilakukan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduknya yang bertajuk 'Stop 114A', muncul di laman facebook serta dimuat turun pengguna Internet dalam negara.
Sementara itu, mengulas kebanjiran warga asing di Kuala Lumpur pada musim perayaan yang menimbulkan ketidakselesaan di kalangan rakyat, Hishammuddin berkata, kementeriannya sentiasa memantau golongan ini bagi memastikan mereka tidak terlibat melakukan perkara tidak diingini.
"Kita akan jaga keselamatan dan pastikan mereka tidak buat kerja lain, selain daripada bekerja di negara ini," katanya. - BERNAMA
KK... Pakatan Haram memang suka politikan kebaikan yang kerajaan BN laksana selaras dengan slogan "janji ditepati"....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment