Saturday, 25 August 2012

Dua pasangan badminton negara mara ke peringkat akhir Terbuka Vietnam

KUALA LUMPUR - Dua pasangan badminton negara masing-masing dalam acara beregu wanita dan beregu campuran mara ke pusingan akhir Kejohanan GP Terbuka Vietnam di Stadium Phan Dinh Phung, Hanoi hari ini. 

Dalam perlawanan disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen berbayar Astro, pasangan adik beradik Ng Hui Ern dan Ng Hui Lin menundukkan pasangan Thailand Porntip Buranaprasertsuk dan Busanan Ongbumrungpan  dengan keputusan 18-21, 21-14 dan 21-10 dalam masa 55 minit. 

Rentak kecemerlangan skuad badminton negara diteruskan beregu campuran Tan Aik Quan dan Lai Pei Jing yang menumpaskan pasangan Indonesia Fran Kurniawan dan Shendy Puspa Irawati dengan keputusan 23-21 dan 22-20 dalam masa 35 minit.

Seorang lagi beregu campuran negara, Ong Jian Guo dan Lim Yin Loo bagaimanapun gagal mengikuti jejak dua pasangan tersebut selepas terpaksa berhempas-pulas selama 50 minit, sebelum tewas 21-10, 15-21 dan 18-21 kepada pasangan Indonesia Markis Kido dan Pia Zabedah Bernadeth. 

Pada perlawanan akhir esok, Hui Ern dan Hui Lin akan menentang pasangan Indonesia Pia Zabedah dan Rizki Amelia Pradipta. 

Pasangan campuran Tan Aik Quan dan Lai Pei Jing pula akan bertemu pasangan Indonesia Markis Kido dan Pia Zabedah. - Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment