Tuesday 7 August 2012

Gempar !!! Ada Lagi Timbalan Menteri yang Bakal Tinggalkan UMNO ?


 


Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah antara Timbalan Menteri UMNO yang acap kali dilanda kontroversi politik. Sebelum ini cerit panas sahaja yang menyelubungi cerita politik beliau bermula dengan kes tindakan sambil lewa kononya membiarkan perbuatan mahasiswa haluan kiri bertindak melampau sehingga mencetuskan demostrasi dan juga Himpunan Dataran bagi menuntut kebebasan akedemik mahasiswa.

Tindakan sambil lewa itu telah dipertikaikan ramai pihak dan ramai yang melihat beliau gagal menjadi seorang Timb. Menteri yang bertanggujawab pada ketika itu.
Kerana sinonim dengan politik baru- ‘world view’ itulah ramai telah melihat kiblat politinya condong kearah pembangkang. Namun apa yang disangka jadi hakikatnya tidak menjadi-beliau masih lagi kini bersama UMNO dan pemerintah.

Cerita kononya beliau dipelawa menerima pelawaan Ketua Umum, PKR mula menghangatkan kembali kemelut politik yang melanda dirinya. Adakah beliau akan turut keluar UMNO dan menerima pelawaan PKR setelah menerima pelawaan dari akaun Twitter Anwar? Blog ini ada jawapanya!

Pelawaan itu bagaimanapun turut ditolak Saifuddin menggunakan akaun Twitter dengan menyebut,”Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah.”

Akaun Twitter palsu Anwar jemput Saifuddin sertai PR

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) hari ini menolak tawaran menyertai Pakatan Rakyat (PR) oleh “Datuk Seri Anwar Ibrahim” yang dikemukakan kepada beliau menerusi laman Twitter miliknya.

Pelawaan itu bagaimanapun turut ditolak Saifuddin menggunakan akaun Twitter dengan menyebut,”Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah.”

Tawaran menyertai PR itu bagaimanapun dibuat oleh satu akaun Twitter palsu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan akaun Twitter Ketua Pembangkang yang sebenar ialah @anwaribrahim.

Dipetik Sinar Harian Online, Saifuddin menegaskan beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.

“Kalau saya tidak jawab, saya kenalah,” kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa “palsu atau tidak, saya masih kena jawab.”

Ibu Pejabat PKR turut dilihat membuat penjelasan berhubung perkara itu bagi mengelakkan kekeliruan terus berlaku.

“Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu — akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq,” kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.

Saifuddin turut membalas mesej Anwar dengan berkata, “terima kasih atas penjelasan – gentleman.”

SUMBER : Khazanah Minda Politik Melayu

No comments:

Post a Comment