JPJ Kedah Buka Tender Nombor Pendaftaran 'KDH'
ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah membuka tender nombor pendaftaran siri KDH bermula Rabu.
JPJ Kedah dalam kenyataan di sini berkata, tender nombor pendaftaran KDH itu dibuka sehingga 15 Ogos.
Borang tender boleh didapati di semua pejabat JPJ dan melalui laman web www.jpj.gov.my.
Keputusan tender akan diketahui 3 September depan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Korporat JPJKedah di talian 04-7404888 atau datang ke pejabat JPJ Kedah di Jalan Suka Menanti di sini. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment