Wednesday, 8 August 2012

Samun berparang !! di Ladang Kupang


IMG_3390SUMBER : Mohd Rizal bdullah

BALING-Sebanyak RM 81,000 gaji pekerja Ladang Kupang berdekatan Kampung Tanjung Merbau, Mukim Kupang lesap dalam kejadian samun bersenjata di Ladang tersebut kira-kira jam 12 tengahari, tadi.
Kejadian berlaku ketika pengurus ladang berkenaan bersama dua pekerjanya dalam perjalanan pulang membawa wang tersebut untuk diserahkan kepada kira-kira 100 pekerja ladang itu.
Pengurus Ladang, Ahmad Zaki Hussin berkata,kereta yang dinaikinya itu ditahan oleh empat orang lelaki yang menggunakan motosikal.
samun1
“Pekerja saya yang juga pemandu kereta tersebut memperlahankan kenderaan kerana tidak menyangka keempat-empat lelaki terbabit adalah penyamun.
Menurutnya, dia dan pekerja lain tergamam setelah mendapati dua orang lelaki terbabit mengeluarkan parang dan kapak seterusnya memecahkan cermin tingkap kenderaan mereka.
“Salah seorang lelaki terbabit menjerit dan mengarahkan saya memberikan beg yang mengandungi wang tunai itu. Saya tidak pilihan melainkan menyerahkan beg tersebut,” katanya yang berada di kerusi hadapan penumpang.
samun2Ahmad berkata, dia bersama pekerjanya itu bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
“Saya dan rakan kemungkinan mengalami kecederaan parah kerana penyamun terbabit sekiranya bertindak mempertahankan wang tersebut,” katanya.
Menurutnya dia tidak mengsyaki sesiapa dalam kejadian itu tetapi terlihat bekas pekerjanya berdekatan bank ketika dia mengeluarkan wang tersebut.
IMG_3389“Pekerja itu telah dibuang kerja sejak beberapa minggu lalu. Namun, saya tidak pasti adakah lelaki terbabit terlibat dalam kejadian ini ataupun tidak,” katanya.
Kejadian yang dipercayai telah dirancang ini dilakukan oleh mereka yang berusia lingkungan 30 an.

No comments:

Post a Comment