Tuesday, 4 September 2012

Sham Kamikaze persoal 'Gangnam Style'


Sana sini, masyarakat memperkatakan mengenai muzik lagu Korea, Oppa Gangnam Style atau lebih dikenali Gangnam Style yang mencipta fenomena termasuk di negara kita.


Meraih populariti berganda secara mendadak sejak video tarian ini diperkenalkan melalui Youtube, Jae Sang Park, atau PSY mencuri perhatian ramai.



ngnam StyleSehingga kini, jumlah tontonan video lagu ini di Youtube melebihi 80 juta penonton sekali 
gus mengangkat nama PSY sebagai superstar.

Tarian pelik seakan tarian kuda yang diperkenalkan mengundang gelak ketawa penonton. Selain itu, elemen lawak, rap dan kepelbagaian warna menjadikan video ini mendapat jolokan ramai.


Merungkai maksud Oppa Gangnam Style, ada mendakwa ia bermaksud I love Gangnam Style dan ia merujuk kepada gaya hidup mewah di daerah Gangnam, Seoul.



Ia juga diistilahkan sebagai Gang (River) dan Nam (Selatan). Namun ada juga yang menyifatkan Gangnam bermaksud, 'Saya Ingin Menjadi Yahudi'.



Sebetulnya, masih banyak perkara tersurat yang tidak kita ketahui menerusi lagu ini.



Walaupun gaya muzik Korea Selatan ini mencetus fenomena hebat di negara kita, namun ia masih mendapat tentangan beberapa pihak. Penceramah bebas, Sham Kamikaze, menerusi Twitternya, berkata, umat Islam tidak sepatutnya terikut dengan budaya luar.



"Saya sendiri tidak pasti apa itu Gangnam Style, tetapi apa saya tahu, di Youtube ada jutaan yang menonton termasuk umat Islam.

Sham Kamikaze
"Walaupun ia menjadi fenomena, namun persoalannya, mengapa kita senang terikut dengan apa jua budaya yang dihidangkan?


"Sepatutnya kita harus menilai dan mengambil kira hukum di sisi ALLAH SWT," katanya.



Seni kreatif: Zed Zaidi



Menganggap fenomena itu sebagai seni baru, Presiden Seniman, Zed Zaidi, menerima kehadiran muzik tarian unik ini.



Walaupun ramai yang menyelar penyebaran muzik video ini, namun bagi Zed, tiada apa yang perlu dimanipulasikan.

"Muzik Gangnam Style tiada apa yang pelik. Ia hanyalah idea baru yang mempunyai karakter tersendiri dan boleh dikongsi bersama. Tanpa saya sedari, muzik ini mendapat perhatian dan berjaya menarik minat jutaan penonton.
"Tiada apa yang negatif kerana itu cara muzik baru yang kreatif. Cuma, ada bahagian paparan video tidak elok dipertonton kepada kanak-kanak.
"Selain itu, semuanya ok sahaja. Tarian juga sangat menarik dan lebih kurang sama dengan cara menunggang kuda," katanya.


"Setiap seni yang baru harus dihargai. Jangan hanya pandai memanipulasikannya tanpa menampilkan bukti bahawa muzik itu salah atau bertentangan.

"Bagi saya, ia hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan boleh dijadikan cara senaman," katanya.

No comments:

Post a Comment