Tuesday, 2 October 2012

DAP Bidas PKR Isu Kabinet 'Bayangan'.

Wayang opera cina yang dimainkan oleh PR semakin semakin terserlah... Apabila sikap talam 2 muka antara PKR, PAS dan DApig semakin terbongkar. Pakatan yang dibina mereka sememangnya jelas hanyalah untuk mengabui Rakyat serta untuk memiliki kuasa. Tetapi bukan atas Perpaduan semangat setiakawan.

KUALA LUMPUR: DAP membidas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi sekutu mereka dalam pakatan pembangkang apabila mengeluarkan senarai kabinet bayangan sendiri sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Naib Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw berkata, PKR tidak sepatutnya terburu-buru mengeluarkan senarai kabinet bayangan mereka kerana pembangkang masih belum memenangi majoriti kerusi Parlimen bagi membolehkan pakatan itu membentuk kerajaan.

"Itu direka-reka...kenapa kita perlu keluarkan (senarai) sekarang kerana kita tak tahu siapa yang akan menang dan siapa yang tidak.

"Dalam erti kata lain, senarai Kabinet itu akan terpulang kepada rakyat untuk tentukannya," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai senarai 20 pemimpin PKR yang didakwa Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei akan menerajui jemaah menteri sekiranya menawan Putrajaya.

Mengulas lanjut mengenai senarai kabinet bayangan pakatan pembangkang, Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan diperingkat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Tegas beliau, pakatan pembangkang sama sekali tidak pernah membuat senarai calon bagi mengisi jawatan dalam kabinet kerajaan sekaligus menyifatkan senarai itu hanya rekaan semata-mata.

"Siapa yang buat senarai? Senarai tu bukan ditetapkan dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan. Saya tak tahu. Hampir setiap mesyuarat Pakatan saya hadir tapi tak pernah dibincangkan pun," katanya.

Bagaimanapun Tan mengakui pembangkang mempunyai calon pemimpin yang layak danberwibawa, namun katanya itu tidak menjamin kedudukan mereka dalam kabinet sekiranya mereka tewas dalam pilihan raya.

"Kita belum tahu lagi. Bila kita menang pilihan raya nanti baru kita buat keputusansiapa yang layak, siapa yang tak. Perdana Menteri berhak pilih orang yang paling berkaliber," katanya

Sumber.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment