Friday, 26 October 2012

Purata Golongan Muda Malaysia Adakan Seks Pertama Pada Umur 23 Tahun


KUALA LUMPUR: Belia Malaysia yang masih belajar atau kekal berada dalam persekitaran akademik adalah lebih cenderung untuk menangguhkan pengalaman seksual pertama mereka, menurut satu kajian.

Kajian "Face of Global Sex Report 2012" oleh Durex berkata, golongan muda di Malaysia secara purata akan menghadapi pengalaman seksual pertama mereka pada usia 23 tahun dan menerima pendidikan seks dari umur 15 tahun, berbanding purata 12 tahun di negara-negara seperti Austria, Jerman dan Mexico.

Kajian itu turut menunjukkan bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang mengamalkan seks yang selamat, berada pada kedudukan ke-13 di kalangan 37 negara yang terlibat dalam kajian secara global.

Selain itu, kira-kira 54 peratus daripada responden di Malaysia berkata, mereka lebih cenderung untuk menggunakan kondom ketika pertama kali melakukan hubungan seks berbanding rakyat Singapura dan Indonesia.

Ia turut mendapati hampir 67 peratus responden rakyat Malaysia berkata, mereka tidka pernah mengalami kehamilan yang tidak dirancang, meletakkan negara ini pada kedua terakhir dalam rantau Asia Tenggara.

Ini adalah kajian yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menerima pendidikan seks pada usia agak lewat iaitu 15 tahun, tertua kedua selepas India.

"Ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara amnya bertanggungjawab apabila melakukan seks. Ini akan mengurangkan kemungkinan jangkitan kelamin dan kehamilan yang tidak dirancang, yang mengakibatkan kesan kesihatan seksual yang lebih positif dalam kehidupan," kata Nikhilesh Kalra, Pengarah Komersial Strategik Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura.

Reckitt Benckiser merupakan syarikat yang mengeluarkan kondom jenama Durex.

Brazil, Greece dan Korea Selatan merupakan tiga negara dengan kadar tertinggi bagi pengguna kondom manakala mereka yang berada di bawah adalah Indonesia, Republik Czech dan New Zealand.
Sumber: Mstar


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment