Monday, 15 October 2012

TERUJA !!! Bila ADUN-ADUN P"Gay"R Bukan Islam dah Mula Masuk Masjid .



Beberapa bloggers dan cybertroopers Pakatan Haram mula memainkan gambar di atas bagi menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin P"Gay"R Perak mula mendekati Islam. Kelihatan Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah masjid selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah agama.

Gambar ini di petik dari Blog CTS Bagi bersangka baik, CTS yakin YB-YB berkenaan telah suci daripada hadas besar untuk duduk di dalam rumah Allah SWT. Kita berharap YB-YB DAP berkenaan hadir mendengar ceramah untuk mendekati Islam dan bukannya dengan niat tipu daya untuk mengambil hati orang-orang Islam di kawasan berkenaan. Maklumlah, PRU13 sudah dekat. Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Haram terutama DAP akan berbuat apa sahaja untuk "membeli" undi orang-orang Islam. Tak gitu?

Bukannya apa. CTS tidak pernah lupa YB Chan Ming Kai yang pernah menimbulkan kontroversi bertakbir sempena Aidil Fitri di sebuah rumah milik orang Melayu pada 2009, hari ini sekali lagi menunjukkan sikap di luar tabi'i dengan menyerbu naik ke podium Speaker DUN Perak dan menghentak meja Speaker, Dato' R. Ganesan yang sedang mengendalikan persidangan.

No comments:

Post a Comment