Sunday, 25 November 2012

Gempar !!! Kisah Peronda Polis Bawa Gadis Kampung Sungei Way.

Artikel yang dikatakan di tulis Oleh
Dr. Hamdan Adnan 

Terbaca di Blog Mazidul berkenaan dengan satu berita yang kurang menyenangkan di mana satu lagi berita mengenai kenakalkan "Polis" Malaysia berkelakuan........

KERETA PERONDA POLIS 'BERGONCANG' DI SUNGEI WAY?

Malam tadi saya bersama kru 666, Razali dan Suhaimi melakukan tinjauan ke Sungei Way, Petaling Jaya, Selangor.

Lokasi, rumah teres dijadikan asrama pekerja kilang wanita, majoriti berasal dari Indonesia.


Saya difahamkan, dahulu kawasan itu meriah di malam hari. Ramai gadis kilang bersidai di beranda rumah sewa, kekadang tanpa memakai coli.

Namun hasil tinjauan setengah jam bermula pada kira-kira jam 11.30 malam tadi, berbeza. 

Kami hanya melihat beberapa gerai menjual minuman suram beroperasi, dipenuhi pelanggan warga Indonesia. Semua rumah sewa kelihatan lengang. Tiada pula gadis Indonesia duduk beramai-ramai di beranda sambil melambai setiap pemandu kenderaan melintasi rumah sewa mereka.

Saya dan rakan ke lokasi itu, selepas terbaca artikel tulisan Dr. Hamdan Adnan, mendakwa beberapa gadis Indonesia dijadikan 'mangsa', pemuas nafsu polis. Penulis sama juga mendakwa, SETIAP MALAM, anggota polis melakukan rondaan membawa gadis warga asing ke kawasan gelap di Kampung Sungei Way,  kenderaan dipandu kemudian diberhentikan di kawasan terpencil lagi gelap untuk mereka 'bergembira'.

Tambah penulis lagi, dia mendakwa beberapa kali mengekori kereta peronda polis dari jauh dan melihat kenderaan itu 'bergoncang'.

Teringin benar saya untuk merakamkan visual atau gambar itu JIKA benar berlaku.

Dr. Hamdan juga mendakwa, mengikut khabar angin, fail kes bunuh boleh 'dihilangkan' dengan bayaran RM1 juta. Baca selanjutya Baca selanjutnya di sini 

No comments:

Post a Comment