Rakyat Kedah kehilangan sebuah IPT yang dimajukan oleh kerajaan negeri, namun tergadai Sya'ya bekas CEO Insaniah Holding telah membuat tawaran untuk membeli KUIN. Dahulu makan gaji di KUIN sekarang nak beli KUIN disebabkan 'kecuaian' dan 'kebodohan' pentadbiran kerajaan negeri.
KUALA NERANG – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.
Beliau mendakwa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat dari sebuah syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas.
“Ada surat menyurat dari syarikat swasta kepada kerajaan negeri Kedah berhubung dengan proses pengambilalihan Kuin dari kerajaan negeri kepada syarikat swasta.
“Kita minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai surat tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dekat sini hari ini.
Beliau berkata, pengambilalihan itu akan memberi kesan kepada pelajar kerana pihak swasta sudah pasti mahu mengaut keuntungan yang tinggi berbanding dengan kerajaan negeri.- BERNAMA
Malas.... nak komen banyak-banyak... Kalau cerita ini betulpun, Puak-Puak PAS tak akan percaya. Mereka RELA sebuah institusi pengajian itu hancur dulu baru nak "melatah" Contoh berkenaan BALAK. Dapat musibah baru nak "BERDEMO" dan terlambat dah....
Mesti mereka akan cakap ini cerita rekaan UMNO yang dengki. Memang Puak-Puak PAS dah kena "Air Kankang" Pemimpin PAS.....ITU LAH PAS....
No comments:
Post a Comment