Menjelang PRU 13 dijangkakan berlangsung bila-bila masa saja dari sekarang dan sebagaimana biasa, makin dekat musim pilihanraya maka kian aktiflah para 'ULARMAK' dari PAS mendendangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud
Hudud: PAS Mahu Tonjol Diri Selepas Kian Tenggelam Dihimpit DAP, PKR
KUALA LUMPUR, 23 Nov - Cakap sahaja berdegar-degar, begitulah PAS apabila sekali lagi mengulangi janjinya mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia jika tiba masanya dan tidak akan memaksa bukan Islam menerimanya.
Ibarat tong kosong, PAS kali ini berhasrat melaksanakannya melalui proses demokrasi, suatu umpan yang sudah acap kali dijadikan modal untuk meraih kesetiaan anggota parti.
Selain bermatlamat mahu menarik sebanyak mungkin undi di kalangan orang Islam khususnya Melayu, hudud juga dijadikan sandaran PAS demi menjayakan cita-cita bersama sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menawan Putrajaya.
Kalangan pemerhati politik berpendapat, selain menjadikan hudud sebagai sandiwara politik, ia dilihat bertujuan melonjakkan nama PAS yang kian tenggelam dihimpit DAP dan PKR.
Ada juga pandangan yang menyatakan, semakin hangat sesuatu isu itu diperdebatkan, semakin menonjol jugalah pihak yang membangkitkan isu tersebut.
Isu hudud secara tidak langsung memberi 'kredit' kepada PAS yang kian tenggelam berbanding sekutunya dan ia dilihat sebagai usaha terakhir parti itu membina momentumnya sendiri sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Tanpa penjelasan bagaimana hukum hudud boleh dilaksanakan di Malaysia, isu hudud yang tenggelam timbul dan bermusim ini sebenarnya lebih banyak menimbulkan spekulasi dan polemik yang meresahkan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Mampukah isu hudud ini meyakinkan semula orang Islam khususnya Melayu kepada PAS sedangkan sebelum ini lagu serupa turut didendangkan parti itu, yang sehingga kini masih belum menjadi realiti?
Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata hudud tidak sepatutnya menjadi alat politik dan adalah lebih elok ia diperjelaskan oleh pakar akademik jika parti itu benar-benar ikhlas mahu melaksanakannya.
"Biar ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu yang menjelaskan apakah hudud dan ia adalah lebih menyakinkan daripada ia dibincangkan di kalangan ahli politik yang akhirnya menjadi alat politik.
"Saya minta berhentilah menggunakan hudud sebagai senjata politik atau menjadikannya sebagai batu loncatan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mahmood Zuhdi, yang juga Pesuruhjaya Suhakam (Pendidikan dan Perhubungan Awam), berkata ahli politik juga tidak seharusnya bercakap apa-apa yang di luar kemampuan mereka.
Pada Ahad lepas selepas Muktamar Tahunan PAS ke-58, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa hukum hudud adalah hak eksklusif parti itu untuk melaksanakannya di negara ini apabila tiba masanya.
Jika benar hukum hudud itu hak eksklusif PAS, mengapa ia masih tidak dilaksanakan di Kelantan dan Kedah yang mana PAS adalah majoriti di kedua-dua negeri itu?
Pengerusi DAP Karpal Singh pada 16 Nov menegaskan beliau tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussein berpendapat isu hudud yang "didendangkan" PAS tidak lebih daripada modal politik.
"Sebenarnya PAS tidak serius pun nak laksana hudud... ia hanya untuk pancing undi sahaja. Isu ini sengaja dibangkitkan kembali semata-mata mahu menambat hati ahli PAS yang kian pudar sayangnya kepada PAS," katanya kepada Bernama.
Kerajaan PAS Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II yang melibatkan hukum Hudud, pada persidangan Dewan Undangan Negeri 1993 dan mendapat sokongan padu semua anggota, tetapi ia masih tidak dilaksanakan.
Ahmad Atory tidak menafikan hudud sengaja dibangkitkan semula sebagai strategi menonjolkan parti itu di mata rakyat selain bertujuan membina momentum dalam berhadapan pilihan raya umum ke-13 kelak.
"Tetapi pengundi hari ini bijak dan buka mata. Doa pemimpin PAS yang mahu Umno dan Barisan Nasional (BN) hancur juga sudah cukup untuk menjejaskan imej PAS di mata rakyat," katanya.- BERNAMA
P/S : itu HELAH sejak dulu hingga sekarang oleh 'tatok-tatok' PAS, tak lebih tak kurang hanyalah bertujuan supaya penyokong PAS terus lena dibuai mimpi indah. Realitinya, jauh panggang dari api.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment