Monday, 19 November 2012

RM 65K Untuk tampung Perbelanjaan BAS MEWAH "Anu waris".



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui bahawa beliau membiayai sepenuhnya kos pembelian bas dua tingkat yang akan digunakan pakatan pembangkang sepanjang kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 tanpa melibatkan dana kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata kononnya beliau membayar sebanyak RM10,833 sebagai ansuran bulanan bas bernilai hampir RM650,000 yang dibuat melalui konsep sewa beli. 

“Bas untuk kempen pilihan raya ini pembeliannya dibuat secara persendirian. “Saya turut galakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk buat kajian dan saya (sanggup) memberikan dokumen berkaitan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) pada hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini. 

Mohamad Satim bertanyakan sama ada kerajaan negeri melakukan proses audit bagi memastikan transaksi pembelian bas itu betul, telus dan bertanggungjawab. 

Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berkata kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri olehnya untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenal pemimpin pembangkang kepada rakyat. 

Bas yang didaftarkan atas nama Abdul Khalid, dengan lesen diberikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan itu, boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.

 

Jadi SPRM bila nak masuk buat penyiasatan

No comments:

Post a Comment