Abdul Hadi Awang |
"Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat. Firaun berucap, 'aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku'.
SHAH ALAM: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) mendapat kritikan sinis Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan program itu turut diberikan Firaun kepada rakyat pada zaman dahulu.
"BR1M bukan perkara baru, Firaun pernah bagi bantuan...kekayaan itu digunakan untuk menyesatkan rakyat, bukan membina rakyat.
"BR1M itu duit kamu, ambil...kamu (penerima BR1M) bukan ayam, itik...bagi makan dedak, kita makan ayam itu balik," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Isnin.
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan mengeluarkan kenyataan menyamakan usaha kerajaan Persekutuan memberikan bantuan kepada mereka yang layak menerusi BR1M, seperti ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.
Mursyidul Am PAS itu juga dilaporkan berkata, pemberian wang ringgit itu sangat mendapat sambutan kerana ia diibaratkan sama seperti ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata PR tidak berhasrat untuk memerintah sepanjang hayat sekiranya berpeluang menawan Putrajaya pada PRU-13.
"Jika kita menang kerajaan PR tidak berlagak jadi Tuhan, tetapi kita sedia dihukum dengan demokrasi yang adil. Kita juga bukan mahu memerintah sepanjang hayat," katanya.
Beliau turut menasihatkan agar pemimpin PR tidak bertelingkah sesama parti komponen kerana ia hanya akan memberikan kelebihan kepada seteru mereka, Barisan Nasional (BN).
“Kita buktikan perpaduan dalam PR...walaupun kita berbeza pendapat, bertelingkah, berdebat, tetapi apabila mengacau gula, teh dan kopi, kita tidak memecahkan cawan itu. Jika PAS, DAP, PKR bergaduh...BN yang kenyang,” katanya.
mstar.
Komen dari blog:
Sama lah Saidina Umarr r.a jd Khalifah ambik duit di Baitul Mal(Duit Kerajaan) utk bagi pada org miskin2 di Madinah..bukan duit saidina Omar, Hanya sebagai pemegang amanah shj. Knapa hj Hadi tak ambik contoh Saidina Umar?
No comments:
Post a Comment