Wednesday, 27 February 2013

Kenapa Kedah Perlu 'Tewas' kepada Johor DT #luaskankuasamu @ASTROARENA #jdt #fam

"Kita tunggu dan lihat apa keputusan yang bakal dilakukan oleh FAM selepas ini sama ada akan terus menghukum TMJ atau pun sebaliknya"

Keputusan penuh Kedah FA vs Johor Darul Takzim Piala FA 2013 berkesudahan seri 2 - 2. Kedua-dua gol kedah dijaring oleh Khayril muhaimin manakala Johor DT dijaringkan 'awang import' Guiza. Tetapi Johor DT bernasib baik apabila memenangi perlawanan tersebut pada pertemuan sepakan penalti.


KUALA LUMPUR - Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan peraturan melarang anggota gabungannya menegur atau mengkritik badan induk bola sepak negara itu boleh menyebabkan mereka bakal kehilangan ramai 'kawan' yang jujur dalam membangunkan bola sepak negara.
   
Pengkritik sukan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata Artikel 88 Statut FAM yang melarang anggotanya termasuk jurulatih dan pemain mengkritik badan induk itu, boleh mengundang perasaan jelek peminat bola sepak tempatan terhadap FAM.
   
"FAM seharusnya lebih bersifat terbuka menerima kritikan kerana ia dapat membantu menambah baik persatuan itu dan bukan terus menjatuhi hukuman ke atas pihak yang membuat teguran. Saya bimbang suatu hari nanti semua orang jemu dengan tindakan FAM.
   
"FAM sepatutnya lebih risau prestasi skuad Harimau Malaya yang semakin merudum sejak kebelakangan ini dan bukannya sibuk menjatuhi hukuman terhadap anggota gabungannya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
   
Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi mangsa terbaru Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila digantung dua tahun enam bulan dan didenda RM39,000 kerana kesalahannya mengkritik badan induk itu.


Pada tahun lepas, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua setengah tahun kerana melanggar peraturan yang sama.
   
Sebelum itu, dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil menjadi 'mangsa' hukuman FAM berikutan kritikan mereka terhadap badan induk itu.
   
Sementara itu, jurucakap Utras Malaya, Lekir Ahmad berkata tindakan FAM menjatuhi hukuman kepada persatuan negeri dan individu yang mengkritik badan induk itu hanya membuatkan penyokong bola sepak negara semakin membenci FAM.
   
"FAM memang dibenci peminat sejak dari dulu lagi kerana mereka tidak pernah menghormati atau mendengar cadangan daripada peminat sedangkan bola sepak adalah milik masyarakat dan bukannya milik FAM," katanya.
   
Beliau berkata peminat dan persatuan bola sepak negeri boleh diibaratkan sebagai mentimun dan FAM pula adalah durian yang sentiasa kebal dan tidak terjejas dengan apa jua kritikan.


Lekir berkata kelab penyokong bola sepak Malaysia itu menyokong tindakan berani Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan yang dikatakan lemah, bukan sahaja pada perlawanan membabitkan Johor Darul Takzim (Johor DT) tetapi dalam hampir semua saingan Liga Malaysia.
   
"Kita tunggu dan lihat apa keputusan yang bakal dilakukan oleh FAM selepas ini sama ada akan terus menghukum TMJ atau pun sebaliknya," kata beliau.
   
Sementara itu, menurut sumber dalaman FAM, Artikel 88 FAM menyebabkan mereka terpaksa 'mengunci mulut' masing-masing daripada mengemukakan sebarang kritikan atau pun teguran kepada FAM.
   
"Kita tidak boleh terlampau dalam mengeluarkan kenyataan kerana terikat dengan peraturan FAM...sekiranya FAM berkuasa menjatuhi hukuman kepada naib presiden, inikan pula kepada ahli biasa," katanya. - Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


2 comments:

  1. Perlawanan antara kedah dengan johor DT malam tadi. saya tengok pengadil tu macam nak bagi johor menang je.kau orang perasan tak selepas johor dapat dua gol. pengadil tu dah tak bagi sepakan percuma.walaupun berlaku kekasaran..pelik ye.

    ReplyDelete