Sunday, 17 March 2013

Isu #LahadDatu : Dewan Ulama PAS "sanggah" keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. @hmetromy




Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah sebagai  'syahid dunia'.

Kenyataan dibuat Harun itu sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak yang mempertikaikan status kematian perwira negara sebelum ini dan menjelaskan mereka terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Sabah.

“Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, di sini.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.

“Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya. Sinar

Terdahu sebelum ini, 
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berpendirian bahawa anggota-anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan keselamatan rakyat dan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah baru-baru ini tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, kematian mereka dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan negara adalah sangat mulia di sisi agama.

“Jasa dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan tersebut sangat besar kepada negara kerana mereka terkorban dalam mempertahankan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.

“Saya menyeru semua pihak berdoa mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran setimpal atas jasa dan pengorbanan besar yang telah dilakukan mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KK masih bingung dengan dengan pendirian PAS ini,
Jasa anggota keselamatan gugur pertahan negara tak ternilai apakah keputusan Dewan Ulama di dorong oleh sekutunya DAP dan keadilan.
 

5 comments:

  1. Lantaklah dia orang ni.. Mati ketika bersih baru syahid kot?. Yang penting mereka menjalankan tugas dan mati ketika melaksanakan tanggungjawab adalah besar pahalanya.. lain biar allah yang tentukan.

    ReplyDelete
  2. Saat genting begini, kita tak perlulah nak pertikai status syahid wira negara. Memadai kita tahu mereka telah berkorban. Serahkan kepada Allah kerana hanya Dia yang layak membalas perbuatan makhlukNya. Nanti mengganggu perasaan dan jiwa keluarga wira. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Apa kamu mahu negara kita dibiarkan begitu sahaja, apa kamu nak biar mereka datang dan ambil hasil kamu, rampas tanah air kamu, hak2 kamu, kemudian baru kamu nak suruh tentera kembali mengusir mereka untuk kamu baru kamu kata mereka akan mati shahid dunia akhirat.
    Jgn lunturkan semangat juang anak2 kamu diperbatasan negara...mereka sedang pertaruhkan nyawa meraka untuk kamu hidup bersenang lenang berpolitik disini.

    ReplyDelete
  4. Harun Taib orang PAS. PAS sentiasa dengki dengan keadaan keselamatan yang dijaga oleh Kerajaan BN. Yang hukum Perwira Negara yang terkorban menentang PENCEROBOH adalah ualq dalam semak. Jangan dok heran lah.

    PAS bersekongkol dengan penyangan nak gagalkan Pilihanraya di Sabah maka depa minta bantuan lanun yang memang suka makan upah. Serang Sabah kononnya Bornio Utara tu Lanun Kiram punya.

    ReplyDelete
  5. Kata Guru saya bersangka baiklah dengan yang terkorban dan sangka baiklah dengan Kputusan Majlis Fatwa...

    ReplyDelete