Panas eehhhhh.... Memang "kaki putaq" si Diktator Azizan Razak bersama regim-regimnya. Awat dangkal sangat otak MB ni... kalau nak tunjuk hebatpun fikir-fikirlah sama orang lain. kesukarkan dan kesusahan kepada pelajar-pelajar Insaniah ni.
Lebih malang lagi ada diantara pelajar terpaksa menumpang di kem PLKN yang dahulu pernah di kritik pembangkang. 500 pelajar dari lima Kulliyah pengajian terpaksa dihantar ke beberapa lokasi jauh dari kampus seperti Kem Paya Pahlawan Jitra, Kem PLKN Baling dan Sedim(Kulim).
Pelajar Insaniah kecewa tiada asrama.
Antara barangan
ditinggalkan pelajar dalam dewan besar Insaniah sementara menunggu ditempatkan
di asrama. Mahasiswa Kolej
Universiti Insaniah (Insaniah) kecewa terdapat mereka masih tidak mendapat
penginapan apabila mendaftar di kampus Kuala Ketil bagi memulakan pengajian,
semalam.
“Saya kecewa dengan apa yang berlaku. Sebelum ini pengurusan Insaniah berjanji pelajar yang dipindahkan dari kampus Alor Setar dan Sungai Petani akan menduduki asrama sebaik tiba bagi memulakan pengajian,” katanya.
Menurutnya, namun sebaliknya berlaku apabila ketika hadir mendaftar diri, kelmarin, pelajar dan waris dimaklumkan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar, Rohani Desa ketika taklimat, bahawa penginapan pelajar akan berpindah ke lokasi luar kampus.
“Difahamkan perubahan saat akhir itu dibuat bagi mengelak Insaniah dikenakan tindakan kedua oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana menjadikan bilik kuliah sebagai asrama,” katanya.
Musab selaku jurucakap Gerakan Mahasiswa Prihatin Kuin berkata, sebahagian pelajar merungut kerana mereka dipindahkan ke Jitra, kelmarin, manakala sebahagian pula tidur di dewan besar Insaniah.
“Kami dilanjutkan cuti hampir dua bulan walaupun cuti pertengahan sepatutnya seminggu. Tambahan cuti enam minggu itu adalah untuk pastikan asrama pelajar siap 16 Mac, tetapi ia masih tak siap,” katanya.
Menurutnya, proses penempatan pelajar bertukar kelam kabut kerana tidak dipastikan di mana lokasi penginapan pelajar.“Kami kecewa proses perpindahan ini mengganggu dan jejaskan mood belajar,” katanya. Musab berkata, pentadbiran sepatutnya menyediakan penginapan alternatif lebih awal sebelum pelajar tiba, bukan menunggu di saat akhir.
“Hari itu, kami baru dimaklum perlu pindah lokasi lain. Kami dipindah ke Kuala Ketil, ke Jitra dan kemudian pula ke Baling dan Kulim. Ini menyusahkan pelajar dan sebabkan waris bimbang,” katanya.
Sehubungan itu, Gerakan Mahasiswa Prihatin mengemukakan tiga tuntutan terhadap pentadbiran Insaniah demi kebajikan pelajar.
Perpindahan pelajar ke kampus Kuala Ketil peringkat pertama ini melibatkan Kulliyyah Muamalat, Perhotelan, Kejuruteraan, Multimedia dan Pusat Pengajian Asasi.
Pada 10 Mac lalu, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Dr Rujhan Mustafa berkata, pengurusan memberi jaminan asrama pasang siap untuk 1,800 pelajar dijangka siap 17 Mac. Ini kerana pihaknya memaklumkan bangunan kuliah tidak boleh dijadikan asrama sementara pelajar, dan tindakan boleh diambil.
Sedih bila KK lihat pelajar terpaksa begerak jauh semata-mata kebodohan dan ketidakcerdikan MB kedah ini.
P/S : inilah akibatnya, bila cerdik tak boleh di tumpang, bodah tak boleh di ajar..
No comments:
Post a Comment