Prinsip menghalalkan cara. Sedangkan kalimah ALLAH pun mereka sanggup jual inikan pula simbol bulan yang kecil nilainya. Terpenting bagi golongan ini hanyalah satu iaitu berkuasa serta dan kedudukan. Apa saja pun Halal...
merujuk kepada Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa telah menuntut DAP menjelaskan sendiri jika ia bercadang untuk menggunakan simbol PAS pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata dengan DAP yang kerap membantah prinsip-prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS, sepatutnya parti itu untuk menjelaskan kedudukan sebelum menggunakan logo PAS.
Beliau merujuk kepada tawaran Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub terhadap DAP untuk meminjamkan simbol 'bulan' PAS, sekiranya parti itu dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung skandal pemilihan parti itu baru-baru ini.
"DAP perlu menjelaskan pendirian mereka di sebuah negara Islam, hukum hudud dan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam," kata Nasharudin dalam satu sidang akhbar di rumahnya di sini, Sabtu.
Inilah PAS yang sebenarnya...Bagi PAS Kuasa lebih penting Putrajaya adalah matlamat perjuangan Islam sudah hilang dalam perjuangan mereka, asalkan dendam dapat dilangsaikan
p/s : sabarlah anak PAS, dah parti kamu macam itu.. kulit pun kulitlah, janji dapat kuasa.
No comments:
Post a Comment