Thursday, 4 April 2013

Masa Depan Yang Lebih Cerah Untuk Malaysia- @NajibRazak #BNBagus #GE13 #PRU13 #Transformasi #BN4Malaysia #Najib4PM #Vote4BN #TolakPR


 

Salam 1 Malaysia,

Seperti yang anda semua telah sedia maklum, saya telah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi tadi dan baginda berkenan supaya Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini. Saya juga telah menasihatkan Menteri Besar dan Ketua Menteri supaya mereka menghadap Ketua Negeri masing-masing bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri dibubarkan agar pilihan raya umum dapat dilakukan serentak.

Hari ini juga, genaplah empat tahun saya mengangkat sumpah memikul amanah dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. Dalam tempoh itu, saya bersama Timbalan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri telah berusaha keras untuk mencetus dan melaksanakan pelbagai pembaharuan berpandukan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Rakyat Malaysia juga dalam tempoh itu dapat menyaksikan sendiri pelbagai kejayaan yang telah kita kecapi menerusi perlaksanaan Program Transformasi Nasional yang melibatkan Transformasi Kerajaan, Ekonomi, Politik dan Sosial. Kejayaan perlaksanaan ini telah berjaya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negara.

Kerajaan selama ini sentiasa menjadikan rakyat sebagai satu keutamaan. Kami mahu rakyat sentiasa mendapat manfaat daripada setiap apa yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Sebab itulah, Kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang membolehkan rakyat berbelanja barang keperluan harian pada harga lebih murah. Ini sekali gus mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat yang perlu menghadapi masalah kenaikan barang hari demi hari. 

Pelbagai lagi inisiatif yang telah diperkenalkan Kerajaan untuk membantu rakyat berbilang kaum di negara ini. Ini adalah kerana sikap kami yang prihatin serta sentiasa mendengar dan memahami kehendak rakyat.
 
Untuk itu, saya berharap anda dapat terus memberi sokongan kepada saya, untuk terus menabur bakti kepada anda dan negara. Marilah kita berganding bahu untuk sama-sama memastikan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 tercapai.
 
Kini, semuanya terserah kepada anda untuk menentukan masa depan negara. Pilih lah pihak yang telah terbukti mampu mentadbir negara dengan baik. Saya harap Malaysia terus dapat mengecapi kemajuan demi kemajuan di masa akan datang.
 
Najib Razak http://www.1malaysia.com.my/

 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment