Menjelang PRU13 yang bakal tiba ini. Nyata pelbagai tipu muslihat serta takti "jahat" di gunakan tertentu untuk menarik undi dan ada juga yang menakutkan penggundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Terbaru, dari Zukifli Nordin, melalui Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendedahkan percubaan terbaharu pakatan pembangkang untuk menipu dan mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Penipuan yang dimaksudkan ialah pakatan pembangkang dikatakan bakal menyebarkan kira-kira satu juta risalah kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri.
Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lainnya mengandungi kononnya surat sokongan Dr. Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai surat palsu.
"Ini merupakan politik terdesak Anwar untuk penuhi nafsu ke Putrajaya."Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam perhimpunan 'Selamatkan Selangor' anjuran Perkasa di sini hari ini.
Jom tonton Video kat bawah ni.
P/s : Al-juburi tak habis-habi nak kecing rakyat....
No comments:
Post a Comment