Thursday, 16 May 2013

Hangat !! macam "kura-kura" lembap BN juga yang diharapkan. @MukhrizMahathir #HanyaDikedah #PRU13 #BetterNation #NajibMyPM





Bagaimana kejadian itu, memaksa Jalan utama menuju ke Kg. Charok Nau di tutup untuk sebarang kenderaan. Pihak berwajib menasihatkan pengguna jalan tersebut menggunakan laluan altenatif untuk ke Sekolah Asrama Model Khas, Baling dan juga Pusat Latihan Giat Mara.
Tinjaun KK ke tempat kejadian pada pagi tadi, masih belum ada kerja-kerja berkaitan di lakukan.

Kerajaan baru negeri kedah akan bertindak segera mengatasi kelembapan pihak berkenaan mengatasi masaalah ini. Kejadian ini berlaku semasa PR memerintah negeri kedah.
 
BAGAMIMANAPUN 

Kejadian tanah runtuh itu berlaku sejak Februari lalu sehingga memberikan kesan kepada sistem bekalan air penduduk.

Penduduk bimbang kesan tanah runtuh
Gambar Sinar Harian
Namun begitu, masalah bekalan air telah diselesaikan. Bagaimanapun runtuhan tebing itu masih lagi belum diselenggara sepenuhnya.


Sinar Harian mendapati kawasan tanah runtuh itu masih dibiarkan tanpa langkah keselamatan terutama pengadang bagi keselamatan pengguna jalan di situ.

Pengguna, Zakaria Habiberanman, 46, dari Kampung Sungai Batu, berkata, walaupun jalan itu ditutup, pengguna masih menggunakannya untuk urusan harian,Menurutnya, penduduk tidak mempunyai pilihan berikutan jalan alternatif yang agak jauh berbanding jalan tersebut.

“Memang jalan dah tutup, tapi, bila dah lama sangat tutup, penduduk naik rimas, jadi, mereka pun buka jalan itu. Memang bahaya, tetapi kami tiada pilihan,” katanya.

Keadaan itu ternyata membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut pada waktu malam.

Jurang runtuhan itu agak dalam dan kemungkinan kejadian sama akan berulang sekiranya hujan lebat tambahan pula tanpa mempunyai penahan tembok batu di kawasan itu.

Sehubungan itu. Zakaria berharap masalah runtuhan itu mendapat perhatian sewajarnya dari pihak berkenaan untuk kebaikan semua pihak.




No comments:

Post a Comment