Sukar dikawal, Akibat tidak tahan dengan "godaan" dan pujuk rayu serta sifat inginkan perubahan. Kini PAS sudah semakin jauh tersasar dari landasan perjuangan.Ahli PAS perlu sedar !! bahawa mereka hanya dipergunakan untuk keptingan individu tertentu.
Aku hairan mengapa masih ada lagi "ahlul" PAS yang mengerumuni himpunan anjuran DAP dan PKR.Sedangkan apa yang diputuskan oleh Kepimnan bercanggah. Bukan sahaja "ahlul" malahan malahan pemimpin berhaluan "kiri" dalam erti kata yang lain "anwarinas" turut sama menyertai himpunan.
Aku hairan mengapa masih ada lagi "ahlul" PAS yang mengerumuni himpunan anjuran DAP dan PKR.Sedangkan apa yang diputuskan oleh Kepimnan bercanggah. Bukan sahaja "ahlul" malahan malahan pemimpin berhaluan "kiri" dalam erti kata yang lain "anwarinas" turut sama menyertai himpunan.
Ini sama sekali bercangkah dengan apa yang disarankan oleh Ketua Dewan Ulama PAS.
Harun: Pas utama jalan damai
Pas tetap dengan pendiriannya menolak sebarang cubaan
menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan seperti didakwa cuba dilakukan
sesetengah pihak.
Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib berkata,
Pas juga tidak masuk campur dengan pendirian pemimpin atau penyokong PR yang
menyokong cara sedemikian.
“Dalam Pas, kita utamakan jalan perdamaian. Kita
juga berpegang kepada prinsip demokrasi yang diamalkan.
“Saya tak melarang perhimpunan dilakukan, namun
saya tidak berminat untuk menyertainya. Jika ada pemimpin PR atau pihak lain
yang tetap mahu melakukannya, terserah kepada mereka. Itu pendirian mereka,”
katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha
sesetengah pihak yang didakwa cuba menggunakan kekerasan untuk menggulingkan
kerajaan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13) lalu.
Tegasnya, parti itu menerima kegagalan dalam
PRU13.
“Kita terima keputusan PRU13 lalu dengan hati
terbuka. Namun, dalam perjuangan Pas, tiada istilah putus harapan.
“Kita akan majukan diri dan cuba lagi untuk menang
dalam PRU akan datang,” katanya.
KK : Nyata sekarang ahli-ahli PAS tidak mendengar saranan "ulama" dalam kini mereka lebih setia kepada geng berhaluan kiri (Anwarinas).
No comments:
Post a Comment