Friday, 31 May 2013

Panas !! @mpkinabatangan Bung Mokhtar 'sentuh' @n_izzah . #Blackout505


Wow !! Hangat ehhh Kisah seorang ahli Parlimen dari Sabah, yang tegas dan lantang bersuara. Bung Mokhtar siapa tak kenalkan, MP 'hot' suami kepada pelakon cantik jelita Zizi Ezati. MP Kinabatang itu yang mengeluarkan kenyataan melawan arus berhubung larangan yang dikenakan kepada Nurul Izzah.

"Saya tidak faham kenapa Nurul tidak dibenarkan memasuki Sabah. Jika ia adalah benar, ia adalah satu kesilapan dan bencana,"



Keputusan Nurul Izzah Dilarang Masuk Sabah Perlu Diubah Jika Tiada Alasan Kukuh – Bung Mokhtar


Keputusan kerajaan negeri Sabah menghalang kemasukan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar perlu "diubah segera" sekiranya tiada alasan baik untuk melakukannya, kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.

"Jika tiada alasan kukuh untuk sekatan ke atas Nurul, dan menjadi yang benar-benar adil dan memberikan keadilan, keputusan itu harus diubah segera," kata ahli majlis tertinggi Umno kepada The Star Online.

Beliau meminta supaya rakyat diberikan penjelasan daripada kerajaan negeri Sabah mengenai kenapa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dihalang masuk pada petang Khamis.
"Pihak berkuasa perlu mengeluarkan kenyataan yang kukuh dan diterima," katanya.

"Saya tidak melihat Nurul sebagai satu ancaman kepada negeri Sabah atau pun rakyat Sabah."

Ditanya sama ada beliau tidak bersetuju dengan sekatan ke atas individu-individu tertentu daripada memasuki Sabah atau hanya melibatkan kes Nurul, Bung berkata, ia "bergantung kepada kes-kes tertentu".

"Sebagai contoh, saya rasa (Naib Presiden PKR), Tian Chua merupakan satu ancaman kepada Sabah. Ketika penceroboh Sulu menyerang Sabah, beliau berkata ia hanyalah sandiwara oleh Umno untuk menang dalam pilihan raya umum. Saya begitu marah mengenai perkara itu," kata Bung, sambil menambah bahawa Nurul tidak mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati rakyat Sabah.

Nurul Izzah tiba di Kota Kinabalu pada petang Khamis untuk sambutan Kaamantan, tetapi dihalang di bahagian Imigresen dan dimaklumatkn untuk kembali semula ke Semenanjung.
Insiden itu menimbulkan kemarahan dengan ramai pihak mempersoalkan tindakan itu.

Bung di Twitter berkata "Saya tidak faham kenapa Nurul tidak dibenarkan memasuki Sabah. Jika ia adalah benar, ia adalah satu kesilapan dan bencana," katanya sambil 'tagging' kedua-dua Nurul Izzah dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.


KK : Politik memang pelikan.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment