Monday, 24 June 2013

"Ini Kalilah, Berubah" - Pandikar #Parlimen2013 #Black505

Apa cerita ni sebenarnya? Keputusan menunjukkan Tan Sri Pandikar Amin menag sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat dengan undi sebanyak 133 manakala Datuk Kadir yang menjadi pilihan pembangkang dapat 89 undi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyeru semua Ahli Dewan Rakyat supaya berubah dan melakukan transformasi dalam usaha memartabatkan Parlimen Malaysia.

Menerusi ucapannya selepas dipilih semula sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13, Pandikar Amin mencuri tumpuan persidangan apabila melaungkan beberapa slogan yang dipopularkan kerajaan dan pakatan pembangkang.

Katanya slogan seperti 'ubah', 'transformasi', 'reformasi' dan 'ini kalilah' yang dilaungkan pemimpin politik dan rakyat perlu dilihat dari sudut positif untuk kebaikan semua pihak.
"Bagi mereka yang mempopularkan seruan ini mungkin mempunyai pengertian tersendiri, akan tetapi seruan-seruan ini bermesej iaitu menyeru mengubah sikap untuk membuat kebaikan.

"Ayuh kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi...kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Ini kalilah.
"Ini kalilah...kita julang memartabatkan Parlimen Malaysia ke tahap yang tinggi dengan menunjukkan sikap yang baik," katanya sambil disambut tepukan ahli Dewan Rakyat.

mstar

KK : Kalau disimpan lebih lama si Al-Juburi ni..nampak akan hancurlah se3buah negara yang bernama Malaysia. 

No comments:

Post a Comment